Wednesday, September 29, 2010

kehadapan encik bakal suami

Assalamualaikum,

Kehadapan encik bakal suami,

Saya sangat mengharapkan awak sihat sejahtera. Tujuan saya menaip entry ini adalah untuk memberitahu dan memohon agar awak selalu bersedia untuk menolong saya menghabiskan sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Ini adalah kerana saya selalu menghadapi masalah untuk melicinkan pinggan setiap kali saya makan (kecuali kalau saya terlalu lapar atau makanan yang dimakan adalah terlalu sedap sehingga menjilat jari-jemari yang runcing).

Encik bakal suami,

Awak mungkin merasakan saya adalah seorang pembazir tegar. Lantaklah. Ingat saya kisah?? Awak mungkin akan mendapati saya hanya makan suku daripada makanan yang dihidangkan. Saya mungkin akan berjaya menghabiskan semua makanan sekiranya saya hanya memesan 1/4 nasi goreng ayam atau 1/5 tomyam. Namun, awak ingat Makcik Gayah bagi saya order suku-suku nih??

ENCIK BAKAL SUAMI,

Justeru itu, saya amat berharap agar awak dapat menunaikan permintaan saya yang satu ini. Sila jangan marah saya. Saya kecil dan kurus. Ouh tak ada kaitan. Baiklah.

Yang kadang-kadang benar,
NSMR

*****

0 comments: