Tuesday, October 12, 2010

seperti berada di negara matahari terbit

ketika saya di tingkatan 3..

prep pagi sabtu merupakan sesi prep yg paling malas dihadiri oleh sebahagian besar kanak2 yg menuntut di SESMA kecuali bagi mereka yg skema x igt dan bajet bagus (kdg2 aku tergolong dalam golongan ini. KADANG2 sahaja).

hal ini adalah kerana hari sabtu merupakan hari cuti. hari cuti bermaksud hari utk beristirehat. betul atau tidak? apa kejadah prep di pagi sabtu nih?? kitorg semua bdk2 pandai kot. takbur dan riak adalah dilarang agama. saya tarik balik kata2 tadi.

akibat perasaan malas dan kerana sy mahu menonton dragon ball (ditayangkan pd jam 9:30am di TV2-menjadi kegemaran semua kanak2 SESMA ketika itu. kanak2 lelaki selalu cuba menghabiskan prep secara awal semata2 kerana mahu menonton cerita ini. dan kadang2 mereka kantoi dengan goneng si guru disiplin), saya mengikut kakak2 senior yang otai memonteng prep secara berjemaah. bajet leh dapat 27 kali ganda pahala. hekkk~

namun, kami telah termasuk ke dalam perangkap pengawas2 yg berdedikasi. cet!! kami telah diambush oleh mereka. tidak sempat kami bersembunyi di dalam loker, di belakang katil mahupun buat2 sakit sambil menggelupur di atas katil. kami terperangkap!!

nama di ambil. mulut terkumat-kamit berdoa. sesi solat maghrib berjemaah kami hadiri seawal mungkin. konon insaf. malamnya, kami solat hajat agar kami tidak dikenakan sebarang tindakan. you wish my dear!! you wish!!

keesokannya harinya, selepas roll call, nama2 yg kantoi telah disebut secara lantang oleh Ustazah Saodah selaku ketua warden yg garang lg menggerunkan. malu i dengan seluruh warga SESMA terutama pada makcik gayah penjaga koperasi.

kami di brain wash sehingga bersih dari segala kotoran membencikan. terdengar suara2 sumbang senior2 berbisik. menandakan mereka tidak berpuas hati. mahu protes. mahu merusuh. ouh. tak ramai student form 3 yang otai. ada beberapa orang sahaja. yang lain adalah pelajar form 5. form 4 bersih.. tak ada seorang pun. tiba-tiba..

'Ustazah, saya rasa saya tak patut berada di sini. saya hadir prep pagi sabtu. betul ustazah, saya tak tipu,' kata Asiah (bukan nama sebenar), selaku ketua dorm Hijau 2 (dorm aku). bangga aku seketika kerana mempunyai ketua dorm yang berhati mulia dan berani menegakkan kebenaran.

'ouh. kamu pergi pukul berapa Asiah bukan nama sebenar?' Soal Ustazah Saodah secara sinis dan pedas.

Asiah (bukan nama sebenar) terkedu. dan tersipu2 malu. 

wat luuuuuu~~

prep pukul 8:30am kot. kalau g pukul 10:29am memang la tak aci. prep habis pukul 10:30am kot.

*****
kitorang kena denda jalan keretapi pusing court basketball 7 kali (tak sure. tak ingat). jalan laju giler. kalah shinkansen.

0 comments: