Monday, October 11, 2010

kitaran pakai-pakaian

tak tahu aku dilanda apa masalah. tiba2 aku seperti mahu berstory mengenai baju-bajuan, seluar-seluaran, tudung-tudungan etc. dalam hidup ini, pakaian adalah sangat penting. jika anda tidak berpakaian, maka anda sangat layak duduk sama rendah berdiri sama tinggi sama itu anjing Ah Kong. kepada yg tidak waras, anda adalah dikecualikan. sila jangan risau. kepada yg berbaju sedikit atau seperti tidak cukup kain, anda fikirlah sendiri. malas nak buat perbandingan. nanti ko nangis hentak2 kaki plak.

sebagai seorang remaja, errr maksud aku wanita (??), pakaian haruslah dibasuh, dijemur, dilipat, dan digosok sendiri. hantar dobi?? wat luuuuuuu.. basuh baju je kot~~

aku paling rajin basuh dan jemur baju. sbb apa?? sbb senang. basuh baju hanya memerlukan kita memasukkan baju ke dalam washing machine, tekan mana2 butang yang patut, biarkan mendidih selama 2 jam dan biarkan. bila siap, jemurkan. setiap kali jemur baju, hati aku menyanyi girang dan sambil menjemur, aku berlari setempat. tapi, bila dah sampai stage melipat dan menggosok, rasa macam nak koyak-koyak semua baju. gua malas beb!! biasanya baju-baju saya harus menunggu turn utk dilipat dan seperti biasa mereka perlu menunggu seminggu lebih. hukhuk. gosok baju?? saya malas!! kenapa tiada genius yang mencipta robot penggosok baju??

entahlah. kenapa agaknya pakaian harus dicuci?? kalau tak payah cuci kan bagus. banyak cantik!! ko nak masyarakat muntah darah tiap kali ko lalu depan diorang. baiklah. kepada korg2 yg malas, rajin-rajin lah basuh baju!!

*****
aku nk hbskn mlm ini dgn memikirkan bagaimana mahu mencipta robot pelipat dan penggosok baju