Sunday, March 27, 2011

Musang Terbang

Pernahkah kamu membuat musang terbang (flying fox)?? 

Semalam time teambuilding, kitorang ada buat sedikit aktiviti yang mampu memupuk semangat kesukanan kepasukanan. Aktiviti itu dipanggil sky trail. Semua aktiviti meniti tali di kedudukan lebih kurang 10 meter dari aras tanah.

Aku memang sedar aku seorang penggayat. Tapi, aku cuba beranikan diri memanjat tangga ke atas pondok yang sangat tinggi. Konon macam mahu mencabar diri sendiri dan mengatasi ketakutan. Tapi, baru buat first challenge, aku dah menggelabah. Tak suka siot main jalan-jalan atas tali kat tempat tinggi. Dengan penuh ketakutan dan berhati-hati aku menyeberang ke platform sebelah. Tali dah la goyang-goyang. Kurus semangat.

Bila dah sampai ke platform sebelah, aku cakap kat adik yang jaga kat situ aku dah xnak buat. Pastu dia selamba cakap, "Xnak buat?? Habis tu akak nak turun ikut mana?? Sini tak ada tangga." Aku jenguk ke bawah. Damn!! Memang takde tangga. Sama ada aku proceed, atau aku patah balik. Kalau proceed, ada lagi 3 platform. Kalau patah balik, ada satu jek halangan yang harus ditempuh. Sambil menggigil, aku patah balik. Fuhhhhhhh!! Sambil meniti tali aku berdoa panjang.

Sampai jek kat platform asal tadi, aku rasa lega sangat-sangat. Tapi, kecuakan tidak berakhir di situ ya tuan-tuan dan puan-puan. Mamat yang jaga platform kat situ suruh lak aku flying fox. Arggghhhh!! Rasa nak menjerit. Aku gayat la b**oh!! 

Aku geleng-gelengkan kepala. Aku nekad. Aku xnak buat. Biarlah apa yang akan terjadi, aku tetap xnak buat. Aku xnak!! Mereka yang berada di situ berusaha memujuk. Kata mereka, flying fox hanya 5 saat, turun ikut tangga akan memakan masa lebih kurang 1 minit dan lagi menakutkan. Aku hanya mendiamkan diri dan menangis tanpa di sedari. Ouh bukan niat aku menunjukkan kelemahan. Tapi aku siyesly memang takut. Lelaki-lelaki itu menggelabah.

Semua ahli kumpulan aku membuat flying fox dengan keadaan yang sungguh ceria dan gembira. Arggghhh mereka lelaki. Aku perempuan yang gayat. Akhirnya, tinggal aku saja yang belum turun. Mamat yang jaga flying fox itu pelbagai kata-kata manis yang dikeluarkan. Aku hanya memekakkan telinga. Internal battle lagi dasyat. Aku dalam usaha memujuk diri dan berusaha menentang ketakutan terhadap ketinggian.

Trainer yang berada di bawah makin ramai naik memujuk. Aku tertekan. Finally, aku bersedia. Tapi, aku tidak terjun dengan sendirinya. Aku terjun dengan bantuan mereka yang berada disitu. Dan aku memejamkan mata dari saat di atas platform sehingga aku ke bawah.

Aku benci flying fox!!!

Thursday, March 24, 2011

Lapar vs Malas

Pernah tak korang rasa lapar sangat tapi malas? Kalau tak pernah, maka tahniah!! Korang memang seorang yang sangat rajin. Perajin pendek kata. Kalau pernah, pun tahniah jugak!! Membuktikan bahawasanya korang adalah antara makhluk yang paling malas di atas muka bumi nih. Soal makan pun boleh malas. Tak paham aku.

Ya. Memang aku tak paham. Kenapa aku boleh rasa malas untuk makan?? Kenapa?? Kenapa??

Mak aku suatu hari pernah berkata,

"Budak nih kalau mati kebuluran, bukan sebab takde makanan. Tapi, kebuluran sebab malas pergi dapur bukak peti (peti ais)"

Sekian. Sayang mak~~

Antara makanan yang aku rasa nak makan sekarang :







Arggghhhh lapar!! [Sambil menggelupur kemalasan]

Friday, March 11, 2011

PERIUK API vs PERIUK NASI

2001, Sekayu, Terengganu.

Kem Waja Diri PMR. Tgh syok tido, kul 2 khemah kitorg bergegar. Semua kena bangun. Tido yg best terganggu. Apa lak plan cikgu-cikgi dan abg2 faci nih??

Ketua faci bg briefing. Semua org kena berjalan sorg2 dalam hutan sejauh 2 km. WHATTTT?? Dah la gelap. Jauh lak tuh. Sorang2 tanpa teman. Bukanlah bermksd aku nih pengecut, penakut sket jek.

Mula2 student lelaki dilepaskan. Sekor2 Sorg2 masuk ke dlm hutan yg gelap amat. Bdk laki batch aku leh tahan ramai. Sambil tggu turn smbil tertido. Bdk2 pompuan mula memasang strategi. Macam2. Itu utk bdk2 yg kurang konfiden dan penakut seperti aku. Ada jugak yg berani. Yg berani aku tgk lepak dan chill giler. Ouh jelesnya dgn mereka sampai rasa nak lempang jek.

Tgh bosan menunggu, tiba2 ada sorg dak laki yg da masuk hutan berlari keluar. Semua terkejut. Dgn muka yg pucat, dia berkata, 'Sy takot. ada org panggil nama sy' Alah, penakot betol. Abg faci la tuh. Saja nak takot2kan. Tp bdk itu menyambung, 'Kt sekolah org pggl sy A. Tp td ada suara panggil sy B. Hanya family sy jek yg panggil sy B. Takde kwn2 sekolah atau org lain yg tau.' Ya Allah, meremang bulu roma aku time tuh.

Aku mula menggelabah sementara menunggu turn. Apakah yg patut aku lakukan?? Menggelupur?? Buat2 pengsan mcm selalu?? Aiyak.

Akhirnya, aku berpakat baik punya dengan Balkhis, sahabat 1 perjuangan. Kami nekad jalan dalam hutan together2. Strategi itu adalah :

Balkhis akan dilepaskan dulu. Balkhis tunggu aku kt depan. Bila aku dilepaskan, aku berlari laju2 selaku sprinter menuju ke arah Balkhis. Kitorg nyer password malam itu adalah Balkhis : Periuk, Aku : Api. Maksudnya, utk mengelakkan penyamaran, Balkhis akan menyebut Periuk, aku akan menyebut Api. Password ini hanya kami berdua yg tau.
Akhirnya, tibalah turn kami. Seprti dirancang, Balkhis menunggu aku di depan. Aku berlari kencang. Aku pegang tangan Balkhis.

Balkhis : Periuk!!
Aku : Api!!

Konfem itu adalah rakan seperjuangan. Perjalanan diteruskan dalam pekat malam. Sambil berpegangan tangan, kami berjalan dgn berhati2. Di pertengahan perjalanan, kedengaran bunyi seseorang mengheret kayu di belakang. Tangan kami berdua menggeletar. Buat2 bodoh. Bunyi kayu diheret makin kuat. Kami ketakutan. Kerana takut kami membaca ayat kursi secara kuat dan lantang. Berulang-ulang kami membaca.

Perjalanan diteruskan. Tiba2 kami terserempak dgn 1 lembaga hitam terbaring di tengah2 jalan. Aku ngan Balkhis mmg tersentak habis. Lembaga hitam berdiri.

Lembaga hitam : Kamu nyanyi lagu apa?
Aku dan Balkhis : Bukan nyanyi. Baca ayat Quran.
Lembaga hitam : Haaa bagus!! Kalo baca Quran, syaitan takut. Jadi, jalan sorg2 yek. 
Aku dan Balkhis : Cet !! (Lam hati)

Balkhis dilepaskan dulu. Lepas 1 minit, baru dia lepaskan aku. Damnnnn!! Aku berlari selaju mungkin. Time lawan 4x100m pun aku x lari selaju tuh. Aku pegang Balkhis.

Balkhis : Periuk!!
Aku : Nasi!!

Balkhis menjerit sekuat hati. Aku yg terkejut mendengar Balkhis menjerit, turut menjerit. Balkhis menolak2 aku. Huhu. Kesian Balkhis. Dia ingat aku 'org lain' sbb aku patutnya sebut API, bukan NASI. huhu~~

Kami selamat tiba di khemah 1/2 jam kemudian dengan selamat.

Sunday, March 6, 2011

Sesi Mari Mengenal Diri Dan Seterusnya Perasan - Pisces Girl

1) She likes to be in a dream world than to be in reality - Aku mmg kuat berangan. Bajet mcm berada di dunia ala2 princess. Selalu berangan kawen dgn anak raja. Sebab itu, sampai skrg aku xde pakwe. Alasannya, aku tunggu anak raja masuk meminang. 

2) She is weak and sensitive when it's come to "Love". She can cry if her best friend  is breaking up, and she can be over excited when her friend gets a new boyfriend who is a good looking and rich even it is nothing concerned her at all. You might be surprise to see that she is shy just because she is in love  - No comment. Komen lebih2 buat hati jadi lebih parah <-- menandakan aku kononnya orang yg sensitip berbicara psl love. Poyo!!

3) She loves small animal and gifted in training animals - Suka binatang kecik2 tuh mmg btol especially ikang-ikang comel. Aku boleh termenung berjam2 depan aquarium. Tp part terror membela dan training mereka, langsung tidak tepat sama sekali. Buktinya, takde sekor pun ikan aku yg pandai solvekan math problems dan lari lompat pagar.

4) She has sixth senses and she can guess  what will happen next, it's her nature. Even she has a good sixth senses,  she can not pick or foreseen her own choice of lover. She can not tell if  she meet a sincere guy or a one night stand guy - Ouh!! Sangat la tepat terkena batang hidung gue. Lelaki2 (menandakan ramai penah propose) baik dan kacak mahu aku, aku reject. Bukan sebab aku jual mahal, tp tiada keserasian.  Takde feel. Poyo lagi!! Lelaki (menandakan hanya penah wujud seorang cuma) lemah, tak kacak langsung, pentingkan diri sendiri & bajet bagus, itulah yg aku kejar dan suka. What a waste~~

5) She likes to buy and  pick her own cloths. She likes to dress cute and be cute. Pisces woman tend  to be a good looking woman and she has a nice skin. Her hands and feet are  small and soft - Aku mmg cute. So tak perlu dress cute and be cute sume. Aku x suka berpura2. (Uwekkk rasa mau muntah). Good looking tuh memang sgt tepat (Uweeekkk muntah lagi) tp nice skin tuh tidak. Walaupun I have no nice skin, but still cute and gojes. muahaha. Ouh tangan dan kaki aku mmg kecik dan lembut pon~~

6) Pisces woman loves to shop for shoes as if she collects them - Dulu aku nyer KPI, harus beli 1 pair of shoes per month tp skrg aku da agak lama tak membeli. Tp skrg kalo sekali beli,  maybe 2 atau 3 pasang.

7) She is a hot lady that everyone wants her - Tidak!! Tipu!! Takde pun anak raja masuk meminang setakat nih.

8) Whether she has a man in  her life or not , she will never try to over powered any man. It's not even  in her thought - Aku tak penah peduli. Tp aku respect lelaki2 baik. Lelaki2 cari pasal, you are L O S E R !!!