Tuesday, November 2, 2010

bukan hanya keretaku kaler silver

di suatu waktu itu, aku dan sahabat sekolah yang aku kenali sejak aku Form 1, dylla jasmi menuju ke Dungun dengan menaiki sebuah Proton Gen2 berwarna silver. tujuan pengembaraan adalah tidak dapat dikenalpasti. dengan lebih tepat, tidak dapat diingati.

selepas parking baik punya, kami menjalankan urusan (siyes tak ingat buat ape). kemudian, setelah selesai segala urusan (entah ape la yg kitorg buat.  mungkinkah mencari cinta sejati?? kuang3), kami menuju ke kereta. dengan wajah yg bersungguh-sungguh lg nekad, aku cuba membuka pintu kereta, namun..

dengan sepenuh kekuatan ultraman, aku mencuba tp x dapat. aku mcm @#$%#@$!! come on kereta kesayangan!! aku baca bismillah siap dgn ayat kursi dan mencuba lagi. namun masih gagal. mungkinkah ini adalah dugaan yg harus ditempuh pd hari ini?

selepas mencuba kali yg ke-99, masih gagal. orang sekeliling mula pandang-pandang. mungkin bersimpati. mungkin curiga. mungkin juga tak puas hati. aku cuba utk bersabar.

*****
'psssttt dylla.. cepat blah'
'apahal?'
'nih bukan kereta aku.. cepat2.. move2..'

ouh.. kereta aku kt sebelah sana rupanya.. patut la xleh bukak.. berlalu dgn berpura-pura cool..

0 comments: