Saturday, October 30, 2010

rahsia ahmad C sprinter lagenda

maaf!! aku tidak punya jawapan untuk itu. kerana Ahmad C telah meninggal dunia akibat pengambilan steroid berlebihan tanpa sempat aku mewawancara beliau.
negara Pigidah kembali ketandusan pelari pecut.

Sekian.













*****
kalau rasa nak lempang aku, silalah datang kerteh~

Wednesday, October 27, 2010

ubat itu bukan ditakdirkan untukku

ini sesungguhnya bukanlah sambungan kepada cerita Ahmad C yang merapu itu. tetapi, ini adalah alkisah hidupku pada hari ini. waaa.. aku pegi ke ofis dengan keadaan yang cukup bersedia, hati yang tenang dan wajah yang ceria. 

namun, sakit yang selalu itu telah mengganggu fokus pembuatan kerja. justeru, aku mengambil langkah mudah dengan menghadirkan diri ke klinik demi sebuah mc kerana aku sudah tidak tertahankan.

suasana klinik. dipenuhi orang-orang sakit yang tidak dapat aku kesan apakah sakit sebenar mereka. malas nak layan. sebab aku pun sakit gak. lagipun takde masa nak tanya. aku bukan doktor. bila tiba giliran, aku berlenggang ke bilik doktor. pada awalnya, kawan-kawan mahu menemani tapi aku menghalang dengan machonya. biarlah aku berdikari.

di dalam bilik doktor,

aku menerangkan mengenai sakitku (tidak perlu dinyatakan disini). doktor mengangguk-angguk sambil melihat rekod kesihatan aku sebelum ini. 

doktor : nak injection?
(aku menggelabah. ingat beberapa bulan lepas dah kena injection. sakit berhari-hari.)
aku : kalau boleh saya taknak. saya nak try makan ubat dulu. hari tuh saya kena inject sebab saya dah makan ubat tp still sakit. saya makan ubat dulu lah. kalau tak ok jugak, saya datang lagi.
doktor : betul nih?
aku : betul! saya yakin! muktamad! saya tak perlukan talian hayat.
doktor : okeh. jadi, saya kasi ubat bla3 dengan mc untuk hari nih.
aku : terima kasih doktor atas keprihatinan anda.

*****
sampai rumah, aku terkedu. ubat besar nak mam***. cane aku nak telan. waaargghhh doktor!! takde ubat yang saiz semut ke? nih saiz kaki gajah. saya tak mampu!!

Monday, October 25, 2010

lagenda seorang sprinter

Dihikayatkan dan telah tersurat, muncul seorang jaguh lari-larian di negara Pigidah yang aman makmur dan bahagia sentosa. Setelah sekian lama negara Pigidah tidak menghantar wakil untuk lari pecut 50 km dalam Sukan Tahunan Yiba-yiba, seantero dunia dikejutkan dengan jaguh negara Pigidah tersebut yang telah berjaya memecahkan rekod Usain Kilat, iaitu 13.56 saat. Bukan calang-calang orang yang mampu melakukannya. Hebat! Memang hebat!

Jaguh tersebut telah menerima gelaran 'Si Pelari Laju Tak Ingat Tidak Toleh Belakang' yang telah dianugerahkan oleh puncak pimpinan tertinggi negara Pigidah yang bernama SeriTakBerseri. Panjang sungguh nama gelaran beliau walhal nama sebenar hanyalah Ahmad C. Kalau di Malaysia, seumpama menerima gelaran Datuk.

Dahulunya, Ahmad C bukanlah pelari paling laju di dunia. Ahmad C gemuk. Hitam. Hodoh. Walaupun tiada kaitan dengan lari-larian, ingin saya ceritakan ciri-ciri Ahmad C ini untuk memudahkan pemahaman cerita. Dengan ciri-ciri tersebut, agak susah untuk seseorang berlari dengan perut yang buncit. Namun, Ahmad C telah membuktikan segala-galanya adalah silap.
Bagaimana beliau merealisasikannya? Nantikan sambungannya~~

Sunday, October 24, 2010

mari belajar bahasa jepun

okeh2~~

hari ini i nak ajar korg2 bahasa jepun.. bahasa jepun lam bahasa jepun adalah nihongo.. hihi

kita blaja yg senang2 dulu laa..

kita blaja cara2 nak perkenalkan diri..
step sangat mudah..

sila ikut..

hajime mashite. (selamat berkenalan)
watashino namae wa  _______ des. (nama saya adalah ___________).
douzou yoroshiku. (nice to meet you).

senang kan?? kan??
hafal laa sampai igt.. t kalau jumpe pakwe jepun ke, makwe jepun ke leh knal2..
blaja yg itu je la dulu kan.

haaa.. kalau korang bengang2 ke, leh mengeluarkan kata2 kesat mcm nih.. BAKA YAROU!! mksdnya idiot (kat jepun nih mmg glemer kata2 kurang ajar mcm nih. sila la jgn buat..)~~
[tiba2 ajar yang x bagus.. hahahaha]

Friday, October 22, 2010

bukan kubenci, cuma kurang gemar..

saya tidak gemar ...

1) Orang sibuk-sibuk hal saya sedangkan saya tidak pernah sekalipun menyibuk hal dia.

2) Orang berkata kasar pada saya sedangkan saya ketika itu cuba bercakap sebaik, sesopan dan selembut mungkin.

3) Orang yang tidak pandai membuat keputusan dengan baik dan ragu-ragu untuk berjanji dan memberi komitmen. Kalau nak, sila cakap nak. Kalau taknak, silalah cakap taknak. Bukan mati pun.

4) Orang yang bergurau kasar sehingga mengguris perasaan sedangkan beliau ingat itu adalah suatu gurauan yang sangat mengguraukan. Maksud saya, bajet kelakar habis.

5) Bercakap sesuatu yang lucah dan tidak perlu. Terutama lelaki. Ouh biasanya memang lelaki suka cakap cenggini. Kawan-kawan perempuan mungkin setahun sekali. Itu pun kalau ada. Biasa bercerita mengenai cinta, kasut dan handbag.

6) Menilai perbuatan orang lain. Sebab apa yang dilakukan oleh orang lain itu tidak perlu dinilai. Nilai apa yang dilakukan oleh diri sendiri sudah.

Wednesday, October 20, 2010

kapal selam

aku smpi jek airport subang, aku cari itu tmpt makan. huhu. mcm biasa, aku order lg laksa di airport. entah pape aku nih. takde variety langsung. laksa, laksa, laksa!!

tgh2 layan laksa, aku nampak itu pelakon Sharifah Sofea. beliau mkn di kedai yg sama. mula2 x perasan itu dia. cantik. boleh tahan. tp chubby. n xde org mintak autograf dia. muahaha. aku? aku x pandang pun dia. dia? dia pandang aku sbb aku x pandang dia. xpuas hati laa tuh. 

*****
lam taxi ke traders,

pkck taxi : td kapal dr mana?
aku : kapal?? (dgn nada terkejut).. ouh.. dari kerteh.
[seb bek faham kapal yg dimaksudkan tuh adalah kapal terbang. tiba2 terbayang cruise dan kapten kapal yg hensem]

Monday, October 18, 2010

kami panggil beliau 'daddy long leg'

kuku-kuku yang panjang dipotong rapi oleh seorang insan yang bergelar ayah. okeh. beliau yang bergelar ayah itu bukan ayah kamu. bukan ayah kamu yang baca blog nih sambil korek hidung juga. tapi beliau adalah ayah beta. eh silap! ayah aku. dan kuku-kuku yang panjang bersih itu adalah kuku-kuku aku.

sila bayangkan aku sebagai seorang kanak-kanak riang yang berusia 4-5 tahun. time usia tuh mana ada mak ayah kasi anak comel potong kuku sendiri2. haruslah ayah yang potongkan. aku biarkan aje ayahku potong kuku. aku percaya pada beliau. rasa secure. kalau mak aku, aku x jamin. sebab mak pernah gunting rambut tapi tersilap gunting telinga. nasib baik kena sikit jek, tak putus. sejak tuh, rambut aku dan adik2 tak pernah kasi mak potong. ayah ambik peranan. mak pun bersetuju. mungkin dia pun fobia. fobia lagi aku. [tapi tetap sayang mak tak berbelah bagi]

time ayah potong kuku, tiba-tiba tanpa disengajakan [sebab aku tak rasa ayah aku ada menyimpan dendam], beliau terpotong jugak jari. bukan potong sampai putus. kena sikit jek. tapi berdarah. dan tak ada lah darah banyak pun. tapi disebabkan aku ketika itu adalah kanak-kanak, maka aku mengambil peluang itu utk menangis, meraung, bertempik sambil guling-guling konon tahan sakit. ayah aku gabra. muka pucat.

beliau berusaha memujuk. lalu diangkat aku ke atas bahunya. wahhh!! tiba-tiba rasa tinggi. nih seronok nih. aku terdiam. beliau bawak aku jalan-jalan di dalam rumah. cuba untuk mengambil hati. tiba-tiba...
*****
makin kuat aku meraung. terhantuk frame pintu kot. sakit. lagi sakit dari terpotong tadi. agaknya beliau tak ingat aku kat atas bahu. gelabah beliau meningkat. apalah nasib~~

kisah pencuri laici yang licik

aku order ABC. shima (nama sebenar) pun order ABC. tp si zura (bkn nama sebenar) buat2 mcm unik dan pelik. dia order air kelapa. bajet best dan lain dari yg lain.

kami bercerita dengan meriah. pong pang pong pang. pok pek pok pek. siap ngan tangan terangkat. tak tahu cerita pasal apa.

sambil bercerita, aku menikmati ABC yang sangat sedap dan menyamankan tekak di kala panas terik. jam menunjukkan 12:30pm. di saat dan ketika itu, aku perasan kehadiran sebiji buah laici tin dalam ABC aku. tapi aku tak makan. aku biarkan jek dulu.

tiba-tiba si zura nak merasa ABC. aku handover ABC aku padanya. dia pun makan. makan. dan makan lagi. dalam hati macam, 'wah. ini dah lebih'. aku berdehem. dia perasan. tersipu-sipu malu sambil menyerahkan ABCku. shima hanya memandang sambil menggeleng-gelengkan kepala.

ABC bertukar tangan. entah mengapa naluri hati mengatakan laiciku yang tunggal telah dicuri. aku kacau-kacau itu ABC. memang sah! laici yang satu itu telah tiada.

dengan wajah bersahaja aku berkata, 'babe, u ambik laici i eh?'

Zura hampir tersedak.

*****
Di waktu tengahari yang lain. Zura order teh o laici ais. ada 3 biji laici semuanya. beliau offer satu laici. bajet nak ganti laici yang tunggal. tapi, manakan sama. aku tolak tawaran beliau dengan hanya mengangkat kening.


Thursday, October 14, 2010

jangan biarkan diriku membeli

9 Oct 2010 merupakan hari bahagia Farah Aliah, di mana beliau telah selamat bergelar tunang kpd Halim, tunangnya. hihi. selaku sahabat karib, aku, aini dan fiza telah berjaya menghadirkan diri ke majlis tersebut.

kami bertolak dr PJ pukul 10:00am walaupun pada awalnya berjanji utk bertolak jam 9:00am (kes bangun lewat). berkat pemanduan berhemah fiza, kami selamat sampai di kajang sebelum pihak penunang lelaki sampai. fuhhh~

majlis berlangsung dgn begitu meriah. di majlis tersebut, kami telah cuba utk mengayukan diri kami memandangkan terdapat ramai potential ibu mertua dan potential husband juga. kelihatan makcik2 menunjukkan minat yang mendalam terhadap kami. dan lelaki2 itu juga. tp kami jual mahal. buat2 sombong.

setelah selesai majlis, kami bergegas pulang ke PJ kerana kami mahu mencukupkan waktu tidur kami yg kurang akibat menonton Sammy's Adventures yg ntah pape pd lewat mlm td. 

otw, kami singgah seketika di TESCO saujana impian.

fiza melangkah laju ke dlm TESCO. memandangkan aku dan aini tidak berhajat membeli-belah, kami hanya berlegar2 mencuci mata. sambil kaki melangkah, aku berkata,

'Aini, tahan aku. jgn kasi aku beli pape. aku xnak beli brg lgsg' (memandangkan aku selalu membeli barang bukan keperluan)

Aini membalas simple.. OK!!

kami berjalan2 dgn hati yg riang. tiba2 hatiku tertarik utk singgah di Lazo Diamonds. saje la nak cuci mata. walaupun sgt menggemari white gold, tp aku menahan diri dr membeli-belah walaupun hati terasa pedih. kemudian, aku mendapati aini telah berkenan sama itu satu bracelet. berkali2 beliau mencuba. dan terus mencuba. kebetulan ada promotion. terus beliau beli.

memandangkan aku mempunyai nafsu membeli-belah yg tinggi, dan selalunya brg yg disukai dan dibeli oleh aini, akan dibeli olehku juga, aku berlalu dgn pantas dan mengusyar kedai2 yg lain. aku melangkah ke dalam kedai jam. meneruskan perjuangan mencuci mata.

*****

aku, aini dan fiza berlalu dr TESCO saujana impian dgn bracelet di tangan kiri aini dan jam ELLE STUDIO di tangan kiriku.

Tuesday, October 12, 2010

seperti berada di negara matahari terbit

ketika saya di tingkatan 3..

prep pagi sabtu merupakan sesi prep yg paling malas dihadiri oleh sebahagian besar kanak2 yg menuntut di SESMA kecuali bagi mereka yg skema x igt dan bajet bagus (kdg2 aku tergolong dalam golongan ini. KADANG2 sahaja).

hal ini adalah kerana hari sabtu merupakan hari cuti. hari cuti bermaksud hari utk beristirehat. betul atau tidak? apa kejadah prep di pagi sabtu nih?? kitorg semua bdk2 pandai kot. takbur dan riak adalah dilarang agama. saya tarik balik kata2 tadi.

akibat perasaan malas dan kerana sy mahu menonton dragon ball (ditayangkan pd jam 9:30am di TV2-menjadi kegemaran semua kanak2 SESMA ketika itu. kanak2 lelaki selalu cuba menghabiskan prep secara awal semata2 kerana mahu menonton cerita ini. dan kadang2 mereka kantoi dengan goneng si guru disiplin), saya mengikut kakak2 senior yang otai memonteng prep secara berjemaah. bajet leh dapat 27 kali ganda pahala. hekkk~

namun, kami telah termasuk ke dalam perangkap pengawas2 yg berdedikasi. cet!! kami telah diambush oleh mereka. tidak sempat kami bersembunyi di dalam loker, di belakang katil mahupun buat2 sakit sambil menggelupur di atas katil. kami terperangkap!!

nama di ambil. mulut terkumat-kamit berdoa. sesi solat maghrib berjemaah kami hadiri seawal mungkin. konon insaf. malamnya, kami solat hajat agar kami tidak dikenakan sebarang tindakan. you wish my dear!! you wish!!

keesokannya harinya, selepas roll call, nama2 yg kantoi telah disebut secara lantang oleh Ustazah Saodah selaku ketua warden yg garang lg menggerunkan. malu i dengan seluruh warga SESMA terutama pada makcik gayah penjaga koperasi.

kami di brain wash sehingga bersih dari segala kotoran membencikan. terdengar suara2 sumbang senior2 berbisik. menandakan mereka tidak berpuas hati. mahu protes. mahu merusuh. ouh. tak ramai student form 3 yang otai. ada beberapa orang sahaja. yang lain adalah pelajar form 5. form 4 bersih.. tak ada seorang pun. tiba-tiba..

'Ustazah, saya rasa saya tak patut berada di sini. saya hadir prep pagi sabtu. betul ustazah, saya tak tipu,' kata Asiah (bukan nama sebenar), selaku ketua dorm Hijau 2 (dorm aku). bangga aku seketika kerana mempunyai ketua dorm yang berhati mulia dan berani menegakkan kebenaran.

'ouh. kamu pergi pukul berapa Asiah bukan nama sebenar?' Soal Ustazah Saodah secara sinis dan pedas.

Asiah (bukan nama sebenar) terkedu. dan tersipu2 malu. 

wat luuuuuu~~

prep pukul 8:30am kot. kalau g pukul 10:29am memang la tak aci. prep habis pukul 10:30am kot.

*****
kitorang kena denda jalan keretapi pusing court basketball 7 kali (tak sure. tak ingat). jalan laju giler. kalah shinkansen.

Monday, October 11, 2010

ko igt ko hidup sampai bila2??


belajarlah menghargai kawan sementara anda masih punya kesempatan.

kitaran pakai-pakaian

tak tahu aku dilanda apa masalah. tiba2 aku seperti mahu berstory mengenai baju-bajuan, seluar-seluaran, tudung-tudungan etc. dalam hidup ini, pakaian adalah sangat penting. jika anda tidak berpakaian, maka anda sangat layak duduk sama rendah berdiri sama tinggi sama itu anjing Ah Kong. kepada yg tidak waras, anda adalah dikecualikan. sila jangan risau. kepada yg berbaju sedikit atau seperti tidak cukup kain, anda fikirlah sendiri. malas nak buat perbandingan. nanti ko nangis hentak2 kaki plak.

sebagai seorang remaja, errr maksud aku wanita (??), pakaian haruslah dibasuh, dijemur, dilipat, dan digosok sendiri. hantar dobi?? wat luuuuuuu.. basuh baju je kot~~

aku paling rajin basuh dan jemur baju. sbb apa?? sbb senang. basuh baju hanya memerlukan kita memasukkan baju ke dalam washing machine, tekan mana2 butang yang patut, biarkan mendidih selama 2 jam dan biarkan. bila siap, jemurkan. setiap kali jemur baju, hati aku menyanyi girang dan sambil menjemur, aku berlari setempat. tapi, bila dah sampai stage melipat dan menggosok, rasa macam nak koyak-koyak semua baju. gua malas beb!! biasanya baju-baju saya harus menunggu turn utk dilipat dan seperti biasa mereka perlu menunggu seminggu lebih. hukhuk. gosok baju?? saya malas!! kenapa tiada genius yang mencipta robot penggosok baju??

entahlah. kenapa agaknya pakaian harus dicuci?? kalau tak payah cuci kan bagus. banyak cantik!! ko nak masyarakat muntah darah tiap kali ko lalu depan diorang. baiklah. kepada korg2 yg malas, rajin-rajin lah basuh baju!!

*****
aku nk hbskn mlm ini dgn memikirkan bagaimana mahu mencipta robot pelipat dan penggosok baju

Friday, October 8, 2010

mencucuk bintang

mane si zue nih?? cakap nk merayau. lambat la pulak. aku ngan aini dah siap nih zue!! kul bp la balik mlm nih? esok nk kne bangun awal. nak g majlis tunang farah. tp xpe. fiza yg drive. aku ngan aini leh membuta. tema kaler biru ok. harus cun esok!

*****
plan nak g audition Raja Lawak. harap2 lepas. glemer mcm nabil la aku lepas nih.

sakit, tidur & perasaan kesian

selamat tiba di rumah aini dan nadz lewat petang td. giler jam jalan. seb bek afif ngn dila sudi hantar selamat sampai ke vista. huuuu. tq korg!! sampai jek terus tunaikan solat secara solo. nadz lak mc ri nih. x sihat. kesian aku tengok. sbb ksian, aku tido bila tengok dia tido. tanda sokongan dari belakang.

aini lak td ckp dah nak balik. bila aku tgk jam, dah dekat jam 8 pun lom balik lg. aku pun kol. tiba2 lelaki yg angkat. 

'Ya. Nak ckp dgn sape?'
'Naaini ada?'
'Dia kt toilet.'
'Ouh dia mandi eh. Sorry la saya kacau. Suami dia eh?'

ewah3. berlakon lak mamat nih ngan aku. Ingatkan si ansar, tp rupa-rupanya si saiful. mamat 2 ekor org nih junior kitorg. ingat aini dah makan dan mahu lepak2 ngn diorang. mcm nak sambung tido, tp mcm bosan. pastuh mesej si zue ajak tgk muvi atau lepak2.

*****

nadz tido x bangun-bangun. kesian. eh x boleh kesian. kalo kesian, t aku nak tido jugak sbb nak kasi sokongan. alahai.

Thursday, October 7, 2010

messy meeting & jackie

6 - 7 Oct

aku bangun awal giler. kul 5:30am aku dah bangun. agaknya berkobar-kobar nk masuk meeting kot. teeetttttt!! salah!! sbb bintulu awal 1 jam. kalau bangun 5:30am, maksudnya sama mcm aku bangun jam 6:30am. so, standard la tuh kan. bangun lam keadaan mamai, solat (amik wuduk dulu. tanpa wuduk, solat tidak sah), iron baju then mandi. msj Ludut suh dia amik aku jam 7:30am. ludut reply OK!!

sampai jek MLNG, terus aku sms Ali tnya meeting kt mana. sbb nih kan 1st time aku g MLNG. mana laa aku nk tau SCMD diorg ceruk mana. t kang x pasal2 sesat ke lam plant. terus si Ali dtg jemput aku. bagus2!! mcm nih laa tuan rumah. lam bilik meeting dah ada seorg dak PML. lelaki. cina. kacak. huhu. aku masuk jek, dia hulur tangan nk salam. sebagai muslimah sejati, aku ckp sorry sambil tunduk kepala ala2 minah jepun. sorry!! x main laa salam2 nih~

then, baru aku tahu nama dia jackie. ada la iras2 jackie chan sket. tang rambut. maybe sbb dia guna shampoo cap bawang. muahaha.

pastuh dtg lg sorg pkck from ABF. muslim. tp hulur jgk tangan nk salam. skali lg aku ckp sorry. sori la korg kalo termalu sendiri. kalo jackie tuh aku phm la maybe sbb dia x tau. tp yg beragama Islam xkn xtau kot. ye tak?? 

