Tuesday, November 9, 2010

aku dan nescafe ibarat bulan dan bintang

aku dalam usaha memerangi minuman kegemaran i.i nescafe 3 in 1. jangan sesiapa berani menghalang niat hatiku ini. sbnrnya aku sedih mengenangkan hubungan aku dan nescafe yg x berjodohan. dia laa yg menemani aku stdy dulu. ouh itu sebenarnya kadang2 jek. sebenarnya, dia laa yg menemani aku menonton segala drama2 korea time aku study dulu. sbb itu semacam da jd habit aku harus meminum nescafe 3 in 1 atleast 1 tube sehari. 

sekarang, kalau x minum nescafe, aku jadi lesu, lemah dan malas (walaupun ini mmg sifat semulajadi). jadi, tiap2 hari kt ofis, x termasuk bulan puasa, aku akan minum nescafe utk mengekalkan kecergasan dan kerajinan.

tapi sekarang!! aku berazam. aku akan kurangkan peminuman nescafe secara terang-terangan. aku telah membelikan diriku horlicks 3 in 1 dan juga hot choc cadbury 3 in 1 sebagai pengganti. langsung x pandang nescafe ketika membeli. ouh sebenarnya kat umah ada 1 lg peket besar nescafe. so, xyah risau. sbb aku masih ada bekalan. hehehe~

pg td, aku bancuh itu hot choc di ofis. seakan berjaya memulakan chapter baru dalam hidup. berkali-kali aku mengucapkan syabas pd diri sendiri kerana berjaya menjauhkan diri dari nescafe buat pertama kalinya. syabas!!

*****
tp syabas x bertahan lama. petangnya, aku ke pantry membancuh nescafe memandangkan aku hampir mencium meja akibat peniduran yg lewat setiap malam. ouh tidak syabas!!

0 comments: