Tuesday, December 28, 2010

berlalu pergi sambil menyanyi lagu Sepohon Kayu

wahhh lamanya x ngupdate blog. mcm da bersawang rasanya blog nih. mana penah daku tinggal blog kesayangan nih x berupdate lebih dari seminggu. 1st time nih. skunk bz sket la. mandi ngan b*rak pun x sempat, apatah lg update blog. huh malas2!!

byk mende yg aku nak bercerita sebenarnya. tp nanti la. skunk mcm xde mood. aku nak membawa hati yang lara ini pergi main2 di tali air (ouh ape aku merepek nih). aku tgh kecewa + sedih mode. kecewa + sedih pasai pa pun aku x sure. mungkinkah sebab dah lama x mandi dan b*rak adalah penyebab utama??

*****
mcm siot entry nih. entah pape!!

Wednesday, December 15, 2010

hari ini hari rabu

#1
meeting jam 2:30pm ngan vendor. suruh K.sue book bilik ngan refreshment utk santapan. 
jam 2:35pm, vendor da sampai, aku da ready tp kuih x sampai lagi.
konfiden mesej PT K.sue. berbunyi ...

'K.sue, mana kuih ngan air x sampai lg? kt mantra meeting room'

Tak sampai 3 minit 8 saat, PT K.sue call.

'Sape ni??'

Aiyak. apsal suara akak nih lain.
Otak berfikir dengan ligat. Ouh aku xpenah ada no. K.sue scmd. PT K.sue yg aku baru sms tanya kuih tadi adalah K.sue lain yang sebelum ini adalah Manager di salah satu dept lain di PPT. demmmmm~

tuttt.. tutt.. tutt..

#2
Konfiden berat badan sendiri maintain 45kg sejak dari zaman UKM. timbul malas nak menimbang berat sebab tiap kali timbang, maintain cun 45kg.
Lepas berminggu tak menimbang berat badan, terlintas utk menimbang. Kaki pijak itu penimbang, tapi angka 48 yg kuar. Mulut ternganga. Hati menangis.

Nampak En.Sani menimbang berat. Aku g menyibuk intai berapa berat beliau.
Dengan selamba, beliau berkata...

'Penimbang nih rosak nih.'

Hati berdoa semoga kata-kata En.Sani adalah benar belaka. Amin!!

#3
Petang. After ofis hour. Ke Masterscaff utk scmd weekly badminton training. bukan training sangat pun. Banyak main-main.
Tapi, rasa diri sangat improve. Okeh, aku perasan.
melompat tinggi tapi still x kena shuttle. Demmmmm~

Monday, December 13, 2010

tekanan menekanku

perasaan hari ini sungguh dasyat. ngeri. seram. nak ulas pun malas.

tertekan. stress. sakit kepala. kerja bertimbun. tak cukup kaki dan tangan nak handle.
perasaan mahu menarik-narik rambut sambil menendang dinding office.

hari ini busy sampai tak sempat nak layan lagu-lagu favourite yang selalu dilayan sambil membuat kerja dengan tekun sambil menggoyang kepala dan tangan mencucuk bintang.

aaaahhhh isnin yang super busy~~

sedang berusaha membayangkan diri di pulau. nyaman~~






Saturday, December 11, 2010

silalah merokok~~


Sape sini smoking angkat tangan?? wahhhh ramainya angkat tangan.. Yang angkat kaki pun ada. Hoiii!! nak g mana tuh?? baca entry nih sampai habis!!

Korang penah tengok tak kotak rokok yang ada pelbagai gambar memualkan tuh? mesti penah kan. even korang x merokok skali pun, mesti korang penah tengok kotak rokok ofismates, housemates, schoolmates.. what?? schoolmates?? Alaaa.. apa nak heran. zaman dah maju. kalo korang tak penah tengok gambar2 tuh, kat bawah nih ada poster :

memualkan tak? 

memang harus ada salah satu gambar nih kt kotak rokok. yang takde pun ada jugak kot. ntah.. gue tak penah buat edisi siasat.

nak dijadikan cerita, pada suatu petang, aku g mesra petronas utk shopping cokelat kegemaran. tengah nak bayar, ada sorang mamat nih kat sebelah. gaya macam nak beli sumting. aku apa peduli. 

