Monday, December 6, 2010

tutor terlampau dan melampau

Kisah ini adalah mengenai seorang tutor yg telah memberi tunjuk ajar kalkulus kepada saya dan coursemates yg lain ketika kami di sem 1 tahun 1 pengajian. saya gelarkan diri beliau Mr. Ikhwan (mungkin nama betul, mungkin nama tipu).
topik awal adalah mengenai pernyataan. belajar mengenai perkataan semua dan sebahagian. apakah beza semua dan sebahagian? dah lupa logik belajar ini semua.

Mr Ikhwan memberi contoh yg sangat mudah, seperti di bawah :

Diberi statement : Semua lelaki kacak di dunia ini jahat.

'Betul atau tak statement tuh?' Mr Ikhwan bersuara.

Kelas bising. Ada yang menjawab YA. Ada yg menjawab TIDAK. tidak kurang yg berduet lagu seiring dan sejalan di belakang.

Seterusnya, Mr Ikhwan berkata, "Statement ini mungkin benar dan mungkin salah. Statement ini akan jadi benar kalau takde seorang pun lelaki kacak yang baik. Tetapi, kalau saya dapat buktikan walaupun hanya seorang lelaki kacak, iaitu SAYA yang tidak jahat, maka statement itu menjadi salah. Macamane kelas? Faham?"

Kelas sunyi. Sepi.

3 comments:

aggeshi said...

ko ingat ek..hahah..dah lama aku luper

aggeshi said...

hahha..ko ingat lagi sey!!!

y.u.e said...

igt okeh. ilmu tuhhh~
huhu~~