Thursday, February 24, 2011

finally.. I'm 25!!

Speechless..

Hmmmm..

Speechless..

Aishhhhhh..

Speechless~~

Happy birthday to me~
Happy birthday to me~~
Happy birthday to nurul~~~
Happt birthday to me~

Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur sampai mampu mencapai usia 25 tahun. Semoga hari-hari tua saya dilimpahi nikmat dan kurnia daripada Allah s.w.t. Tidak lupa juga semoga saya bertemu jodoh dengan lelaki yang beriman, kacak dan budiman. Semoga saya dikurniakan tenaga yang cukup untuk berbakti kepada keluarga, agama dan negara. Amin!!

Wednesday, February 23, 2011

OMAIGOD!!

Seluruh family telah mengucapkan selamat hari lahir sehari lebih awal. Adakah mereka berpakat?? Ouh mereka membuatkan hati yang parah menjadi lebih gundah gulana. Kyaaaaa~


Nervousnya nak masuk umur 25. Biasanya aku lepak jek tiap kali birthday. Apakah?? Apakah??

Hait2!! Tutup laptop --> Solat maghrib --> Ready untuk lawan futsal --> celebrate birthday??

OH NO!!

Tuesday, February 22, 2011

24 Feb

Ouh lg 2 hari my birthday. Secara rasminya aku berusia 25 tahun. Aishhh.. Dah 25 tahun dah?? Berat sungguh rasanya. Selama 25 tahun hidup, ada tak sumbangan aku kepada masyarakat?? Apa yang aku dah sumbangkan kepada ibu bapa dan keluarga?? Aku dah ada pakwe belum??

Hah. Sila abaikan soalan last. Tak valid. Eh eh.. Ada yang minat nak tahu jawapannya yerk. Baiklah. Saya single, saya tak ada pakwe, dan tak penah ada pakwe?? Kenapa?? Tak caya?? Ahh lantak ko lah kalo tak caya. Memang aku single. Yihaaa~~

Eh hello!! Nak cakap aku tak laku la tuh. Tolong sket yerk. Ramai k yang nak ngorat aku tapi pulang dengan hati yang hampa. Adakah kerana aku memilih?? Ya betul!! Memang aku memilih. Errrr.. Sebenanrnya tak pun. Well, actually tak kisah okeh kalau si dia tak hensem (asal sedap mata aku memandang. Mata aku!! Bukan mata ko!!), baik hati, suka menolong orang tua, manja (yesss aku suka orang manja =P), beriman dan lain-lain ciri baik. Ahhh aku melalut lagi.

Tapi siyes okeh. Makin dekat ngan date kat atas tuh, aku makin gusar. APA SUMBANGAN AKU KEPADA DUNIA?? Cukup ke setakat derma 2 hinggit untuk pembinaan masjid?? Cukup ke hanya dengan mendoakan keselamatan saudara2 seIslam di seluruh dunia?? Cukup ke hanya dengan menyebarkan ilmu yang penuh di dada kpd kanak2 yang memerlukan?? Ouh dunia!! Berikan aku jawapannya.

Ouh aku melalut lagi. Hiyyaaaakkk!!

Saturday, February 19, 2011

S a k i t R u m a h

Tahukah anda, di Malaysia, terdapat 9 daripada 10 orang pelajar-pelajar Tingkatan Satu yang bersekolah di sekolah berasrama mengalami masalah sakit rumah? Tahukah anda bahawa daripada 9 orang pelajar tersebut, saya merupakan salah seorang daripadanya?


[Sila abaikan fakta di atas. Hanya rekaan semata-mata]

Tapi, statement/fakta kedua adalah benar. Dahulu, di tahun 1999, ketika mula-mula saya menjejakkan kaki ke Sek Men Sains Sultan Mahmud (SESMA), yang jaraknya hanyalah sekangkang beruang dari rumah saya, setiap saat saya akan menangisi nasib diri yang terbuang daripada family, terpaksa bermastautin di Aspuri yang ketika itu bagi saya langsung tidak menyeronokkan.
Airmata saya ketika itu dipercayai mampu memenuhkan kolah di tandas umum Aspuri sekiranya ditadah semenjak saat saya menjejakkan kaki ke SESMA hinggalah saat sebelum saya mampu menyesuaikan diri di sekolah tersebut.

Setiap senior yang bertembung dengan saya di sekolah mahupun di asrama, tidak lari dari soalan saya yang berbunyi, "Senang ke nak keluar dari sekolah ini??" Dan jawapan mereka hampir sama, yang membawa maksud, 'KALO KO NAK KUAR DARI SEKOLAH NIH SANGATLAH SENANG. TAPI KO INGAT SENANG KE NAK MASUK SBP NIH??' dan jawapan itu langsung tidak mematahkan semangat juang saya untuk BLAH dari SESMA.

Ibu bapa saya di waktu kegelapan ini tidak senang duduk mengenangkan saya yang selalu menelefon ke rumah sambil menangis secara sadis dan ngeri, tidak kira di waktu petang, malam mahupun subuh. Namun, agaknya berkat doa mereka, saya mampu menyesuaikan diri belajar dan bermain di bumi bertuah itu. SESMA menjadi tempat yang unggul di hati saya. Saya bersyukur kerana mampu bertahan dan tidak mengikut darah manja saya ketika di peringkat awal kemasukan ke asrama.

*****
Memandangkan rumah saya sangat dekat dengan sekolah, tiap-tiap minggu, ibu bapa saya datang melawat tanpa gagal dari saya di Tingkatan Satu hingga saya di Tingkatan Lima. Muahaha~

Wednesday, February 16, 2011

210 dan bateri baru

Balik ofis jam 6 ptg sambil menyanyi lagu impossible nyanyian Shontelle (betul ke eja nama minah nih?? ahh lantak la) secara lantang dan bersahaja. Masuk kereta dengan hati yg riang-ria mcm2 kanak2 ribena. Tp semuanya bertukar menjadi duka-lara bila x berjaya start enjin kete. SHOCK!!

Aku cuba lagi. Dan lagi. Dan lagi. Lapan lagi. TIDAK BERJAYA. Hati tak keruan. Aku kol Mr. Leeb mintak bantuan. Tp malangnya beliau sudah keluar opis. Tp sempat beliau memberi tips utk kejayaan bersama. Tips itu adalah hubungi sesape yg de jumper dan tau jumpkn kete. Wahhh. melompat la kete aku kali nih. Ouh TX~~

Aku terus kol P.chad memandangkan kete beliau masih lagi tersergam indah di parking. Kol sekali x dapat. Aku x berputus asa. Aku kol lagi. Dan lagi. Dan lagi. Lapan lagi. Tp hampeh. Aku buntu. Aku kol Hanis. Berjaya. Tp shahrin yg angkat. Tp ada aku kisah. Janji ada penyelamat. Terus aku mcm, "Shahrinnnnn, kereta aku....."
5 minit menunggu, mereka semua dtg dgn bergaya ala2 power rangers 3 bersaudara. Hati yg berduka-lara sedikit riang. Mereka check TX ala2 doktor mau operate pesakit yg menghidap kencing manis. Akhirnya mereka bersependapat bahawa bateri TX kong. aishhhh~

Terus p.chad jumpkn itu bateri kete. Skali try jek terus hidup. Diorg mcm, "Haaaaa.." Ouh bateri TX weak. Padahal baru setahun guna. Uwaaaa.. Perasaan sgt down dan tidak keruan.

Dengan bantuan Syima, aku drive tanpa hala tuju ke arah Paka mencari kedai yg menawarkan bateri kete dengan harga yg berpatutan. Akhirnya ketemu. Bateri baru di pakaikan ke TX. Bermakna duit RM 210 melayang. 

Hati turut melayang~~

*****
Thanx to them : Shima, shahrin, p.chad, hanis, amir farid & faiz

Saturday, February 12, 2011

Sini Ada Hantu

Mlm td igtnya nak rehat2 di rumah memandangkan perut dah kenyang. Aku ngan Ila yg menemani sepanjang wiken dinner seawal jam 6ptg. tp kemudiannya menukar fikiran setelah yati dan shima mengajak kami berfoya-foya di Mesra Mall (MM).

Melangkah ke MM tanpa tujuan yg pasti. Sama ada bermain bowling, karok ataupun tgk muvi. Setelah shima ngan yati siap dinner, kami melangkah ke bowling. skali de tournament. giler ramai yg Q. yg paling xleh blah de yg Q gune nama Just In Bibi. rase nk sepak aje bola bowling no 11 smpi tergolek2. geram betol ngn lawak jenaka tersebut.

Kami tidak putus asa. kami berkeputusan utk karok. skali wiken xde free 1 hour. mksdnya, kalo mlm weekdays, RM 30 utk sejam, tp dpt free 1 jam. maka, RM 30 = 2 jam. tp kalo wiken, RM 30 = 1 jam sahaja. terasa rugi, kami berlalu ke TGV.

hmmm.. muvi yg ada cuma 3 i.i

a) shaolin
b) green hornet
c) sini ada hantu

memandangkan mlm udah lewat dan aku dah menonton a dan b, kami mengambil keputusan menonton c. masuk panggung, muvi da start lam 5 minit gitu. ouh aku da terasa bahang2 ketakutan.

Kalo korg penah tgk phobia thailand, cite sini ada hantu nih lebih kurang la. ada 3 cite hantu berlainan lam muvi nih. diorg ckp cite nih cite hantu seram komedi. tp 15 minit kt lam tuh, aku x mampu gelak dan xtau nk gelak part mana. 2 cite hantu pertama kurang unsur lawak dan cerita ke-2 siyesly aku tgk ngan tudung yg menutupi  mata. aku hanya baca subtitle dr celah2 tudung sbb cite second gune bahasa cina.
[tp diorg kata langsung xseram.. TT.TT]

Part lawak adalah part narrator yg duk banding2 cite hantu mana paling takot dan diorg mmg berjaya buat semua org tergelak. termasuk aku. part nih jek pun yg aku tgk. hehe. Pencerita merupakan seorg melayu dan seorg chinese yg memandu van mayat yg mengandungi mayat seorg uncle. diorg pun x terkecuali drpd hantu. huhu~

yg paling best cerita no. 3. cerita psl asrama SBP boys school. pasal dak2 laki takot nk g toilet mlm2 siap berak dan kencing lam plastik. dengarnya sekolah diorg mlm2 ada hantu jepun. takut gak tp byk part klaka.
[aku rasa seram gak tp diorg ckp langsung x. TT.TT]

tgh layan x layan sgt muvi tuh, hp aku terjatuh kt bwh seat. aku tunduk bwh mencari hp. cuba teka apa yg aku nmpk?? jeng3!! seram siot time nk jenguk ke bwh tuh. lam muvi kn selalu jek bila jenguk ke bwh, ada ............... kan2?? skali bila aku jenguk bwh seat, hmmm.. ada hp jek. hehe~~
tiket wayang harga 11 hinggit (tax la mahal nih.. sengal!!), tp aku rasa aku patut byr 2 hinggit jek berdasarkan bilangan part yg aku tgk. tp still member2 lain tgk cool jek. aku rasa aku nih penakut sgt laa. aku xleh tgk cite hantu. huuuuu~

*****
Time nonton, Shima bengang ngan aku sbb aku duk tarik2 baju dia. TT.TT.. aku bukan sengaja. =(

Monday, February 7, 2011

cara menyadapkan mulot2 org

Kepada rakan2 seangkatan :
- berusia suku abad dan lebih
- masih single
- bujang (sama la tuh ngan single. in case kalo x paham single itu ape)
- cantik/hensem tp masih belum berpunya (mungkin sbb jual mahal, mau fokus pada career atau anda adalah gay!!)

sekiranya anda selalu menghadapi situasi :

Di kenduri kahwin - *"Eh, ko bila lagi??"
*Biasanya disoal oleh makcik2 jiran tetangga internet bergerak dan CNN

Anda mungkin malu, kelu dan buntu.

Anda mampu membuatkan mereka terdiam dan malas banyak bertanya pada masa akan datang sekiranya :

Anda bertanya pada mereka, "Eh, ko bila lagi??" ketika menghadiri kenduri arwah yg turut disertai mereka.

P/s : Sila la mengamalkannya sekiranya mulut anda berinsurans.

Sunday, February 6, 2011

washing machine

Bosan seh malam nih. sejak jam 5:30pm aku smpi di rantau laut nih, aku duk lipat baju jek smpi lani. maklum le, washing machine kt umah sewa nih rosak. so, nak taknak, terpaksa la aku mengusung beg yang super duper besar last wiken bawak balik umah. stock 2 minggu okeh. skrg penat melipat lak. ikut hati malas aku nih, rasa nak biar jek bersepah. tp nak buat cane. mmg da ditakdirkan aku lahir sebagai insan yg rajin, makanya aku lipat, lipat dan lipat lagi baju-baju ini.

Sejak washing machine rosak nih, byk mende yg aku belajar. antaranya :

1) Time nih la kita leh mengenal hati budi kwn. kwn baik kasi guna washing machine diorg tanpa byk kata. kwn berkira, hmmm susah sket kot. huhu~

2) Bersenam menyihatkan badan. Ini la peluang yg patut aku gunakan utk membina tubuh badan yg sihat. dgn ketiadaan washing machine, aku harus menyental baju2 sekuat hati. byk tenaga yg digunakan di situ. badan sihat, otak cerdas.

3) Baju-baju memerlukan kasih sayang yg cukup. Aku syg baju-baju aku!!

4) Betapa susahnya orang-orang zaman dulu membasuh baju. nak kena pegi sungai membasuh. berdepan risiko di ngap buaya, baju hanyut ke muara sungai dan diskodeng lelaki2 jahat ketika membasuh. aku bersyukur~~

5) Berterima kasih kepada yg mencipta washing machine. I lap U~~

6) Berdoa ada yang mencipta mesin melipat baju. sekian~~