'Dik, bagi rokok Dunhill yang 20,' beliau bukak mulut busuk. 
[ntah apa mksd 20 tuh aku xtau. maybe 20 batang. atau 20cm?? whateva~~]

adik yg jaga kaunter macam xtau nak amik yang mana satu. sebab banyak perasa kot. ntah~~

'Bukan yang tuh. Yang ada gambar kaki tuh,' kata beliau lagi.

Erkk. aku macam nak tergelak. boleh plak kan. orang letak poster tuh utk bagi kesedaran tentang bahaya merokok. tapi boleh pulak dijadikan sebagai penunjuk.




terpulang la pada korang. nak smoking, smoking. aku tak larang. masing-masing pun da besar panjang. dah tau bezakan mana baik mana buruk. till then~~

p/s : fif, kalo ko baca entry nih, jangan bersedih hati. aku support jek ko, kaede, che mat dan lain2~~
=P

Thursday, December 9, 2010

Lagi bagus dari langsung tak

Aku menyarungkan telekung kepunyaan ibu untuk menunaikan solat maghrib. Tiba-tiba datang adik bongsuku yang ketika itu berusia 6 tahun.

"K.Nurul, nak semayang jugak," kata beliau.

Hati terharu. Baiknya adikku. 

Aku mengangkat takbir. Dia pun sama.

Aku baca Al-Fatihah. Tapi, dia baca Alif Ba Ta. Secara kuat dan lantang. Aiyakkkk~

Monday, December 6, 2010

tutor terlampau dan melampau

Kisah ini adalah mengenai seorang tutor yg telah memberi tunjuk ajar kalkulus kepada saya dan coursemates yg lain ketika kami di sem 1 tahun 1 pengajian. saya gelarkan diri beliau Mr. Ikhwan (mungkin nama betul, mungkin nama tipu).
topik awal adalah mengenai pernyataan. belajar mengenai perkataan semua dan sebahagian. apakah beza semua dan sebahagian? dah lupa logik belajar ini semua.

Mr Ikhwan memberi contoh yg sangat mudah, seperti di bawah :

Diberi statement : Semua lelaki kacak di dunia ini jahat.

'Betul atau tak statement tuh?' Mr Ikhwan bersuara.

Kelas bising. Ada yang menjawab YA. Ada yg menjawab TIDAK. tidak kurang yg berduet lagu seiring dan sejalan di belakang.

Seterusnya, Mr Ikhwan berkata, "Statement ini mungkin benar dan mungkin salah. Statement ini akan jadi benar kalau takde seorang pun lelaki kacak yang baik. Tetapi, kalau saya dapat buktikan walaupun hanya seorang lelaki kacak, iaitu SAYA yang tidak jahat, maka statement itu menjadi salah. Macamane kelas? Faham?"

Kelas sunyi. Sepi.

kebenaran kadang2 memeritkan

sejak form 5, tinggi aku x berubah. kali last aku ukur kalo x silap 151cm. tp, tiap kali isi form, aku selesa menggunakan angka 153cm. xtau knape. mungkin dengan harapan tinggi aku akan makin bertambah dari hari ke hari mencecah 153cm. dari matrix sampai ke U, aku guna angka bertuah itu. ikot hati nk guna 5' 8" tp apakan daya, jauh sgt bezanya.

sehinggalah..

beberapa minggu sebelum report duty, aku ke klinik panel utk medical checkup. bila nk ukur tinggi aku mcm.. 'hmm.. 151cm la aku lepas nih..' 
kakak pembantu klinik berhati2 mengukur tinggiku tanpa menghiraukan sebak di dadaku. cet keji!!

dengan lantang beliau bersuara, '150cm!!' kwn beliau mencatat.

hati menangis x berlagu. sejak bila aku sebenarnya hanya 150cm?? why?? why??

Saturday, December 4, 2010

terima kasih atas pujian

A : Ri tuh i jumpa si muh.
B : Ouh ye.
A : Dia puji u.
B : Ouh ye?? (excited stage)
A : Dia ckp best kwn ngn u. sbb dia kata u sengal sket.
B : erkkk.. (apa bentuk pujian nih??) (@_@")

thanks en muh a.k.a muhaimin my partner in crime atas pujian ituh.