Friday, June 7, 2013

Mount Kinabalu, Sabah, Malaysia Part 2

Seperti yang dijanjikan berbulan-bulan yang lepas, dah tiba masanya aku bercerita pasal pengalaman sebenar pendakian Kinabalu aku. Dalam post sebelum ni, aku macam kerek dan berlagak tahap mintak lempangan kan. Kan? Kan? Haa sekarang mai sini aku cerita kisah yang sebenar.

Kitorang mula mendaki jam 9:30 pagi. Cuaca elok-elok sahaja, tak panas sangat. Suam-suam kuku orang kata. Aku partner dengan BFF, Encik L yang janji mahu bersusah senang bersama. Aku OK je. Lagipun panjat Kinabalu saja. Apa yang susah sangat. Mode berlagak lagi masa ni.


Di awal pendakian, aku dan L memang laju, meninggalkan jauh teman-teman di belakang. Maklumlah, berzaman kot berlatih nak kasi fit. Panjat bukit sana, panjat bukit sini, joging setempat etc.


Dah sampai 4 km, aku rasa lain macam. Rasa seram sejuk. Serius. Tapi bukan seram sejuk yang disebabkan kehadiran makhluk lain. Tetapi, terasa perubahan dalaman. Ouh. Nak dipendekkan cerita, aku period sebenarnya. Memang dah time sebenarnya. Tapi mana nak expect. Bukan period yang dikisahkan, tapi period pain yang ingin diperkatakan di sini. Untuk kaum wanita yang memang sering dihantui period pain, korang mungkin akan faham apa yang aku rasa. Untuk kaum lelaki dan kaum ibu yang tak pernah merasa sakitnya senggugut ni, korang tak payah susah2 bayangkan bagaimana rasa sakitnya. Baca saja penulisan aku ni. Noktah.


Tadi syok panjat gunung laju-laju gear 4, sekarang aku jalan gear 1. Hok aloh. L pelik. 'Ko apa hal?' Kata dia. Aku sengih-sengih. Cis. 'Ko apa hal jalan belakang sangat?' Aku sengih lagi. 'Ko penat ke?' Aku geleng. 'Ko nak kentut ke?' Aku geleng-geleng lagi sambil kata, 'Bukan'. 'Wei, boleh tak ko cakap apa dia? Ingat ni permainan teka-teki ke, geleng-geleng, bukan-bukan?' Hah, kena sebijik aku. Haha.


Yalah. Susah kot nak cakap. Tapi dah takde orang lain dah nak mintak tolong. Kena la jugak cakap. Tapi baiknya Ya Allah sahabat baik aku ni, dia bagi panadol, tolong bawakan lagi beg aku sebab aku memang da tak boleh nak jalan sangat dah dengan beg berat tu. Adalah dalam 6kg beratnya beg tu. Tips: Bawak benda yang betul-betul perlu saja. Tak payah over nak bawak barang mekap, makanan banyak gila macam nak tinggal 10 tahun atas Kinabalu.


Pendek kata, situasi ni buat aku nampak lemau kan. Kan? Kan? Takpe-takpe. Mengatalah sesedap rasa. Aku tak kisah. Sebab memang sakit sangat. Bukan tipu. Tapi untuk tebus balik kesayuran aku, time panadol bagi kesan & impak maksima dia, period pain dah rasa macam sakit gigi je, aku terus mintak beg aku dan mampu mendaki seperti seorang manusia normal. Gagah tak aku? Tapi seriously, masa sakit tu aku macam nak tinggal je, suruh L terus panjat tinggalkan aku. Tapi, penat juga kan kalo nk patah balik 4km. Baik terus panjat lagi 4km. Masa tu kalau nk fikir fizikal memang dah kelaut, mental je yang nak kena kuat. Mental uolls. Mental.


Alhamdulillah kitorang sampai di Laban Rata lebih kurang jam 5 petang. 8 jam perjalanan untuk 8km. Sampai saja kat Laban Rata, dah ada mamat kacak tunggu atas tolong sambut beg. Untunglah I uolls. Baik hati rakan-rakan seperjuangan. Hahaha. Untung jadi kaum gadis.

Cukuplah dulu pasal pengalaman aku dari Mersilau ke Laban Rata. Next tima aku cerita pasal pengalaman dari Laban Rata ke Low Peak pula ya. Sama saja sayurnya macam mendaki nak ke Laban Rata. Kalau dah sayur, sayur juga. Tapi, aku sayur brokoli. Up sikit. OK bye.


































Monday, June 3, 2013

Hello Counselor

Ini adalah TV show korea paling aku gemar setakat ini, selain Running Man. Cerita ni macam bangang-bangang je tapi aku suka layan. Hahaha. 

TV show ni cuba menyelesaikan masalah-masalah rakyat Korea. Ada antara masalah tu yang pelik gila, dasyat sangat sampai kita tak terpikir ada juga yang ada masalah macam tu. Huhu. Memang layan la gak.

Try la tengok. Sesuai untuk muhasabah diri. Kalau rasa masalah korang kelakar, ada lagi masalah orang lain yang lagi kelakar. Sampai diorang tak tahu nak selesaikan macam mana. Hahaha. Macam-macam la. Tak ada masalah cari masalah. Try la tengok wei. Hari Isnin, pukul 1015 pm, channel 392. Masalah sampai tahap nak lempang diri sendiri.


Sunday, June 2, 2013

Bila kecewa

Huhuhihihoho.. Memang lama tak update. Baru awal tahun macam berkobar-kobar plan nak rajin update blog. Rupa-rupanya kita hanya mampu merancang. Kalau dah malas, malas juga. 

Pendek kata, aku rajin update blog bila rasa macam jiwa kacau. Bila jiwa kacau, aku deactivate facebook. Bila deactivate facebook, aku rasa sunyi tak ada benda nak buat. Maklumlah, boyfriend pun tak ada nak mesej- mesej. Whatsapp ke apa ke. Hahahaha. 

Aku baru balik dari Kuantan. Tengok kawan baru accident. Dia on da way dari Kerteh ke KL. Aku pun pernah ada pengalaman accident. Aku tahu apa yang dia rasa. Kereta dia pun boleh tahan teruk. Kereta baru pulak tu. Tak sampai setahun beli. Dugaan. Datang dalam pelbagai bentuk. Alhamdulillah dia selamat.

So, itu saja lah dulu untuk setakat ni. Kalau rajin aku update lagi. Kalau malas tengoklah lagi 5 bulan ke, setahun ke. Eheh. Ok bye.

Tuesday, January 15, 2013

10 Tanda Penuaan

Ini yang aku hadapi sekarang:

1) Malas reply sms, whatsapp, email, mesej FB, twitter dan lain2 lagi.
2) Tak excited sangat nak vacay all around the world mcm dulu2.
3) Selalu lupa barang. Kejap lupa kunci kereta. Dah ambik kunci kereta, tertinggal jam pulak. Haip!
4) Rasa ignorance dgn sekeliling. Aku peduli hal aku je. Hal orang lain lantak pi. Langsung tak ambik tahu. Sampai kadang2 rasa diri ini insignificant. Psiko sendiri. Huk.
5) Malas nak keluar malam2 lepak dengan rakan2 macam dulu2. Lagi gembira lepas kat rumah depan tv sambil melantak maggi.
6) Suka tengok drama melayu. Eh?
7) Suka dengar lagu2 nasyid. Alhamdulillah. Berubah ke arah baik tak salah kan?
8) Berkawan dengan makcik2? Hehe.
9) Makin malas. Eh ada kaitan ke? Aku malas dari kecik sebenarnya. Hahaha.
10) Rasa nak kahwin. Oppsss! Anyone?

Monday, January 14, 2013

Mount Kinabalu, Sabah, Malaysia Part 1

Kalau sebelum ni saya bercerita pasal Mount Halla yang terletak di South Korea, hari ini saya nak bercerita pasal Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia. Duk panjat gunung kat negara orang, gunung tertinggi di negara sendiri dah tawan ke? Hehe. Saje je keluarkan statement sentap.
Pasai aku da panjat Kinabalu. Hahaha. Gelak berlagak jap. Tak cukup panjang gelak tu. Hahahaahahaaha.

Nih nak share pengalaman mendaki Kinabalu pulak. Kalau kudrat sedikit cuma, jangan ada hati nak panjat Kinabalu. Macam berlagak kan? Rasa menyampah kan? Apa aku kisah. Apa yang aku cakap benar belaka. Ni semua daripada pengalaman. Jap nak gi toilet.

Malas nak mengarang panjang2. Korg baca je la tips di bwh:

1) Sebelum panjat, korg kena pastikan korg bersenam, joging, berlatih panjat bukit2 dan melakukan aktiviti2 fizikal yang lain. Untuk memastikan korg tak semput dan fit untuk sampai puncak. Jangan sesekali underestimate!

2) Nak panjat Kinabalu rasanya tak perlu pakai kasut mahal2. Korg pakai je kasut getah beli kat kedai apek. Harga dlm RM 6. Kasut ni memang ok buat panjat Kinabalu. Lepas guna boleh campak tong sampah je.

3) Lain barang yang korg perlu sedia adalah headlamp, glove, jaket tebal. Stokin bwk byk sikit. Minyak panas jangan dilupa. Bawak hiking stick adalah terbaik. Lain2 adalah barang2 travel normal.

4) Trail yg kitorg pilih adalah Mersilau. 8 km jalan kaki ke Laban Rata, pit stop sebelum naik ke Low's Peak. Dekat Laban Rata, pendaki boleh berehat goyang kaki sebelum panjat ke puncak pada awal pagi keesokan harinya. Kalau taknak naik ikut Mersilau, korg boleh naik dari Timpohon. Timpohon 6 km je. Tapi semput jugak la walaupun 6 km je. Apa hal pun korg memang kena fit. Muahaha.

5) Adalah penting mencari buddy atau geng yang stamina lebih kurang sama dengan anda utk memastikan sepanjang perjalanan anda berteman dan tidak kena tinggal. Adalah mustahil satu team jalan sekali. Sebab stamina orang lain2.

6) Mulut jaga. Jangan sesedap rasa duk mengata sana sini.

Setakat ini mukadimah Kinabalu. Ini saja je entry eksyen bajet bagus. Next entry aku story pasal keadaan sebenar masa pendakian ya! Banyak manis, banyak la pahitnya. Hahaha. OK bye!




Saturday, January 12, 2013

Mount Halla, South Korea

Sebab azam tahun 2013 nak aktif balik berblog, maka saya dengan rajinnya post entry yg bertajuk best ni. Back in Oct 2012, the girls and I went to South Korea for 9 days. Eh tetiba omputih. Gini ceritanya, kitorg memang dah lama teringin nak gi Korea. Bukan sebab pengaruh KPop ke apa tp sebab teringin je.

Aku malas nak cerita pasal keseluruhan jalan cerita lagi. Itu simpan utk lain kali. Kat sini just nak highlight pasal Mount Halla. Gunung ni terletak di Pulau Jeju. Nak tahu detail pasal gunung ni sila la Google.

Memang cita2 datang Korea aku nak panjat gunung ni. Nak dijadikan cerita, kitorg kat Jeju tak lama. Kalau ikut secara logiknya, mmg mcm tak sempat pun nak panjat Halla. Aku mula2 mcm pasrah sbb tak dpt nak panjat. Tapi disebabkan keazaman yang tinggi, kitorg redah aje pegi Halla hari last sblm balik ke Seoul. Kitorang ada masa lebih kurang 4 jam aje kalo gerak dari Guesthouse pukul 7.

Disebabkan semangat, kitorg packing awal, tidur awal, bangun awal dan gerak dari Guesthouse awal. Jauh jugak Halla dari Guesthouse. Lebih kurang 40 minit. Haa see banyak masa terbuang. Lupa nak cakap, kitorg pilih trail paling senang tp dgr ceritanya paling cantik iaitu Yeongsil Trail. Trail ni sejauh 1.27 km aje. Cukup la dengan masa yg limited edition. Atleast tercapai hasrat nak panjat Halla.

Kitorg pegi sana dengan hanya memakai jeans, siap dengan handbag bagai. Sweater pun satu sorg aje. Taxi driver mmg terkejut mula2 tgk kitorg. Siap tak caye kitorg nak panjat gunung. Sampai sana lagi la semua orang pandang pelik. Diorg siap pakai hiking attire bagai. Ya lah. Kata panjat gunung. Kitorg yang selekeh asal panjat je.

Kat situ memang sejuk nak mati. Mulut, pipi, tangan memang jadi kebas. Kitorg panjat sejam, turun sejam. Ini kiranya memang gamble setakat mana sampai aje sebab tak cukup masa. Aku ngan Kak Marina paling semangat. Kitorg mmg naik laju gila sbb takut tak smpt sampai atas. Memang lagi laju dari orang Korea sendiri. Haha. Dah la pakai jeans je. Real mmg real.

Panjat Mount Halla ni antara benda best aku buat tahun lepas. Ada peluang dan duit lebih, aku nak naik lagi InsyaAllah. Terbaik!

Gambar-gambar dari Halla san!
















Friday, January 11, 2013

Mukadimah 2013

Assalamualaikum w.b.t,

Terasa lama saya x update blog. Almost 1 year maybe? Tak tau apa yang saya dah go through sampai tak ada masa nak update blog yang kusam malap ni. Bz sangat dengan hal dunia. Manusia2. Saja update skrg sbb nak bagi nampak meriah sikitblog ni. Hahaha. OK tak kelakar. 

Nanti la saya fikir apa nak di update. Ini saja je mukadimah. Tanda mahu kembali berblog. Huhu.

Sbb I think blog is better place to express your feeling & tell others your experience. Because FB is too mainstream. Sebab ini blog ko kan. So lantak la kau nak cerita apa pun. Atleast takde buat org menyampah baca status ko kat FB. Kalo kat sini kalau dia rasa menyampah, dia tak sambung baca. Eh apa aku merepek?

OK people. I go first. Salam Jumaat. :)