Thursday, October 14, 2010

jangan biarkan diriku membeli

9 Oct 2010 merupakan hari bahagia Farah Aliah, di mana beliau telah selamat bergelar tunang kpd Halim, tunangnya. hihi. selaku sahabat karib, aku, aini dan fiza telah berjaya menghadirkan diri ke majlis tersebut.

kami bertolak dr PJ pukul 10:00am walaupun pada awalnya berjanji utk bertolak jam 9:00am (kes bangun lewat). berkat pemanduan berhemah fiza, kami selamat sampai di kajang sebelum pihak penunang lelaki sampai. fuhhh~

majlis berlangsung dgn begitu meriah. di majlis tersebut, kami telah cuba utk mengayukan diri kami memandangkan terdapat ramai potential ibu mertua dan potential husband juga. kelihatan makcik2 menunjukkan minat yang mendalam terhadap kami. dan lelaki2 itu juga. tp kami jual mahal. buat2 sombong.

setelah selesai majlis, kami bergegas pulang ke PJ kerana kami mahu mencukupkan waktu tidur kami yg kurang akibat menonton Sammy's Adventures yg ntah pape pd lewat mlm td. 

otw, kami singgah seketika di TESCO saujana impian.

fiza melangkah laju ke dlm TESCO. memandangkan aku dan aini tidak berhajat membeli-belah, kami hanya berlegar2 mencuci mata. sambil kaki melangkah, aku berkata,

'Aini, tahan aku. jgn kasi aku beli pape. aku xnak beli brg lgsg' (memandangkan aku selalu membeli barang bukan keperluan)

Aini membalas simple.. OK!!

kami berjalan2 dgn hati yg riang. tiba2 hatiku tertarik utk singgah di Lazo Diamonds. saje la nak cuci mata. walaupun sgt menggemari white gold, tp aku menahan diri dr membeli-belah walaupun hati terasa pedih. kemudian, aku mendapati aini telah berkenan sama itu satu bracelet. berkali2 beliau mencuba. dan terus mencuba. kebetulan ada promotion. terus beliau beli.

memandangkan aku mempunyai nafsu membeli-belah yg tinggi, dan selalunya brg yg disukai dan dibeli oleh aini, akan dibeli olehku juga, aku berlalu dgn pantas dan mengusyar kedai2 yg lain. aku melangkah ke dalam kedai jam. meneruskan perjuangan mencuci mata.

*****

aku, aini dan fiza berlalu dr TESCO saujana impian dgn bracelet di tangan kiri aini dan jam ELLE STUDIO di tangan kiriku.

3 comments:

aggeshi said...

aku rasa ade badi la..

Anonymous said...

1st of all thank u la nurul sbb post kan nama aku dlm blog ko..terharu aku..he2..
2nd of all, aku sebenarnye xtau pung ko ader blog..teruk kan..
tapi bile aku browse thru ko nye blog, aku rase ko nye blog amat menarek..n aku rase ko bebakat..cehwah.. ;)

Anonymous said...

Wah detail giler story die ;P Berbakat la ko, tahniah :D