Wednesday, October 27, 2010

ubat itu bukan ditakdirkan untukku

ini sesungguhnya bukanlah sambungan kepada cerita Ahmad C yang merapu itu. tetapi, ini adalah alkisah hidupku pada hari ini. waaa.. aku pegi ke ofis dengan keadaan yang cukup bersedia, hati yang tenang dan wajah yang ceria. 

namun, sakit yang selalu itu telah mengganggu fokus pembuatan kerja. justeru, aku mengambil langkah mudah dengan menghadirkan diri ke klinik demi sebuah mc kerana aku sudah tidak tertahankan.

suasana klinik. dipenuhi orang-orang sakit yang tidak dapat aku kesan apakah sakit sebenar mereka. malas nak layan. sebab aku pun sakit gak. lagipun takde masa nak tanya. aku bukan doktor. bila tiba giliran, aku berlenggang ke bilik doktor. pada awalnya, kawan-kawan mahu menemani tapi aku menghalang dengan machonya. biarlah aku berdikari.

di dalam bilik doktor,

aku menerangkan mengenai sakitku (tidak perlu dinyatakan disini). doktor mengangguk-angguk sambil melihat rekod kesihatan aku sebelum ini. 

doktor : nak injection?
(aku menggelabah. ingat beberapa bulan lepas dah kena injection. sakit berhari-hari.)
aku : kalau boleh saya taknak. saya nak try makan ubat dulu. hari tuh saya kena inject sebab saya dah makan ubat tp still sakit. saya makan ubat dulu lah. kalau tak ok jugak, saya datang lagi.
doktor : betul nih?
aku : betul! saya yakin! muktamad! saya tak perlukan talian hayat.
doktor : okeh. jadi, saya kasi ubat bla3 dengan mc untuk hari nih.
aku : terima kasih doktor atas keprihatinan anda.

*****
sampai rumah, aku terkedu. ubat besar nak mam***. cane aku nak telan. waaargghhh doktor!! takde ubat yang saiz semut ke? nih saiz kaki gajah. saya tak mampu!!

0 comments: