Friday, December 30, 2011

sms

Dulu, kalau SMS yg aku hantar tak berbalas, harus aku maki hamun geram. Tapi, apabila usia sudah menjangkau suku abad, reply SMS pun aku dah malas. Tak tahu kenapa. Rasa mual. Nak muntah ngan SMS.

Berikut merupakan 2 kisah apabila aku tidak membalas SMS :

#1

Telefon berbunyi. Nama LINDA tertera di skrin iPhone. Aku excited lalu dengan lafaz Bismillah, aku angkat.

'Hi Nyah. Saja jek aku call nih. Jari ko OK?? Tak patah kan?? Aku tanya ni bukannya apa. Ye la. Dah 3 kali aku hantar SMS. Satu pun takde ko reply. Risau la jugak takut-takut jari ko patah.'

..Erk...

#2

Sejurus selepas pulang dari pejabat, telefon berbunyi. Zura (bukan nama sebenar) yang menelefon. Ku angkat.

'Assalamualaikum babe. I call ni bukannya apa. Saja je la nak check. Err ni memang no. handphone u kan?? Bukan apa. I SMS u tak reply. Ingatkan ni bukan no. u.' 

..Erk lagi. Baik punya perli kawan-kawan aku.

P/s : Tak baik ok tak reply SMS orang. Lain kali reply. =P

Cicak dan Kereta

Aku pernah beritahu korang, aku seorg penggeli cicak. Korang kasi la aku lipas ke tikus ke labah-labah ke, insyaAllah aku OK. Tapi, kalau ada cicak even sebatu jauhnya, aku takkan sudi mendekati cicak tersebut.

Nak dijadikan cerita, suatu hari, adik aku berkata :

'Wes, aku nampak cicak dalam kereta'
'Whattt!! Halau wes. Kasi dia keluar.' Sambil mengarah dengan kedudukan 2.3 meter jauh dari kereta.

Tapi terlambat. Adik aku tak sempat halau keluar cicak itu. Jadi, terpaksa la aku drive dengan bertemankan cicak. Dalam hati aku berdoa, 'Janganlah cicak nih mengganggu pemanduan aku Ya Allah'

Setelah beberapa hari, kehadiran cicak dilupakan, sehinggalah ...

Aku ternampak cicak itu lepak baik punya atas dashboard. Demmm. Menggeletar lutut aku. Aku panggil Ila selamatkan keadaan. Lama juga Ila berusaha menghalau tetapi gagal. Sudahnya, aku drive kereta Ila, Ila drive kereta aku.

Sebab tak tahan dengan cicak itu, aku ke Car Wash Abang Tolong Basuh Bersih-Bersih Ya (nama rekaan sesuka hati aku). Time aku pass kunci kereta kat adik yang bersihkan kereta tu, aku berbisik, 'Adik, dalam kereta akak ada cicak. Halau dia keluar. CARI SAMPAI DAPAT!!' Sedikit garang amaran aku disitu. Sebab geli punya pasal.

Tepat jam 6 petang, aku datang untuk ambil kereta. Dari jauh adik tu dah sengih-sengih mintak lempangan.

'Dapat tak dik?' Aku bertanya.
'Dapat kak. Bukan seekor. 3 ekor semuanya.' Dia berkata.

Aku speechless. *Senang-senang ko jek cicak menumpang kereta aku sampai ke KL, Melaka, PD etc tanpa bayar tambang. Pfftttt.. *

Wednesday, December 28, 2011

Selamat Tinggal Mark Zuckerberg

Secara rasminya, sudah 2 minggu saya telah menutup akaun muka buku saya. Apakah perasaan saya bergelar seorang Gen Y yang tidak mempunyai muka buku? Boleh hidup ke tiada muka buku? Apakah sebab-sebab yang menyumbang ke arah penutupan akaun ini? Banyak betul soalan. Kalau rasa nak tanya dengan lebih lanjut, sila e-mailkan ke nurulshikaede@yahoo.com. Cet poyo!! =)

Antara hujah mengapa saya mengambil tindakan drastik tersebut :
1) Saya terlalu membuang masa berharga saya dengan mengadap FB. Saya boleh mengadap FB dari pukul 8 malam sampai ayam jantan kat rumah Pak Abu berkokok riang. Tanpa FB, masa emas saya boleh digunakan untuk membaca, menyiapkan kerja, melipat baju, skodeng blok sebelah, menggosok baju, twit2, sikat rambut, berlari setempat dan lain-lain lagi yang mungkin tidak sempat saya lakukan pada masa lalu kerana terlalu menumpukan perhatian pada FB.

2) Saya mahu membuktikan persahabatan akan tetap terjalin erat tanpa FB. Setakat ini, saya gagal membuktikan teori ini. Walaupun terdapat twitter, YM, WhatsApp, sms etc, namun persahabatan sukar berjalan lancar tanpa FB. Buktinya, kawan2 yang selalu menegur saya di FB langsung tidak cuba untuk mengambil tahu keadaan saya melalui cara-cara yang telah dinyatakan tadi. Kadang-kadang saya yang harus memulakan WhatsApp @ YM @ sms mereka. Jadi, baru sekarang anda tahu di mana nilai anda sebagai seorang sahabat di mata kawan-kawan anda. Sedih? memang sedih. But, I don't give a damn you know.

3) Saya mahu membuktikan terdapat kawan-kawan yang benar-benar menyayangi saya dan peduli akan saya. Daripada 400 kawan FB saya, setakat ini, hanya terdapat beberapa rakan yang betul-betul berusaha memujuk saya mengaktifkan semula FB kerana mereka bosan dengan ketiadaan saya di FB. Rakan-rakan lain? Oh sorry. They don't even care. Jadi, perlu ke ada kawan FB yang bersepah?

4) Saya telah bertukar kepada Twitter yang bagi saya adalah lebih mudah, ringkas, berinformasi dan tidak mencuri banyak masa saya. Seriously speaking, saya lebih selesa twit. Seolah-olah dapat melepaskan segala tekanan di situ. Tanpa ada ramai orang ntahsapesape tinggalkan komen yang kadang-kadang buat kau rasa macam nak mencarut dari pagi sampai ke malam.

5) Terdapat kawan FB yang tidak sensitif dengan perasaan saya. Yang kadang-kadang menconteng dinding FB saya dengan ayat-ayat yang mengguris perasaan, yang mungkin menyebabkan saya mogok lapar selama satu purnama. Oh maaf tak ada kaitan. Hehe. Watdehek. Blah laa lu!! I don't need you as a friend. Aku delete dari frenlist FB kang ko perasan lak. Senang-senang, deactivate jek FB. Huuuu. Ko bahagia, aku lagiiiiiiii bahagia.

6) Saya tak mahu tahu apa-apa update daripada lelaki itu. Siapa dia? Tak perlu kalian tahu. Kerana saya juga sudah lupa siapa dia. Maklumlah, dah 2 minggu tak ada FB. Hahaha.

7) Mahu fokus pada kerjaya. Errr ada kaitan ke? Anggaplah ada kaitan. *Sebab orang sekarang kan selamba jek bukak FB kt ofis. Pastu bajet korang laa manusia paling bz kt muka dunia nih. Huh. Bz laa sangat. FB sempat lak ko bukak. Demmmm u!!!*

Tuh jek alasan aku. Takde sebab sangat pun. Saje jek. Tuh jek laa. Huh. ITU AJE!!

Tuesday, December 27, 2011

Berlaga gila

Ada benda x best happened to me today. Mmg shocked habislah. Ada sorg kakak nih dia cakap yang seorang kawan yang aku sgt percaya, yang aku anggap ala2 my bff walaupun beliau adalah seorg lelaki, mengata aku kt belakang. Aku siyesly ckp mmg terperanjat habis. boboy pun x tanjat mcm nih.

Apa perasaan aku masa tuh?? Well. Rasa mcm belakang kena tikam dengan pisau rambo. Siyesly. Sbb org yg di depan ko bermanis mulut, baik, OK etc tp kt belakang ko mngata. bkn takat tuh jek, kwn2 lelaki dia yg lain pun turut mngutuk aku secara besar-besaran. Menurut akak tuh laa.

Sebagai seorang gadis yg sgt naif, sensitif, comel etc, aku menangis lepas aku dapat tau. Sebab aku rasa mcm no point buat baik dgn org dan rasa mcm kt depan ko org bukan main baik, tp belakang ko org mengutuk, mengata dan mengeji.

Sambil nangis aku duk pikir kt manalah silapnya aku. Apa yg aku dah buat sampai mngundang org mengutuk aku secara berjemaah. kwn baik aku lak tuh. Aku ngadu la kt seorg akak lain psl masalah nih. Terus akak tuh call mamat tuh. 

And you know what?? Minah yg bercerita td mereka cerita. Dia boleh twist apa yg mamat nih cakap sampai benda tuh nampak sgt buruk. Dan dia boleh pulak libatkan lelaki2 yg lain yg xde kena mengena dlm kehidupan aku yg low profile.

Mamat tuh sendiri siap dtg jumpa aku explain. Aku mmg sedih sgt laa. Sbb penat pikir aku mmg x jumpa benda yg aku buat org sakit hati. Maklumlah org baik.Cet!

Tak kisahlah. Janji keadaan yang keruh dah dijernihkan within 24 hours. Takde la aku berburuk sangka dengan kawan aku sampai berhari2 at least. Aku xde laa berdendam dgn akak tuh sbb mereka cerita, tapi lepas nih aku akan lebih berhati-hati. Tak sangka ada jugak insan yg nk melaga-lagakan aku dgn kwn.
P/s : Aku mcm x percaya bila akak tuh bercerita pasal kwn aku. Tp bahayanya sebuah fitnah. Boleh meruntuhkan sebuah persahabatan. Dan jangan mudah percaya kata-kata bodoh orang. Percaya terhadap sahabat adalah lebih baik. Paling pelik adalah apabila akak tuh ckp aku menjadi topik perbualan lelaki2 lain. Itu adalah perkara yang sedikit mustahil. Aku x hot kot kt ofis. Hahaha.



Monday, December 19, 2011

Fire Alarm Bangang

Hello hello hello..

Maaflah boss. sy update blog jap masa office hour. alaa kira fair je laa. bkn selalu. sy pon keje everyday smpi mlm w/o OT. huhu.

Knape aku mcm x sabar nk update blog? siap curi sket masa time office hour tuh. padahal aku calon pekerja cemerlang yg baik dan sopan kot. sbbnya, aku x sabar nk share cite yg jd kt aku pg td. hehe.

Begini ceritanya ...

Tgh aku duk khusyuk buat BIA td, tiba2 aku dgr bunyi fire alarm kt level aku. memandangkan aku di level GM and CEO, level aku nih mmg didesign khas utk org2 atasan (aku org bawahan jek). Mksdnya, level aku nih sunyi sepi dan x ramai org spy top management boleh buat keje dgn nyaman dan tenang. department aku pon ada dalam 5 org jek pon. boss ngan collegue aku g meeting, meninggalkan aku keseorangan. So bila dgr bunyi alarm, aku siyesly terkejut beruk. beruk pon x terkejut mcm aku.

So, aku turun tangga smbil bwk phone xtau mana nk tuju sorg2. aku turun level 2 sbb ada ramai kwn kt sana. Bukak jek pintu level 2, aku nmpk ada sorg mamat nih tgh pegang mug duk buat air. Mamat nih aku ckp mmg muka supermodel laa. tinggi bagai. sportsman. aku dgn muka menggelabah dan terkejut takot2 aku ckp ngan dia.

'Errr.. kt level 3 ada dgr fire alarm. aku sorg2 kt atas. aku xtau nk buat ape nih,' kata aku.

Mamat tuh agkt sebelah kening mcm Anuar Zain punya kakak yg mnyebabkn aku rasa pelik dgn sikap kurang prihatin beliau. tp disebabkan aku bijak bestari, aku dgn pantas mcm dpt meneka.

'Errr.. alarm testing ke?' Buat muka comel.

'Ye laa. Kan td ada announcement. ko nih lawak laa,' jawab dia dgn muka xleh blah. Demmmm!!

'Ouh..' Tanpa tunggu lama, aku angkat kaki. Laju aku lari naik tangga sambil dalam hati menyumpah2. Sumpah x dgr announcement. Korg tau td aku lari laju nk mamp*s smpi mcm x pijak tangga. Shoottt!!

P/s : Cuma berharap mamat tuh x cite kt sape2 psl aku menggelabah td. Kalo x hbs laa imej cool yg aku bina sejak 3 tahun lepas. Demmmm lagi.

Thursday, December 8, 2011

L A Z Y

apa yg kita nk post for today ye?? hmm.. xde pape la kot. bye. hahahaha. next time laa.