meeting berlangsung dgn agak kurang lancar bg aku. mcm x terurus. aku dgn jackie mcm terpinga-pinga xtau nak buat apa. mcm xde panduan yg btol utk kitorg berdua. everything mcm sgt kelam-kabut. kul 11, ali suruh kitorg lepak dulu sbb vendor dtg kul 12 lebih. aku ngn jackie lepak kt cafe sejam lebih bercerita psl polisi terkini dan KERETA!! muahaha. xpenah2 aku bercerita psl kereta secara bersemangat. 

ekceli mcm malas nk bercerita pasal meeting nih. tp Ali nyer manager mcm berminat ngn aku. Jangan t dia request aku masuk MLNG sudah laa. xnak aku. Ali pun ckp ada kosong sbb ada yg resign. dia tnya aku nak ke x. of kos la xnk kan. kerteh is better kot. lg dekat ngn mak ayah.

lam kul 4 camtuh baru hbs meeting. aku terus kol ludut suh dtg amik. si jackie nih lak nk tumpang sekaki [1 kaki lg dia letak luar taxi]. sementara tggu ludut dtg, kitorg bercerita lg psl kereta. dgn lebih mendalam. muahaha. smpi hotel, aku x tggu lama. mandi, solat dan terus siap. kali nih aku nk jln2 kt pekan bintulu sorg2. gamble aje.tp xde byk tmpt nk g pun. aku mkn sushi dan cari umai. lepas dpt umai, aku balik hotel. 

akhirnya berjaya gak aku dpt umai. umpama menang pingat emas angkat berat sukan komanwel. hihi. umai nih kalo korg boleh telan sushi, insyaAllah boleh telan mnde alah nih. tp aku telan pun x habis. da la mahal aku beli. aku request sikit jek tp sekor ikan dia buat. mana larat nk hbskan.

umai

mlm xde buat pape. keesokannya pun xde buat pape. tp td masa aku lam lif nk g check out, ada sorg uncle yg bg aku very the friendly tegur aku. 

'Sekolah ke??'
'Eh x. keje suda'

wahh3.. apa maksudnya tuh?? aku rase antara sbb adalah ;

a) aku nmpk muda mcm kanak2 sekolah
b) aku berpakaian yg tidak mencerminkan wanita berkerjaya
c) aku si shorty

ikut suka korg la nk pilih yg mana satu. nak semua skali pun boleh. tp aku still pegang yg a.

kul 2:30pm, aku officially meninggalkan bintulu. take care bintulu~

*****
xdapat tengok rumah panjang. semua rumah pendek2 aje. =(

Wednesday, October 6, 2010

everly & umai

5 Oct #2

hoho.. sambungan dr kisah smlm. setelah berpura2 tido secara kaku selama setengah jam lebih kurang, aku selamat sampai di bintulu.. lebih kurang 1:35pm.. sampai jek, terus aku cari kedai mkn kt airport.. tuh laa.. time lam flight sombong xnk lunch.. ok, ekceli bkn sbb aku sombong.. tp sbb time tuh aku da kenyang ngn asam laksa.. aku jenis yg mkn sikit, cepat kenyang, dan sgt cepat lapar balik.. ngettt!!

tp malangnya, xde kedai makan sgt dan kedai yg ada pun x ada byk choice makanannya.. aku bukanlah seorg yg memilih tp x kena ngn selera aku lak time tuh.. jd, dgn hati yg sgt lara, atau dengan lebih tepat, perut yg berkeroncong, aku naik taxi kononnya mau ke hotel.. melalui taxi H* 307, aku berkenalan dgn Ludut, the taxi driver.. hehe.. ade skandal antara kami..

Ludut, the taxi driver yg baik hati nih seolah2 perasan akan kelaparan aku.. terserlah agaknya.. muahaha.. lalu si dia cadangkan opppsss bukan si dia.. tp dia cadangkan aku makan dulu.. then dia hantarkan aku ke kedai makan yg dekat ngn area hotel.. nak kata dekat xde la dekat sgt.. ade laa dalam 500 meter.. mula2 dia nk hantar aku kt 1 kedai yg paling dekat ngn hotel.. dia kata ramai yg mkn situ.. aku tanya laa halal ke x.. dia ckp x sure tp ramai jek muslim yg mkn kt situ.. aku pon usyar la kedai tuh secara beria.. pastuh nmpk laa susunan arak yg byk.. terus x jd.. aku suh dia pusing2 area situ.. aku cari sampai dpt kedai yg btol2 mcm halal.. FYI, kt bintulu nih ada byk restoran yg letak sign HALAL besar gedabak tp serve arak.. so, berhati2 laa.. xde org pantau ke ek~~

akhirnya aku singgah kt kedai pkck melayu. order nasi goreng jek ngn air fav i.i nescafe tarik. igt nk order umai sbb Ludut ckp best. tp xde la plak. mlm jek ade. huuuu~

lepas mkn, aku bwk backpack yg besar persis seorg traveller cun melangkah ke hotel. agak kagum di sini sbb aku jln jek ke hotel. 500 meter mgkn mcm x jauh. tp kalo 1/2 km mcm jauh kan?? kan?? dgn beg yg besar tuh aku jln kaki di bwh mentari yg terik.. berpeluh2 wa ckp lu~

lepas penat berjalan sambil takut2 nk melintas jalan, akhirnya sampai jugak aku ke everly. hilang cun kejap sbb berpeluh2. kejap jek ok hilang cun tuh. please take note. hehe~

lepas check in, terus mandi dan solat. x lepak lama sgt sbb da jnji ngn ex-rumet PIPE nk jmpe lepas dia hbs kerja. nasib baik ada dia. ada laa jugak yg sudi bawak aku jalan2. seb baik husband dia involve shutdown. kalo x, segan gak aku. huhu. lam kul 5 lebih dia datang pungut aku dan bawak ke Pantai Tanjung Batu. ekceli aku yg request sbb dia xtau nk bwk aku ke mana. tuh pun Ludut yg infom. wahhh berguna gak Ludut nih kan. Pantai nih xde laa marvellous mana pon. tp ok la dari xtau nk ke mana. then, dia bawak aku dinner. lg skali aku kecewa sbb kedai ini tidak menyediakan umai. org nk mkn umai!! nk umai!! tp selaku seorg yg tidak memilih, aku redha dan bersyukur jek ngn rezeki pd ptg itu. lepak2 mkn sambil update gosip terkini. xleh lepak lama2 sbb dia nak kena g amik husband dia. then, lepas lepak, dia hantar aku ke hotel.

TSUTZUKU~

Tuesday, October 5, 2010

airport & asam laksa

5 oct #1

yuhuuu.. berjaya menerbangkan diri ke bintulu dgn jayanya.. sorg2 je tauuu.. hebat x hebat x?? hihi.. kagumnya dgn diri sendiri.. ini first time travel jauh sorg2 tanpa berteman.. korg pernah ke?? huuuu~

bertolak dari kerteh jam 7:50am dgn penerbangan firefly.. seronok juga naik kunang-kunang.. sampai kat subang lebih kurang jam 8:40am.. dengan perut yang mendendangkan lagu Iman Mutiara nyanyian Raihan, aku terus bergegas menaiki taxi ke KLIA.. taknak bfast sbb takot tak sempat sbb flight ke Bintulu jam 11:35am.. padahal sempat jek.. tp xpe laa.. baik berjaga2 kan.. dah laa sorg2 ketakutan kengerian.. hiiii~

smpi KLIA jam 9:30am cmtuh.. smpi jek, terus cari kedai sasaran utk bfast.. then, terus order asam laksa tanpa fikir 8,9 kali.. xtau knape.. bila g airport jek, aku order asam laksa.. bila order asam laksa jek, aku kt airport.. dah laa mahal.. ade ke 1 mangkuk RM 10.50?? tp beli jugak sbb lapar bangat.. mak kata soal makan jangan berkira.. btol2!! sy sokong mak saya.. tp selagi boleh berjimat, try laa kan.. so sementara tggu check in, aku lepak sorg2 sambil mkn slow2 sambil usyar pakwe2 hensem.. hehehe.. tipu jek.. sbb aku seorg gadis yg sgt menjaga pandangan mata.. chewahhh.. aku lepak2, mkn2 sambil baca buku.. lol

dari KLIA ke Bintulu, aku naik MAS.. seat no 19B.. duk kt tgh 2 jejaka yang x dikenali dan aku suspek diorg pun x mngenali aku.. muahaha.. boleh diorg x knal aku.. adoiii.. haaa time nih mcm nk g toilet tp segan nak ckp.. hahaha.. mula2 igt nk kencing kt Bintulu, tp tiba2 dpt keberanian dan dgn ditemani seorg pramugari terlampau dan melampau, sy berlenggang2 ke toilet.. nasib baik kencing jek.. nak berak pun segan.. kesian kat org bawah.. hahahaha [gelak jahat]

mamat 2 ekor nih plak nak kata gemuk tidak.. tp duduk conquer seat xleh blah.. sampai aku kena menguruskan badan sekurus mungkin.. duduk pun x selesa.. then, si mamat sebelah kiri tido.. xkisah laa dia nak tido kan.. tp lentok2 mcm nk head and shoulder aku lak.. x paham?? maksud aku.. kepala dia hampir2 terlentok ke bahu aku.. aku da standby daa.. kalo kena jek bahu aku, aku kasi lempang laju2 sambil ckp kuat2, 'nama saya Rain' [sila rujuk iklan head & shoulder versi Rain].. si mamat sebelah kanan lak peramah mak aiii.. semua nak tanya.. mula2 aku layankan aje.. kata 1 Malaysia.. tp lama2 perasaan menyampah pun dtg.. terus aku buat2 tido sambil berdengkur.. ok part berdengkur tuh aku tipu.. terus aku buat2 tido secara kaku tp dengan keayuan yg terserlah..

TSU TZU KU~~ [to be continue..]

Monday, October 4, 2010

r i m a s

Please stop smsing me or update me anything about yourself. 
And I don't like to update my every second. 
You are not my boyfriend. And not my husband.
Do you think I care?? 
Please leave me alone!!

Saturday, October 2, 2010

sampai mana??

perjalanan dari kerteh ke kuala terengganu mengambil tempoh lebih kurang 2 jam..

sebelum eksiden..

bertolak dari kuala terengganu jam 5:00pm,

jam 6:30pm, my dad call..

'Dah kat mana?'
'Dah sampai rumah. Dah siap mandi. Sekarang tengah tengok tibi'

selepas eksiden..

bertolak dari kuala terengganu jam 5:00pm,

jam 6:30pm, my dad call..

'Dah sampai??'
'Belum. Baru sampai dungun. Nanti sampai, kak call.'

Sebelum eksiden, saya adalah seorang perempit tegar.
Tp sekarang, saya memandu secara sangat berhati-hati. Lori minyak pun saya tak potong. Sekian.

*****
Jam 8:15pm baru saya call ayah saya menyatakan kesampaian saya di rumah sewa. =)

Friday, October 1, 2010

no rupa, no cinta

Halimah memandang tepat ke anak mata Ali Abu. Seolah-olah mencari kebenaran. Akhirnya, Halimah tunduk. Memahami apa yang telah disampaikan oleh Ali Abu. Tas tangan dicapai lalu dengan langkah yang longlai, Halimah berlalu. Air mata yang ditahan mengalir laju. Sampai hati Ali Abu.. 

Setibanya Halimah di satu persimpangan, kelihatan sekumpulan anak muda sedang melepak. Salah seorang anak muda perasan kehadiran Halimah. 'Eh, ada awek lah,' kata anak muda itu namun tidak jelas di penglihatannya lantaran persekitaran yang kelam.

Apabila Halimah menghampiri mereka, mata mereka membuntang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

'Laa.. Halimah Jongang ke? Jongang.. jongang.. jongang,' ejek anak-anak muda itu.

*****

Halimah Jongang berlari pantas. Benci dengan mereka. Benci dengan Ali Abu. Salah ke kalau gigi jongang? 

mari memasak macaroni berkarian versi campak2 siap

adoiii.. xtau nk msak ape.. bahan2 lebihan masak macaroni soup ri tuh ade lg.. makanya, aku search cari ape lg yg boleh dimasak dgn bahan2 tersebut.. xsmpi 30saat cari, aku decide.. aku mau masak macaroni goreng kari.. xpenah mkn, try masak apatah lg.. mcm biase laa.. sila baca smpi habis..

Bahan2 :
elbow macaroni
seafood - aku guna udang n sotong
cendawan-cendawan
sayur kobis panjang
serbuk kari
sedikit air
sedikit minyak masak

Bahan2 penumis yg diketuk :
sebiji serai
3 biji bawang putih
Bawang merah atau bawang besar xnk guna - xsuka
3 biji cili padi

Cara-caranya :
1. Sebelum lupa ckp, rendam macaroni dgn air panas - biarkan smpi kembang tp jgn over kembang --> pndai2 korg laa. Then, toskan.
2. Panaskan kuali then masukkn minyak masak sesedap hati
3. Lepas da panas, masukkan bahan penumis. Tumiskan sampai wangi.
4. Masukkan serbuk kari sesedap rasa.
5. Masukkan udang dan sotong.
6. Masukkan sedikit air kasi udang dan sotong lemas. jgn byk sgt, sikit aje.
7. Kacau dan kasi masak.
8. Masukkan macaroni.
9. Masukkan sayur-sayuran.
10. Masukkan secubit garam. Nak cubit byk mana pun ikut suka korg.
11. Kacau sampai masak.
12. Dah siap. Dah2 laa tuh mengacau. Tutup api dapur.