Wednesday, September 29, 2010

salah rumah

tersebut alkisah..

pada hari raya kedua tahun 2009, akibat kebosanan, saya memandu kereta secara solo dan bersendirian menuju ke rumah seorang sahabat yang bernama Aida. Ini merupakan kali pertama saya beraya secara solo ke rumah rakan-taulan. Ya betul!! Sungguh menyedihkan kerana pada ketika itu, saya sudah berusia 23 tahun.. (Giler mcm lame umur 23 xpenah g jln raye sorg2 - sila abaikan)

Nak dijadikan cerita, saya tidak pernah mengetahui koordinat sebenar rumah Aida. Maka, saya menggunakan pendekatan 'Redah aje, janji konfiden' dan memandu dengan hati yang riang sambil menyanyi lagu 'Dendam Dendang Perantau'.

Setibanya saya di kawasan perumahan Aida, saya menghubungi gadis tersebut.
'Awak kat mana?' tanya saya.
'Kat dalam rumah. Cepatlah datang. Rumah saya yang bla bla bla bla bla bla bla,' kata Aida.

Setelah diterangkan secara terperinci mengenai kedudukan rumahnya, sy naked nekad walaupun malu. Dengan berbekalkan salam yang ayu yang disambut secara meriah salamnya, saya melangkah ke dalam rumah.

'Aida mana makcik?' Soal saya kepelikan sebab lembaga kelibat Aida tidak kelihatan.
'Ouh.. Dia keluar sekejap. Nanti dia baliklah. Duduklah dulu,' kata makcik itu dengan suara yang lantang tapi bersahaja. (Giler cool makcik nih. I like!!)

Saya mula kehairanan. Bukan setakat hairan, saya turut merasa curiga dan konpius. Pendek kata, saya dalam dilema. Tadi Aida ada di rumah, tapi sekarang dah keluar. Pantasnya dia. Hati saya merasa tidak sedap sesedap Tomyam buatan sendiri (Maaf, saya sempat memuji diri sendiri di sini).

Saya mengetext Aida.

Awak kat mana?

30 saat kemudian, sms daripada Aida berbunyi..

Kat depan rumah. Awak kat mana? Tak ada pun.

Saya intai depan rumah makcik cool tersebut. Demmiiittt!! Aida tak ada. Saya yakin ini bukan rumah Aida. Mungkin saya telah terjebak ke dalam kancah penculikan gadis-gadis jelita. Ataupun, makcik tersebut telah memperdayakan saya untuk dipadankan dengan anak bongsu beliau. Ataupun, makcik itu tahu saya tersilap rumah, tapi tak sampai hati nak cakap dan mahu saya menyedari kesilapan itu sendiri. Erkkk.. Andaian ketiga seperti menepati skema jawapan SPM 2003.

Kelihatan makcik cool sedang melayan tetamu-tetamu yang lain. Saya yang dilayan bagaikan sampah masyarakat tidak wujud mengambil kesempatan untuk melarikan diri sekuat hati, selaku bekas pelari pecut yang mempunyai 11 tahun pengalaman.

*****

Setibanya saya diluar rumah makcik cool tersebut, Aida melambai-lambai dari rumah sebelah. Hati sebak..

0 comments: