Monday, October 18, 2010

kami panggil beliau 'daddy long leg'

kuku-kuku yang panjang dipotong rapi oleh seorang insan yang bergelar ayah. okeh. beliau yang bergelar ayah itu bukan ayah kamu. bukan ayah kamu yang baca blog nih sambil korek hidung juga. tapi beliau adalah ayah beta. eh silap! ayah aku. dan kuku-kuku yang panjang bersih itu adalah kuku-kuku aku.

sila bayangkan aku sebagai seorang kanak-kanak riang yang berusia 4-5 tahun. time usia tuh mana ada mak ayah kasi anak comel potong kuku sendiri2. haruslah ayah yang potongkan. aku biarkan aje ayahku potong kuku. aku percaya pada beliau. rasa secure. kalau mak aku, aku x jamin. sebab mak pernah gunting rambut tapi tersilap gunting telinga. nasib baik kena sikit jek, tak putus. sejak tuh, rambut aku dan adik2 tak pernah kasi mak potong. ayah ambik peranan. mak pun bersetuju. mungkin dia pun fobia. fobia lagi aku. [tapi tetap sayang mak tak berbelah bagi]

time ayah potong kuku, tiba-tiba tanpa disengajakan [sebab aku tak rasa ayah aku ada menyimpan dendam], beliau terpotong jugak jari. bukan potong sampai putus. kena sikit jek. tapi berdarah. dan tak ada lah darah banyak pun. tapi disebabkan aku ketika itu adalah kanak-kanak, maka aku mengambil peluang itu utk menangis, meraung, bertempik sambil guling-guling konon tahan sakit. ayah aku gabra. muka pucat.

beliau berusaha memujuk. lalu diangkat aku ke atas bahunya. wahhh!! tiba-tiba rasa tinggi. nih seronok nih. aku terdiam. beliau bawak aku jalan-jalan di dalam rumah. cuba untuk mengambil hati. tiba-tiba...
*****
makin kuat aku meraung. terhantuk frame pintu kot. sakit. lagi sakit dari terpotong tadi. agaknya beliau tak ingat aku kat atas bahu. gelabah beliau meningkat. apalah nasib~~

1 comments:

aggeshi said...

citer nurul dan keluarga yang ....
hahha sengal..nway..umor bpe beb??