Sunday, November 21, 2010

setingganan membawa berkat

UKM, second year, sesi 2006/2007

kejadian berlaku ketika aku di akhir sem 1, tahun dua pengajian. akibat membuat onar dan mencetuskan kemarahan pihak atasan kolej, aku dan sahabat2 karib nekad dibuang kolej oleh mereka yang merasakan kami tidak harus diberi muka. aku disenarai paling atas dalam senarai nama tersebut. perasaan ketika itu adalah seperti perasaan seorang ketua pemberontak.cet!!

felo sukan gundah-gulana. pembuangan aku bermakna tiada sprinter utk mewakili kolej utk sukan U tahun hadapan. disebabkan itu, beliau berusaha utk menidakkan pembuangan aku. akhirnya, berkat usaha gigih beliau, namaku digugurkan. betullah kata pepatah, 'Usaha Tangga Kejayaan'.

namun begitu, akibat kekariban aku dan sahabat-handai, kami tidak sanggup utk berpisah. justeru, kami telah berdiskusi selama 3 hari 2 malam tanpa henti membincangkan masalah ini. akhirnya, kami mencapai kata sepakat. kami tidak boleh berpisah. perpisahan kami bermakna tiada anugerah dekan utk masa akan datang. oleh sebab itu, kami nekad utk bersetinggan. yang terbuang harus setinggan dengan yg stay. maka, sudahnya, aku setinggan bersama-sama BFFku, linda. yg lain2 (mereka yg tidak harus dinamakan) juga begitu. kami bahagia bersama-sama.

walaubagaimanapun, kehidupan setinggan tidaklah seindah yang digambarkan. seperti kehidupan rumahtangga. sekejap bahagia, sekejap berduka, sekejap waras, sekejap gila. kehidupan bahagia kami terganggu dek insan2 yg berhati dengki dan kurang wangi. pembelajaran kami sering terganggu di waktu malam akibat kekerapan spot check yg tinggi.

setiap kali spot check dijalankan, kami selalu bersedia terlebih dahulu lantaran mempunyai spy yg sangat cekap di hierarki pentadbiran. setiap kali bilik di ambush, bilik dalam keadaan kemas, dengan barangan milik perseorangan dan juga hanya seorang pemilik sahaja. yang setinggan keluar study di PTSL ataupun kadang2 dinner di mana2 cafe terbiar.

suatu malam, berita spot check akan dijalankan tersebar luas. kami bersedia. bilik dikemaskan. yang setinggan keluar berjuang. aku di bilik bersedia dengan jawapan2 yg bernas seperti kebiasaan dan sambil menunggu ketibaan mereka yg seolah-olah 'tiada kerja duk kacau tepi kain orang lebih baik ko jaga tepi kain sendiri' datang berkunjung, aku berpura-pura study. walaupun hanya berpura-pura study, ilmu yg penuh di dada semakin melimpah. ada baiknya.

bilik diketuk. ouh yg spot check bilikku felo sukan rupanya. nasib baik aku dan beliau sedikit rapat. beliau berlegar-legar di dalam bilik menikmati panorama yg indah. 
'hmmm.. ok duk blok nih?'
'eh.. haruslah ok. kolej nih kolej terbaik kot. tahun depan konfem la emas no 1 sukan U' (aku cuba utk melobi)
beliau tersenyum mengharap.

tiba-tiba, tangan beliau rajin memeriksa drawer kasut kepunyaan aku dan linda. wah3 rajin plak dia. aku menjenguk ke dalam drawer. demmmmm!! lupa lak nk sembunyi kasut2 linda. bergelimpangan kasut2 kitorg. sangat banyak utk dimiliki oleh seorang gadis yg bersederhana seperti aku. akal mula memikirkan skema jawapan yg harus dijawab sekiranya kantoi.

'banyaknya kasut sukan' (beliau bersuara ikhlas)
aku cuba membuka mulut utk menjawab. mmg moto hidupku, 'selagi boleh jawab, jawab!!'
'eh mestilah banyak. kan atlet. lagi nak tanya kan. okeh la. sambung la study. akak nk g bilik lain lak'
aku macam, 'FUHHHHHH~~'

*****
tak tahu dia ikhlas atau memerli bila dia cakap kasut sukan banyak. huhu. tak kisah. yang penting, kitorang tak penah kantoi walau sekalipun walau selalu di ambush. sekian~
p/s : yg x baik jgn dijadikan contoh.

2 comments:

Unknown said...

hahaha...
mmg best ar idup kite kt paras tuh..
akak duk bilik tepi toilet..benci betul sbb dinding buruk..

2nd sem..menggunakan kuasa ala2 senior [poyola sgt]..amek bilik depan sekali [bilik muny yang dah bermigrasi ke German]

at last, duduk jugak KTHO..
wpun name masuk list kene buang kolej untuk sem2..
bersungguh2 pergi ngadap Pejabat Pentadbiran tiap2 hari [mase cuti sem nk siapkan tesis] merayu nk stay KTHO...akak pun nak dbuangnya?? Akak bukan ex-PALAPES..popoyopo jekan..hehehe

at last..kite masih bersama suka duka di paras 2 blok M [yeke..lupe]..heheh

y.u.e said...

haha. kite rase kite duk blok L kan?? blok M tuh bukan blok sebelah ke?? huhu. x igt sudah. malas nk duk kolej len kan? kolej usin yg mcm paling bgus dan menyenangkan.