Friday, June 7, 2013

Mount Kinabalu, Sabah, Malaysia Part 2

Seperti yang dijanjikan berbulan-bulan yang lepas, dah tiba masanya aku bercerita pasal pengalaman sebenar pendakian Kinabalu aku. Dalam post sebelum ni, aku macam kerek dan berlagak tahap mintak lempangan kan. Kan? Kan? Haa sekarang mai sini aku cerita kisah yang sebenar.

Kitorang mula mendaki jam 9:30 pagi. Cuaca elok-elok sahaja, tak panas sangat. Suam-suam kuku orang kata. Aku partner dengan BFF, Encik L yang janji mahu bersusah senang bersama. Aku OK je. Lagipun panjat Kinabalu saja. Apa yang susah sangat. Mode berlagak lagi masa ni.


Di awal pendakian, aku dan L memang laju, meninggalkan jauh teman-teman di belakang. Maklumlah, berzaman kot berlatih nak kasi fit. Panjat bukit sana, panjat bukit sini, joging setempat etc.


Dah sampai 4 km, aku rasa lain macam. Rasa seram sejuk. Serius. Tapi bukan seram sejuk yang disebabkan kehadiran makhluk lain. Tetapi, terasa perubahan dalaman. Ouh. Nak dipendekkan cerita, aku period sebenarnya. Memang dah time sebenarnya. Tapi mana nak expect. Bukan period yang dikisahkan, tapi period pain yang ingin diperkatakan di sini. Untuk kaum wanita yang memang sering dihantui period pain, korang mungkin akan faham apa yang aku rasa. Untuk kaum lelaki dan kaum ibu yang tak pernah merasa sakitnya senggugut ni, korang tak payah susah2 bayangkan bagaimana rasa sakitnya. Baca saja penulisan aku ni. Noktah.


Tadi syok panjat gunung laju-laju gear 4, sekarang aku jalan gear 1. Hok aloh. L pelik. 'Ko apa hal?' Kata dia. Aku sengih-sengih. Cis. 'Ko apa hal jalan belakang sangat?' Aku sengih lagi. 'Ko penat ke?' Aku geleng. 'Ko nak kentut ke?' Aku geleng-geleng lagi sambil kata, 'Bukan'. 'Wei, boleh tak ko cakap apa dia? Ingat ni permainan teka-teki ke, geleng-geleng, bukan-bukan?' Hah, kena sebijik aku. Haha.


Yalah. Susah kot nak cakap. Tapi dah takde orang lain dah nak mintak tolong. Kena la jugak cakap. Tapi baiknya Ya Allah sahabat baik aku ni, dia bagi panadol, tolong bawakan lagi beg aku sebab aku memang da tak boleh nak jalan sangat dah dengan beg berat tu. Adalah dalam 6kg beratnya beg tu. Tips: Bawak benda yang betul-betul perlu saja. Tak payah over nak bawak barang mekap, makanan banyak gila macam nak tinggal 10 tahun atas Kinabalu.


Pendek kata, situasi ni buat aku nampak lemau kan. Kan? Kan? Takpe-takpe. Mengatalah sesedap rasa. Aku tak kisah. Sebab memang sakit sangat. Bukan tipu. Tapi untuk tebus balik kesayuran aku, time panadol bagi kesan & impak maksima dia, period pain dah rasa macam sakit gigi je, aku terus mintak beg aku dan mampu mendaki seperti seorang manusia normal. Gagah tak aku? Tapi seriously, masa sakit tu aku macam nak tinggal je, suruh L terus panjat tinggalkan aku. Tapi, penat juga kan kalo nk patah balik 4km. Baik terus panjat lagi 4km. Masa tu kalau nk fikir fizikal memang dah kelaut, mental je yang nak kena kuat. Mental uolls. Mental.


Alhamdulillah kitorang sampai di Laban Rata lebih kurang jam 5 petang. 8 jam perjalanan untuk 8km. Sampai saja kat Laban Rata, dah ada mamat kacak tunggu atas tolong sambut beg. Untunglah I uolls. Baik hati rakan-rakan seperjuangan. Hahaha. Untung jadi kaum gadis.

Cukuplah dulu pasal pengalaman aku dari Mersilau ke Laban Rata. Next tima aku cerita pasal pengalaman dari Laban Rata ke Low Peak pula ya. Sama saja sayurnya macam mendaki nak ke Laban Rata. Kalau dah sayur, sayur juga. Tapi, aku sayur brokoli. Up sikit. OK bye.


































Monday, June 3, 2013

Hello Counselor

Ini adalah TV show korea paling aku gemar setakat ini, selain Running Man. Cerita ni macam bangang-bangang je tapi aku suka layan. Hahaha. 

TV show ni cuba menyelesaikan masalah-masalah rakyat Korea. Ada antara masalah tu yang pelik gila, dasyat sangat sampai kita tak terpikir ada juga yang ada masalah macam tu. Huhu. Memang layan la gak.

Try la tengok. Sesuai untuk muhasabah diri. Kalau rasa masalah korang kelakar, ada lagi masalah orang lain yang lagi kelakar. Sampai diorang tak tahu nak selesaikan macam mana. Hahaha. Macam-macam la. Tak ada masalah cari masalah. Try la tengok wei. Hari Isnin, pukul 1015 pm, channel 392. Masalah sampai tahap nak lempang diri sendiri.


Sunday, June 2, 2013

Bila kecewa

Huhuhihihoho.. Memang lama tak update. Baru awal tahun macam berkobar-kobar plan nak rajin update blog. Rupa-rupanya kita hanya mampu merancang. Kalau dah malas, malas juga. 

Pendek kata, aku rajin update blog bila rasa macam jiwa kacau. Bila jiwa kacau, aku deactivate facebook. Bila deactivate facebook, aku rasa sunyi tak ada benda nak buat. Maklumlah, boyfriend pun tak ada nak mesej- mesej. Whatsapp ke apa ke. Hahahaha. 

Aku baru balik dari Kuantan. Tengok kawan baru accident. Dia on da way dari Kerteh ke KL. Aku pun pernah ada pengalaman accident. Aku tahu apa yang dia rasa. Kereta dia pun boleh tahan teruk. Kereta baru pulak tu. Tak sampai setahun beli. Dugaan. Datang dalam pelbagai bentuk. Alhamdulillah dia selamat.

So, itu saja lah dulu untuk setakat ni. Kalau rajin aku update lagi. Kalau malas tengoklah lagi 5 bulan ke, setahun ke. Eheh. Ok bye.