Tuesday, November 30, 2010

Melatah sambil mengata

ini merupakan kisah 2 org sahabat lelaki saya (kisah ini hanya mengenai mereka, tiada kena-mengena dengan saya mahupun kamu).

saya menggelarkan mereka Cirit & Sembelit. Cirit merupakan seorang lelaki bermulut laser. Sembelit pula... errrr.. juga bermulut laser tapi tidak selaser Cirit.

sila bayangkan suasana di dalam sebuah kereta Honda Civic berwarna silver. bayangkan.. bayangkan~~

ketika kecoh berborak, tiba-tiba kereta terlanggar lubang, menyebabkan si Cirit terkejut besar dan seterusnya melatah, "Oh, B*BI!!"

Suasana hening seketika.

Si Cirit berkata, "Ko tahu.. Si Sembelit nih pernah tanya aku kenapa suka melatah sebut B*BI. Ko tahu aku jawab apa??"

"Haa.. Ko jawab apa??"

Si Cirit menjawab dengan tenang, "Aku kalo melatah, aku akan sebut benda yang paling hampir dengan aku."

dan.. yang hampir dengan Si Cirit ketika itu adalah Si Sembelit. maka, adakah Si Sembelit = B*BI?? kesian Si Sembelit~~

adessss.. siyes mulot xde insurans~~

0 comments: