Tuesday, December 28, 2010

berlalu pergi sambil menyanyi lagu Sepohon Kayu

wahhh lamanya x ngupdate blog. mcm da bersawang rasanya blog nih. mana penah daku tinggal blog kesayangan nih x berupdate lebih dari seminggu. 1st time nih. skunk bz sket la. mandi ngan b*rak pun x sempat, apatah lg update blog. huh malas2!!

byk mende yg aku nak bercerita sebenarnya. tp nanti la. skunk mcm xde mood. aku nak membawa hati yang lara ini pergi main2 di tali air (ouh ape aku merepek nih). aku tgh kecewa + sedih mode. kecewa + sedih pasai pa pun aku x sure. mungkinkah sebab dah lama x mandi dan b*rak adalah penyebab utama??

*****
mcm siot entry nih. entah pape!!

Wednesday, December 15, 2010

hari ini hari rabu

#1
meeting jam 2:30pm ngan vendor. suruh K.sue book bilik ngan refreshment utk santapan. 
jam 2:35pm, vendor da sampai, aku da ready tp kuih x sampai lagi.
konfiden mesej PT K.sue. berbunyi ...

'K.sue, mana kuih ngan air x sampai lg? kt mantra meeting room'

Tak sampai 3 minit 8 saat, PT K.sue call.

'Sape ni??'

Aiyak. apsal suara akak nih lain.
Otak berfikir dengan ligat. Ouh aku xpenah ada no. K.sue scmd. PT K.sue yg aku baru sms tanya kuih tadi adalah K.sue lain yang sebelum ini adalah Manager di salah satu dept lain di PPT. demmmmm~

tuttt.. tutt.. tutt..

#2
Konfiden berat badan sendiri maintain 45kg sejak dari zaman UKM. timbul malas nak menimbang berat sebab tiap kali timbang, maintain cun 45kg.
Lepas berminggu tak menimbang berat badan, terlintas utk menimbang. Kaki pijak itu penimbang, tapi angka 48 yg kuar. Mulut ternganga. Hati menangis.

Nampak En.Sani menimbang berat. Aku g menyibuk intai berapa berat beliau.
Dengan selamba, beliau berkata...

'Penimbang nih rosak nih.'

Hati berdoa semoga kata-kata En.Sani adalah benar belaka. Amin!!

#3
Petang. After ofis hour. Ke Masterscaff utk scmd weekly badminton training. bukan training sangat pun. Banyak main-main.
Tapi, rasa diri sangat improve. Okeh, aku perasan.
melompat tinggi tapi still x kena shuttle. Demmmmm~

Monday, December 13, 2010

tekanan menekanku

perasaan hari ini sungguh dasyat. ngeri. seram. nak ulas pun malas.

tertekan. stress. sakit kepala. kerja bertimbun. tak cukup kaki dan tangan nak handle.
perasaan mahu menarik-narik rambut sambil menendang dinding office.

hari ini busy sampai tak sempat nak layan lagu-lagu favourite yang selalu dilayan sambil membuat kerja dengan tekun sambil menggoyang kepala dan tangan mencucuk bintang.

aaaahhhh isnin yang super busy~~

sedang berusaha membayangkan diri di pulau. nyaman~~






Saturday, December 11, 2010

silalah merokok~~


Sape sini smoking angkat tangan?? wahhhh ramainya angkat tangan.. Yang angkat kaki pun ada. Hoiii!! nak g mana tuh?? baca entry nih sampai habis!!

Korang penah tengok tak kotak rokok yang ada pelbagai gambar memualkan tuh? mesti penah kan. even korang x merokok skali pun, mesti korang penah tengok kotak rokok ofismates, housemates, schoolmates.. what?? schoolmates?? Alaaa.. apa nak heran. zaman dah maju. kalo korang tak penah tengok gambar2 tuh, kat bawah nih ada poster :

memualkan tak? 

memang harus ada salah satu gambar nih kt kotak rokok. yang takde pun ada jugak kot. ntah.. gue tak penah buat edisi siasat.

nak dijadikan cerita, pada suatu petang, aku g mesra petronas utk shopping cokelat kegemaran. tengah nak bayar, ada sorang mamat nih kat sebelah. gaya macam nak beli sumting. aku apa peduli. 

'Dik, bagi rokok Dunhill yang 20,' beliau bukak mulut busuk. 
[ntah apa mksd 20 tuh aku xtau. maybe 20 batang. atau 20cm?? whateva~~]

adik yg jaga kaunter macam xtau nak amik yang mana satu. sebab banyak perasa kot. ntah~~

'Bukan yang tuh. Yang ada gambar kaki tuh,' kata beliau lagi.

Erkk. aku macam nak tergelak. boleh plak kan. orang letak poster tuh utk bagi kesedaran tentang bahaya merokok. tapi boleh pulak dijadikan sebagai penunjuk.




terpulang la pada korang. nak smoking, smoking. aku tak larang. masing-masing pun da besar panjang. dah tau bezakan mana baik mana buruk. till then~~

p/s : fif, kalo ko baca entry nih, jangan bersedih hati. aku support jek ko, kaede, che mat dan lain2~~
=P

Thursday, December 9, 2010

Lagi bagus dari langsung tak

Aku menyarungkan telekung kepunyaan ibu untuk menunaikan solat maghrib. Tiba-tiba datang adik bongsuku yang ketika itu berusia 6 tahun.

"K.Nurul, nak semayang jugak," kata beliau.

Hati terharu. Baiknya adikku. 

Aku mengangkat takbir. Dia pun sama.

Aku baca Al-Fatihah. Tapi, dia baca Alif Ba Ta. Secara kuat dan lantang. Aiyakkkk~

Monday, December 6, 2010

tutor terlampau dan melampau

Kisah ini adalah mengenai seorang tutor yg telah memberi tunjuk ajar kalkulus kepada saya dan coursemates yg lain ketika kami di sem 1 tahun 1 pengajian. saya gelarkan diri beliau Mr. Ikhwan (mungkin nama betul, mungkin nama tipu).
topik awal adalah mengenai pernyataan. belajar mengenai perkataan semua dan sebahagian. apakah beza semua dan sebahagian? dah lupa logik belajar ini semua.

Mr Ikhwan memberi contoh yg sangat mudah, seperti di bawah :

Diberi statement : Semua lelaki kacak di dunia ini jahat.

'Betul atau tak statement tuh?' Mr Ikhwan bersuara.

Kelas bising. Ada yang menjawab YA. Ada yg menjawab TIDAK. tidak kurang yg berduet lagu seiring dan sejalan di belakang.

Seterusnya, Mr Ikhwan berkata, "Statement ini mungkin benar dan mungkin salah. Statement ini akan jadi benar kalau takde seorang pun lelaki kacak yang baik. Tetapi, kalau saya dapat buktikan walaupun hanya seorang lelaki kacak, iaitu SAYA yang tidak jahat, maka statement itu menjadi salah. Macamane kelas? Faham?"

Kelas sunyi. Sepi.

kebenaran kadang2 memeritkan

sejak form 5, tinggi aku x berubah. kali last aku ukur kalo x silap 151cm. tp, tiap kali isi form, aku selesa menggunakan angka 153cm. xtau knape. mungkin dengan harapan tinggi aku akan makin bertambah dari hari ke hari mencecah 153cm. dari matrix sampai ke U, aku guna angka bertuah itu. ikot hati nk guna 5' 8" tp apakan daya, jauh sgt bezanya.

sehinggalah..

beberapa minggu sebelum report duty, aku ke klinik panel utk medical checkup. bila nk ukur tinggi aku mcm.. 'hmm.. 151cm la aku lepas nih..' 
kakak pembantu klinik berhati2 mengukur tinggiku tanpa menghiraukan sebak di dadaku. cet keji!!

dengan lantang beliau bersuara, '150cm!!' kwn beliau mencatat.

hati menangis x berlagu. sejak bila aku sebenarnya hanya 150cm?? why?? why??

Saturday, December 4, 2010

terima kasih atas pujian

A : Ri tuh i jumpa si muh.
B : Ouh ye.
A : Dia puji u.
B : Ouh ye?? (excited stage)
A : Dia ckp best kwn ngn u. sbb dia kata u sengal sket.
B : erkkk.. (apa bentuk pujian nih??) (@_@")

thanks en muh a.k.a muhaimin my partner in crime atas pujian ituh.

Tuesday, November 30, 2010

Melatah sambil mengata

ini merupakan kisah 2 org sahabat lelaki saya (kisah ini hanya mengenai mereka, tiada kena-mengena dengan saya mahupun kamu).

saya menggelarkan mereka Cirit & Sembelit. Cirit merupakan seorang lelaki bermulut laser. Sembelit pula... errrr.. juga bermulut laser tapi tidak selaser Cirit.

sila bayangkan suasana di dalam sebuah kereta Honda Civic berwarna silver. bayangkan.. bayangkan~~

ketika kecoh berborak, tiba-tiba kereta terlanggar lubang, menyebabkan si Cirit terkejut besar dan seterusnya melatah, "Oh, B*BI!!"

Suasana hening seketika.

Si Cirit berkata, "Ko tahu.. Si Sembelit nih pernah tanya aku kenapa suka melatah sebut B*BI. Ko tahu aku jawab apa??"

"Haa.. Ko jawab apa??"

Si Cirit menjawab dengan tenang, "Aku kalo melatah, aku akan sebut benda yang paling hampir dengan aku."

dan.. yang hampir dengan Si Cirit ketika itu adalah Si Sembelit. maka, adakah Si Sembelit = B*BI?? kesian Si Sembelit~~

adessss.. siyes mulot xde insurans~~

oishii sushi ^^V

kalo masuk kedai sushi, ada 3 sushi yg harus aku makan sebelom sentuh sushi2 lain. makan byk2 pun aku xkisah. mereka adalah :

paling digemari = salmon sushi

ebi sushi

ebiko sushi

wasabi yg bisa menyebabkan kepedihan hidung sampai nak nangis

green tea = antara yg wajib ada tika menjamu sushi

very the yummy~~ [mode air liur meleleh mengidam.. gulpppppp~]

Sunday, November 28, 2010

bag doraemon

suatu hari yg hening, aku berjalan-jalan seorang diri membawa handbag besar yg saiznya lebih kurang 1/3 saiz sebenar diriku. lalu, seseorang yg ramah mesra telah menegur pembesaran begku.

'Wah, besarnya handbag. isi apa kt dalam nih?'

baiklah.. kalo insan berkenaan membaca entry ini, ini adalah bahan-bahan yg menyumbang ke arah pembesarannya (aku malas nk explain time dia tnya ri tuh) :

external hdisk samsung 500gb kesayangan

purse besar giler (kn bgus kalo duet kt dalam pun besar2)

supplement yg diconsume secara menggigit sebijik sehari

lotion yg best dan wangi

cleanser yg dipakai bila rajin shj

charger hp memandangkan ketidaksempatan atau kemalasan mengecas di rumah

car key


segugus kunci rumah (yg aku guna 1 jek. yg lain xtau kunci tuk ape. =P)
p/s : kadang2 ada buku dan botol air. handbag aku da mcm beg budak2 sekolah yg memikul buku teks saban hari beratnya. tp ade aku kesah??

Friday, November 26, 2010

h.a.n.t.u

watchaaaaaa!!!

selepas 2 tahun meninggalkan alam belajar (bukan 2 alam dr rozmey), drama2 korea mula menyerang kembali. sudah 2 tahun aku tidak menonton drama-drama ini secara agresif. wahh agresif xleh blah. =P

btol korg!! nih semua sebab drama brilliant legacy. tiap2 malam aku tgk drama nih sampai kul 3am x kira weekdays mahupun weekend. dah laa 28 episod. mahu muntah darah aku dalam cubaan untuk menghabiskan pertontonan. kalau zaman study dulu len laa. tido kul bape pon x kisah. tp zaman dah kerja nih lain sket. tp naseb bek okeh jek kerja. xde la mengganggu walaupun tido lewat. juz mcm weenggg sket laa. haha.tp finally hbs jugak nonton. fuhhh~

nih poster cite tuh

lagi poster..lol
aku nonton cite nih bukan sebab aku suka hero dia sebab seumur hidup aku, xpenah aku suka ngn lee seung gi. esok2 suka, aku x sure. heh. kita xleh predict masa depan. sekian. 

lepas da habis nonton brilliant legacy 28 episod tuh, aku habiskan pula menonton my girlfriend is gumiho. nasib baik 16 episod jek. yeahhh!!! cite nih pun lee seung gi jadi hero. knape ntah dia sangat glemer skunk. tp aku salute dia. dia ada degree okeh lam international trade and commerce. hebat kan?? skunk tgh sambung master. time bila la dia study. kagum aku.

poster cite

lagi poster lol

lee seung gi vs no min woo (my hero)

no min woo yg kacak. aku jatuh cinta. hahahahaha~

skrg aku tgh layan personal taste. chowwww~

jangan dikejar dan mengejar di sini

FRI, scmd, 10am-3pm

diselubungi perasaan rajin, jam 10 aku da terpacak kt level 1, admin building PP(T)SB. kelihatan staff finance dengan meriah membuat kerja. bagus! finance memang selalu datang ofis kala weekend. maybe sbb dah dekat dengan closing. scmd ada kak zai jek.

aku membuat kerja dengan tenang. memang best datang ofis weekend. takde orang kacau follow-up, takde org calling2, tenang jek. sambil makan roti dan biskut teddybear, aku membuat kerja dengan super pantas. menaip laju, minum air pantas, semua kerja pun jadi mudah. sambil buat kerja, dengar lagu2 fav. super best~~

tiba-tiba, terdengar mcm bunyi orang berlari di floor atas. dengan sangat kuat. sekali. dua kali. tiga kali. aku macam pelik, tp aku diamkan. malas nak layan. makin aku layan, makin aku takut. teringat cerita-cerita ofismate yang pernah kena kacau. apatah lagi kt plant minyak nih macam-macam cerita hantu aku dengar. aku bertabah. aku berdiam diri.

"Sape la yang lari-lari kat atas nih," kata K.Zai.
"Eh. K.zai pun dengar ke?"
"Kuatnya. banyak kali pulak tuh. takkan orang main kejar-kejar."

Aku cuak.aku pandang K.zai.

"Err.. K.Zai nak balik pukul berapa??"

*****

terbantutkah aku??

aku anak sulung. aku ada 4 org adik. 2 adik pompuan. 2 adik lelaki. semua baik dan comel2 mcm kakak sulung.




adik no.1 - 21 tahun, 2nd year student kt UMT
size baju kurung : M


adik no. 3 - 12 tahun, baru lepas UPSR
size baju kurung : S


aku -  24 tahun, kerja, kerja dan kerja sampai dah malas
size baju kurung : SS


apakah ini semua??~

Sunday, November 21, 2010

setingganan membawa berkat

UKM, second year, sesi 2006/2007

kejadian berlaku ketika aku di akhir sem 1, tahun dua pengajian. akibat membuat onar dan mencetuskan kemarahan pihak atasan kolej, aku dan sahabat2 karib nekad dibuang kolej oleh mereka yang merasakan kami tidak harus diberi muka. aku disenarai paling atas dalam senarai nama tersebut. perasaan ketika itu adalah seperti perasaan seorang ketua pemberontak.cet!!

felo sukan gundah-gulana. pembuangan aku bermakna tiada sprinter utk mewakili kolej utk sukan U tahun hadapan. disebabkan itu, beliau berusaha utk menidakkan pembuangan aku. akhirnya, berkat usaha gigih beliau, namaku digugurkan. betullah kata pepatah, 'Usaha Tangga Kejayaan'.

namun begitu, akibat kekariban aku dan sahabat-handai, kami tidak sanggup utk berpisah. justeru, kami telah berdiskusi selama 3 hari 2 malam tanpa henti membincangkan masalah ini. akhirnya, kami mencapai kata sepakat. kami tidak boleh berpisah. perpisahan kami bermakna tiada anugerah dekan utk masa akan datang. oleh sebab itu, kami nekad utk bersetinggan. yang terbuang harus setinggan dengan yg stay. maka, sudahnya, aku setinggan bersama-sama BFFku, linda. yg lain2 (mereka yg tidak harus dinamakan) juga begitu. kami bahagia bersama-sama.

walaubagaimanapun, kehidupan setinggan tidaklah seindah yang digambarkan. seperti kehidupan rumahtangga. sekejap bahagia, sekejap berduka, sekejap waras, sekejap gila. kehidupan bahagia kami terganggu dek insan2 yg berhati dengki dan kurang wangi. pembelajaran kami sering terganggu di waktu malam akibat kekerapan spot check yg tinggi.

setiap kali spot check dijalankan, kami selalu bersedia terlebih dahulu lantaran mempunyai spy yg sangat cekap di hierarki pentadbiran. setiap kali bilik di ambush, bilik dalam keadaan kemas, dengan barangan milik perseorangan dan juga hanya seorang pemilik sahaja. yang setinggan keluar study di PTSL ataupun kadang2 dinner di mana2 cafe terbiar.

suatu malam, berita spot check akan dijalankan tersebar luas. kami bersedia. bilik dikemaskan. yang setinggan keluar berjuang. aku di bilik bersedia dengan jawapan2 yg bernas seperti kebiasaan dan sambil menunggu ketibaan mereka yg seolah-olah 'tiada kerja duk kacau tepi kain orang lebih baik ko jaga tepi kain sendiri' datang berkunjung, aku berpura-pura study. walaupun hanya berpura-pura study, ilmu yg penuh di dada semakin melimpah. ada baiknya.

bilik diketuk. ouh yg spot check bilikku felo sukan rupanya. nasib baik aku dan beliau sedikit rapat. beliau berlegar-legar di dalam bilik menikmati panorama yg indah. 
'hmmm.. ok duk blok nih?'
'eh.. haruslah ok. kolej nih kolej terbaik kot. tahun depan konfem la emas no 1 sukan U' (aku cuba utk melobi)
beliau tersenyum mengharap.

tiba-tiba, tangan beliau rajin memeriksa drawer kasut kepunyaan aku dan linda. wah3 rajin plak dia. aku menjenguk ke dalam drawer. demmmmm!! lupa lak nk sembunyi kasut2 linda. bergelimpangan kasut2 kitorg. sangat banyak utk dimiliki oleh seorang gadis yg bersederhana seperti aku. akal mula memikirkan skema jawapan yg harus dijawab sekiranya kantoi.

'banyaknya kasut sukan' (beliau bersuara ikhlas)
aku cuba membuka mulut utk menjawab. mmg moto hidupku, 'selagi boleh jawab, jawab!!'
'eh mestilah banyak. kan atlet. lagi nak tanya kan. okeh la. sambung la study. akak nk g bilik lain lak'
aku macam, 'FUHHHHHH~~'

*****
tak tahu dia ikhlas atau memerli bila dia cakap kasut sukan banyak. huhu. tak kisah. yang penting, kitorang tak penah kantoi walau sekalipun walau selalu di ambush. sekian~
p/s : yg x baik jgn dijadikan contoh.

Saturday, November 13, 2010

co-ed school - toO late


skunk aku layan lagu nih. nih sume pengaruh dr adik2 aku. cane laa x terpengaruh, salu pasang kuat2. xtgk lg cane kadang2 kitorg terpengaruh sbb adik bongsu layan otromen. mcm2 ada. otromen taro, seven, cosmos, dyna, neus etc. haaa.. sampai aku da hafal nama sekor2.

*****
tp layan jek wpn budak2 gler grup nih.

sekitar majlis pertunangan farah aliah

sejambak bunga tanda sayang
naimah + saya + naaini
mcm dapat anugerah apa jek
gambar paling skema pada hari tersebut tp i like
fiza dan saya
*****
dalam hp xde satu pun gmbr dgn si penunang. byk gmbr kitorg jek. =P

Friday, November 12, 2010

the worst day diving is the best day working

*Yang terlibat : NADD, AMY, FARAH, YANA, YANI & NURUL

haaaa.. last feb kn aku dan rakan2 gadis yg lain g redang. giler best bercanda kt sana. siap rase mcm xnk balik dan jd org pulau. time kt sini la kitorg try diving. asalnya aku xde niat pun, tp diorg nih la sibuk duk bakar. yg paling bersemangat si yana. kalo nk diving kne 150 sorg. pastuh kitorg nego ngn abang2 diver kt situ. suh diorg kasi student price. walhal masing2 pun da keje. lepas nego, dpt aa 130. huhu. 20 hinggit leh buat beli bedak silkygirl tuh. haha~

antara kami berenam, farah ngn amy mula2 mcm xnk join sbb takot. igt aku x takot?? huhu. menggeletar kot. tp lepas sesi pujuk-memujuk dan diskusi debak debuk, keenam-enam kami nekad diving. niat di hati masing2, kalo best nk amik license.

before diving kne isi borang. aku pon da lupa da borang tuh tuk ape. sbb yani yg isikan utk smue org. time nih siyes aku rase yani mcm lady boss. muahaha. utk insurans kot. ke akujanji. agreement xkan kutip coral dan bwk balik nemo kot. huhu~

sementara tunggu tuh, kitorg duk pakat2 risau cane nk terjun dr boat. ye la. lam tv kn diver terjun tiruk ke belakang tuh. aku da cuak da. aku bukannya reti. da la tong gas tuh berat kalo x silap. seb bek bukan kne pikul tong gas PETRONAS.
'abang, kitorg xnak terjun mcm pro diver tuh leh x bang? x confident la nk terjun cmtuh. 1st time nih'
'alahai dik. toksah risau la. korg diving depan resort nih jek haa. korg bukan ade lesen. kan discovery jek nih'
hahahahahaha.. pakat gelak ramai2.. mane laa kitorg tahu.. huhu~

bermulanya cabaran...

setiap org ditemani sorg buddy. aku ngn steven ketua diver. yana, yani, farah pun de sorg buddy. amy ngn nadd jek yg share abg adi. maybe sbb diorg nmpk amy ngn nadd very the confident. so share buddy. mula2 pilih diving suit, kaki itik, goggle dan alatan diving yg lain. kt sini pun mcm agak lama spend masa. susah woo nk pakai sume tuh. divers yg ada mmg sgt membantu. nak2 sbb kitorg 1 grup of hot girls kan. weeekkk.. sila muntah..

bila galas itu tong gas, mak aiii mcm nk tercabut pinggang. time nih la gunanya buddy. steven tolong angkatkan. hahaha. bagus2!! mula2 diorg ajar cane nk control pernafasan, cane nak clearkan air lam goggle dan cane nak control keadaan akibat pressure lam air. penat steven ajar, tp aku x paham2. agak lama gak laa diorg duk bg tunjuk ajar. aku tgk farah da ok. nadd ngn amy da start dive. yani pon sama. aku ngn yana jek yg mcm seram2 lg. siyes aku rasa mcm xnak buat. biar la burn terbakar duet 130 aku. aku xnak buat. aku da putus asa. aku sangat takut dan ngeri. da la susah nak balancekan badan lam air.

aku geleng2 kepala kt steven. tp steven nampaknya mcm x berputus asa memberi tunjuk ajar. sbb da lewat petang agaknya, terus steven suh aku redah. aku mcm, 'WHATTTT!!' tp aku redahkan aje. tangan steven aku x lepaskan sbb cuak. siyes lam air tuh scary dohh. susah okeh nk bernafas lam air. agaknya bernafas lam lumpur lg senang kot.

aku dive. makin lama makin dalam. tiba-tiba goggle mcm penuh ngn air. segala tunjuk ajar sifu berterabur. aku lupa. menggelupur dalam air. aku seakan mahu menjerit 'TUNJUK AJARKU SIFU!!' tp x sempat. aku kasi sign mahu timbul dekat steven. beliau tarik aku ke atas. smpi jek permukaan air, aku terbatuk2. wahhh sedap air laut. aku pandang sekeliling. cet!! dekat gile ngn chalet. siyes igtkan dah masuk jauh ke Laut China Selatan.

diving diteruskan tanpa melepaskan tgn steven. tp lama2 steven menyampah agaknya. terus dia lepaskan tanganku dan berlalu pergi. ehh tak2. dia tunggu. dia suruh aku berdikari. wahhh okeh jek dive sorg2. i like!! terus dive ngn laju tinggalkan steven. da mcm ikan duyung. rasa mcm sgt sebati ngn jiwa. kalo ade rezeki, nak amik diving license. InsyaAllah.

Antara sign ketika diving (very important nih wahai korang):

ini bukan bermaksud korang ok dan bersenang-lenang lam air okeh!! ini maksudnya kamu mahu timbul ke permukaan. aku byk kali guna. =P

hah!! ini baru ok~

ini plak ermmm.. ishhh.. ermmm.. aku lupa.. whether not ok or kita pergi dalam lagi. haha
*****
farah > mula2 takut tp dia yg paling cepat belaja
amy > quote of the year, 'Bang, ada asma boleh diving ke?' [diucapkan di tengah2 laut]

Thursday, November 11, 2010

tahniah nur hafizatul nissa'

ri tuh cite pasal adik bongsu yg pintar BM. ri nih pasal adik yg x bongsu sangat. beliau berjaya dapat 5A. alhamdulillah. 

*****
sy call hp mak pg td sbb nak tnye result UPSR k.cha tp adik yg jwb. sy culture shock!!
'eh adik x g skolah ke?'
'ri nih cuti laa'
terdiam memikirkan cuti apakah yg melanda kanak2 skolah ri nih. sbb ri nih result UPSR kuar ke??
'eh cuti?? sbb ape??'
'ouh ri nih bdk2 yg dpt no 1 2 3 jek yg kne g skolah.'
'ouh baiklah'
rupa-rupanya ri nih hari penyampaian hadiah. patut la adik lepak jek kat rumah.

*****
'adik dpt no bp??'
'no 10'
ouh.. jwb BM, emak menuruni tangga dengan SLOW pun dpt no 10. kira syabas la tuh! tapi mcm xde reward sbb bkn 1 2 3. tp k.cha akan dpt sumting sbb dpt 5A. =)

Wednesday, November 10, 2010

impian murni seorang ibu

anak sulung aku nanti, aku nak train jadi atlet olahraga. kalau boleh biar dia masuk 100m, lompat jauh atau lompat tinggi macam ibu dia. harap2 boleh sampai masuk olimpik. bangga satu malaysia.


 

Tuesday, November 9, 2010

aku dan nescafe ibarat bulan dan bintang

aku dalam usaha memerangi minuman kegemaran i.i nescafe 3 in 1. jangan sesiapa berani menghalang niat hatiku ini. sbnrnya aku sedih mengenangkan hubungan aku dan nescafe yg x berjodohan. dia laa yg menemani aku stdy dulu. ouh itu sebenarnya kadang2 jek. sebenarnya, dia laa yg menemani aku menonton segala drama2 korea time aku study dulu. sbb itu semacam da jd habit aku harus meminum nescafe 3 in 1 atleast 1 tube sehari. 

sekarang, kalau x minum nescafe, aku jadi lesu, lemah dan malas (walaupun ini mmg sifat semulajadi). jadi, tiap2 hari kt ofis, x termasuk bulan puasa, aku akan minum nescafe utk mengekalkan kecergasan dan kerajinan.

tapi sekarang!! aku berazam. aku akan kurangkan peminuman nescafe secara terang-terangan. aku telah membelikan diriku horlicks 3 in 1 dan juga hot choc cadbury 3 in 1 sebagai pengganti. langsung x pandang nescafe ketika membeli. ouh sebenarnya kat umah ada 1 lg peket besar nescafe. so, xyah risau. sbb aku masih ada bekalan. hehehe~

pg td, aku bancuh itu hot choc di ofis. seakan berjaya memulakan chapter baru dalam hidup. berkali-kali aku mengucapkan syabas pd diri sendiri kerana berjaya menjauhkan diri dari nescafe buat pertama kalinya. syabas!!

*****
tp syabas x bertahan lama. petangnya, aku ke pantry membancuh nescafe memandangkan aku hampir mencium meja akibat peniduran yg lewat setiap malam. ouh tidak syabas!!

Monday, November 8, 2010

aku dan kawan2

penah x disaat korg sgt memerlukan pertolongan, korg xtau nk mintak ngn kwn yg mane satu??

well, hari nih aku nak kena hantar balik TX ke workshop sbb rase lain mcm lepas amik dia last week. but then, aku mcm x expect aku boleh xtau nak mintak tolong sape utk temankan aku. walhal, kalau diperhatikan, kwn2 aku boleh dikatakan agak ramai.

ada sebab kenapa aku berkeadaan begini. ada yg aku penah mintak tolong tp selalu menolak menyebabkan aku da malas nak mintak tolong. walhal, aku tak rasa pun yg aku selalu menagih simpati memerlukan pertolongan. ada pulak yg seswai di waktu bergembira jek. di waktu bersedih, tidak sudi menghulurkan tangan meringankan beban.

keadaan ini menyebabkan aku berfikir. berapa ramai kwn time menangis yg aku ada?? ya, kwn gembira mmg ramai. x dinafikan. adakah sebab aku bukan kawan yg baik  yg boleh dijadikan alasan yg kukuh utk dibantu?? mungkin juga. aishhh~

tp kalau ada yg mahu meminta tolong, jangan risau. aku akan berusaha utk penuhi selagi aku mampu. thanx kawan2 gembiraku!! kawan2 ketika sedihku, hanya Allah yg boleh membalas jasa kalian. thanx!! *HUGS*

Saturday, November 6, 2010

alahai Muhammad Fikri Azizi~~

Soalan BM Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 3 2010 :

Berdasarkan gambar, sila buat ayat baik punya.

Jawapan baik punya tersebut :
Emak menuruni tangga dengan slow.
What?? dengan slow?? slow?? (@_@)

Soalan BM Peperiksaan Akhir Tahun Darjah Satu 2008 :

Berdasarkan gambar, sila isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Lelaki itu sedang berehat di ____________ pokok.
(Gmbr sorg pkck berehat kt bwh pokok)
Jawapan yg xleh blah : di atas
Sape la yg sanggup panjat pokok utk berehat??

*****
apa nak jadi ngn adik bongsu aku nih. lomah btoi BM. siap aa t aku kasi tuisyen!!

seayat cuma

semalam ada TC (Tender Committee) sitting. aku disuruh invite itu Yamamoto, AMSB rep untuk menghadirkan diri ke sitting tersebut. aku call jek ext dia. bila dia angkat,
'yamamoto san, ohayo'
'ohayo'
'kiyoo wa TC ga arimas. bla3 (lam bahasa omputih)'

*****
bertahun-tahun aku blaja bahasa jepun, aku hanya mampu keluarkan satu ayat. demmmmmss~
kena asah balik nih!!

Tuesday, November 2, 2010

bukan hanya keretaku kaler silver

di suatu waktu itu, aku dan sahabat sekolah yang aku kenali sejak aku Form 1, dylla jasmi menuju ke Dungun dengan menaiki sebuah Proton Gen2 berwarna silver. tujuan pengembaraan adalah tidak dapat dikenalpasti. dengan lebih tepat, tidak dapat diingati.

selepas parking baik punya, kami menjalankan urusan (siyes tak ingat buat ape). kemudian, setelah selesai segala urusan (entah ape la yg kitorg buat.  mungkinkah mencari cinta sejati?? kuang3), kami menuju ke kereta. dengan wajah yg bersungguh-sungguh lg nekad, aku cuba membuka pintu kereta, namun..

dengan sepenuh kekuatan ultraman, aku mencuba tp x dapat. aku mcm @#$%#@$!! come on kereta kesayangan!! aku baca bismillah siap dgn ayat kursi dan mencuba lagi. namun masih gagal. mungkinkah ini adalah dugaan yg harus ditempuh pd hari ini?

selepas mencuba kali yg ke-99, masih gagal. orang sekeliling mula pandang-pandang. mungkin bersimpati. mungkin curiga. mungkin juga tak puas hati. aku cuba utk bersabar.

*****
'psssttt dylla.. cepat blah'
'apahal?'
'nih bukan kereta aku.. cepat2.. move2..'

ouh.. kereta aku kt sebelah sana rupanya.. patut la xleh bukak.. berlalu dgn berpura-pura cool..

Saturday, October 30, 2010

rahsia ahmad C sprinter lagenda

maaf!! aku tidak punya jawapan untuk itu. kerana Ahmad C telah meninggal dunia akibat pengambilan steroid berlebihan tanpa sempat aku mewawancara beliau.
negara Pigidah kembali ketandusan pelari pecut.

Sekian.













*****
kalau rasa nak lempang aku, silalah datang kerteh~

Wednesday, October 27, 2010

ubat itu bukan ditakdirkan untukku

ini sesungguhnya bukanlah sambungan kepada cerita Ahmad C yang merapu itu. tetapi, ini adalah alkisah hidupku pada hari ini. waaa.. aku pegi ke ofis dengan keadaan yang cukup bersedia, hati yang tenang dan wajah yang ceria. 

namun, sakit yang selalu itu telah mengganggu fokus pembuatan kerja. justeru, aku mengambil langkah mudah dengan menghadirkan diri ke klinik demi sebuah mc kerana aku sudah tidak tertahankan.

suasana klinik. dipenuhi orang-orang sakit yang tidak dapat aku kesan apakah sakit sebenar mereka. malas nak layan. sebab aku pun sakit gak. lagipun takde masa nak tanya. aku bukan doktor. bila tiba giliran, aku berlenggang ke bilik doktor. pada awalnya, kawan-kawan mahu menemani tapi aku menghalang dengan machonya. biarlah aku berdikari.

di dalam bilik doktor,

aku menerangkan mengenai sakitku (tidak perlu dinyatakan disini). doktor mengangguk-angguk sambil melihat rekod kesihatan aku sebelum ini. 

doktor : nak injection?
(aku menggelabah. ingat beberapa bulan lepas dah kena injection. sakit berhari-hari.)
aku : kalau boleh saya taknak. saya nak try makan ubat dulu. hari tuh saya kena inject sebab saya dah makan ubat tp still sakit. saya makan ubat dulu lah. kalau tak ok jugak, saya datang lagi.
doktor : betul nih?
aku : betul! saya yakin! muktamad! saya tak perlukan talian hayat.
doktor : okeh. jadi, saya kasi ubat bla3 dengan mc untuk hari nih.
aku : terima kasih doktor atas keprihatinan anda.

*****
sampai rumah, aku terkedu. ubat besar nak mam***. cane aku nak telan. waaargghhh doktor!! takde ubat yang saiz semut ke? nih saiz kaki gajah. saya tak mampu!!