Monday, October 25, 2010

lagenda seorang sprinter

Dihikayatkan dan telah tersurat, muncul seorang jaguh lari-larian di negara Pigidah yang aman makmur dan bahagia sentosa. Setelah sekian lama negara Pigidah tidak menghantar wakil untuk lari pecut 50 km dalam Sukan Tahunan Yiba-yiba, seantero dunia dikejutkan dengan jaguh negara Pigidah tersebut yang telah berjaya memecahkan rekod Usain Kilat, iaitu 13.56 saat. Bukan calang-calang orang yang mampu melakukannya. Hebat! Memang hebat!

Jaguh tersebut telah menerima gelaran 'Si Pelari Laju Tak Ingat Tidak Toleh Belakang' yang telah dianugerahkan oleh puncak pimpinan tertinggi negara Pigidah yang bernama SeriTakBerseri. Panjang sungguh nama gelaran beliau walhal nama sebenar hanyalah Ahmad C. Kalau di Malaysia, seumpama menerima gelaran Datuk.

Dahulunya, Ahmad C bukanlah pelari paling laju di dunia. Ahmad C gemuk. Hitam. Hodoh. Walaupun tiada kaitan dengan lari-larian, ingin saya ceritakan ciri-ciri Ahmad C ini untuk memudahkan pemahaman cerita. Dengan ciri-ciri tersebut, agak susah untuk seseorang berlari dengan perut yang buncit. Namun, Ahmad C telah membuktikan segala-galanya adalah silap.
Bagaimana beliau merealisasikannya? Nantikan sambungannya~~

0 comments: