Friday, October 22, 2010

bukan kubenci, cuma kurang gemar..

saya tidak gemar ...

1) Orang sibuk-sibuk hal saya sedangkan saya tidak pernah sekalipun menyibuk hal dia.

2) Orang berkata kasar pada saya sedangkan saya ketika itu cuba bercakap sebaik, sesopan dan selembut mungkin.

3) Orang yang tidak pandai membuat keputusan dengan baik dan ragu-ragu untuk berjanji dan memberi komitmen. Kalau nak, sila cakap nak. Kalau taknak, silalah cakap taknak. Bukan mati pun.

4) Orang yang bergurau kasar sehingga mengguris perasaan sedangkan beliau ingat itu adalah suatu gurauan yang sangat mengguraukan. Maksud saya, bajet kelakar habis.

5) Bercakap sesuatu yang lucah dan tidak perlu. Terutama lelaki. Ouh biasanya memang lelaki suka cakap cenggini. Kawan-kawan perempuan mungkin setahun sekali. Itu pun kalau ada. Biasa bercerita mengenai cinta, kasut dan handbag.

6) Menilai perbuatan orang lain. Sebab apa yang dilakukan oleh orang lain itu tidak perlu dinilai. Nilai apa yang dilakukan oleh diri sendiri sudah.

0 comments: