Friday, June 7, 2013

Mount Kinabalu, Sabah, Malaysia Part 2

Seperti yang dijanjikan berbulan-bulan yang lepas, dah tiba masanya aku bercerita pasal pengalaman sebenar pendakian Kinabalu aku. Dalam post sebelum ni, aku macam kerek dan berlagak tahap mintak lempangan kan. Kan? Kan? Haa sekarang mai sini aku cerita kisah yang sebenar.

Kitorang mula mendaki jam 9:30 pagi. Cuaca elok-elok sahaja, tak panas sangat. Suam-suam kuku orang kata. Aku partner dengan BFF, Encik L yang janji mahu bersusah senang bersama. Aku OK je. Lagipun panjat Kinabalu saja. Apa yang susah sangat. Mode berlagak lagi masa ni.


Di awal pendakian, aku dan L memang laju, meninggalkan jauh teman-teman di belakang. Maklumlah, berzaman kot berlatih nak kasi fit. Panjat bukit sana, panjat bukit sini, joging setempat etc.


Dah sampai 4 km, aku rasa lain macam. Rasa seram sejuk. Serius. Tapi bukan seram sejuk yang disebabkan kehadiran makhluk lain. Tetapi, terasa perubahan dalaman. Ouh. Nak dipendekkan cerita, aku period sebenarnya. Memang dah time sebenarnya. Tapi mana nak expect. Bukan period yang dikisahkan, tapi period pain yang ingin diperkatakan di sini. Untuk kaum wanita yang memang sering dihantui period pain, korang mungkin akan faham apa yang aku rasa. Untuk kaum lelaki dan kaum ibu yang tak pernah merasa sakitnya senggugut ni, korang tak payah susah2 bayangkan bagaimana rasa sakitnya. Baca saja penulisan aku ni. Noktah.


Tadi syok panjat gunung laju-laju gear 4, sekarang aku jalan gear 1. Hok aloh. L pelik. 'Ko apa hal?' Kata dia. Aku sengih-sengih. Cis. 'Ko apa hal jalan belakang sangat?' Aku sengih lagi. 'Ko penat ke?' Aku geleng. 'Ko nak kentut ke?' Aku geleng-geleng lagi sambil kata, 'Bukan'. 'Wei, boleh tak ko cakap apa dia? Ingat ni permainan teka-teki ke, geleng-geleng, bukan-bukan?' Hah, kena sebijik aku. Haha.


Yalah. Susah kot nak cakap. Tapi dah takde orang lain dah nak mintak tolong. Kena la jugak cakap. Tapi baiknya Ya Allah sahabat baik aku ni, dia bagi panadol, tolong bawakan lagi beg aku sebab aku memang da tak boleh nak jalan sangat dah dengan beg berat tu. Adalah dalam 6kg beratnya beg tu. Tips: Bawak benda yang betul-betul perlu saja. Tak payah over nak bawak barang mekap, makanan banyak gila macam nak tinggal 10 tahun atas Kinabalu.


Pendek kata, situasi ni buat aku nampak lemau kan. Kan? Kan? Takpe-takpe. Mengatalah sesedap rasa. Aku tak kisah. Sebab memang sakit sangat. Bukan tipu. Tapi untuk tebus balik kesayuran aku, time panadol bagi kesan & impak maksima dia, period pain dah rasa macam sakit gigi je, aku terus mintak beg aku dan mampu mendaki seperti seorang manusia normal. Gagah tak aku? Tapi seriously, masa sakit tu aku macam nak tinggal je, suruh L terus panjat tinggalkan aku. Tapi, penat juga kan kalo nk patah balik 4km. Baik terus panjat lagi 4km. Masa tu kalau nk fikir fizikal memang dah kelaut, mental je yang nak kena kuat. Mental uolls. Mental.


Alhamdulillah kitorang sampai di Laban Rata lebih kurang jam 5 petang. 8 jam perjalanan untuk 8km. Sampai saja kat Laban Rata, dah ada mamat kacak tunggu atas tolong sambut beg. Untunglah I uolls. Baik hati rakan-rakan seperjuangan. Hahaha. Untung jadi kaum gadis.

Cukuplah dulu pasal pengalaman aku dari Mersilau ke Laban Rata. Next tima aku cerita pasal pengalaman dari Laban Rata ke Low Peak pula ya. Sama saja sayurnya macam mendaki nak ke Laban Rata. Kalau dah sayur, sayur juga. Tapi, aku sayur brokoli. Up sikit. OK bye.


































Monday, June 3, 2013

Hello Counselor

Ini adalah TV show korea paling aku gemar setakat ini, selain Running Man. Cerita ni macam bangang-bangang je tapi aku suka layan. Hahaha. 

TV show ni cuba menyelesaikan masalah-masalah rakyat Korea. Ada antara masalah tu yang pelik gila, dasyat sangat sampai kita tak terpikir ada juga yang ada masalah macam tu. Huhu. Memang layan la gak.

Try la tengok. Sesuai untuk muhasabah diri. Kalau rasa masalah korang kelakar, ada lagi masalah orang lain yang lagi kelakar. Sampai diorang tak tahu nak selesaikan macam mana. Hahaha. Macam-macam la. Tak ada masalah cari masalah. Try la tengok wei. Hari Isnin, pukul 1015 pm, channel 392. Masalah sampai tahap nak lempang diri sendiri.


Sunday, June 2, 2013

Bila kecewa

Huhuhihihoho.. Memang lama tak update. Baru awal tahun macam berkobar-kobar plan nak rajin update blog. Rupa-rupanya kita hanya mampu merancang. Kalau dah malas, malas juga. 

Pendek kata, aku rajin update blog bila rasa macam jiwa kacau. Bila jiwa kacau, aku deactivate facebook. Bila deactivate facebook, aku rasa sunyi tak ada benda nak buat. Maklumlah, boyfriend pun tak ada nak mesej- mesej. Whatsapp ke apa ke. Hahahaha. 

Aku baru balik dari Kuantan. Tengok kawan baru accident. Dia on da way dari Kerteh ke KL. Aku pun pernah ada pengalaman accident. Aku tahu apa yang dia rasa. Kereta dia pun boleh tahan teruk. Kereta baru pulak tu. Tak sampai setahun beli. Dugaan. Datang dalam pelbagai bentuk. Alhamdulillah dia selamat.

So, itu saja lah dulu untuk setakat ni. Kalau rajin aku update lagi. Kalau malas tengoklah lagi 5 bulan ke, setahun ke. Eheh. Ok bye.

Tuesday, January 15, 2013

10 Tanda Penuaan

Ini yang aku hadapi sekarang:

1) Malas reply sms, whatsapp, email, mesej FB, twitter dan lain2 lagi.
2) Tak excited sangat nak vacay all around the world mcm dulu2.
3) Selalu lupa barang. Kejap lupa kunci kereta. Dah ambik kunci kereta, tertinggal jam pulak. Haip!
4) Rasa ignorance dgn sekeliling. Aku peduli hal aku je. Hal orang lain lantak pi. Langsung tak ambik tahu. Sampai kadang2 rasa diri ini insignificant. Psiko sendiri. Huk.
5) Malas nak keluar malam2 lepak dengan rakan2 macam dulu2. Lagi gembira lepas kat rumah depan tv sambil melantak maggi.
6) Suka tengok drama melayu. Eh?
7) Suka dengar lagu2 nasyid. Alhamdulillah. Berubah ke arah baik tak salah kan?
8) Berkawan dengan makcik2? Hehe.
9) Makin malas. Eh ada kaitan ke? Aku malas dari kecik sebenarnya. Hahaha.
10) Rasa nak kahwin. Oppsss! Anyone?

Monday, January 14, 2013

Mount Kinabalu, Sabah, Malaysia Part 1

Kalau sebelum ni saya bercerita pasal Mount Halla yang terletak di South Korea, hari ini saya nak bercerita pasal Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia. Duk panjat gunung kat negara orang, gunung tertinggi di negara sendiri dah tawan ke? Hehe. Saje je keluarkan statement sentap.
Pasai aku da panjat Kinabalu. Hahaha. Gelak berlagak jap. Tak cukup panjang gelak tu. Hahahaahahaaha.

Nih nak share pengalaman mendaki Kinabalu pulak. Kalau kudrat sedikit cuma, jangan ada hati nak panjat Kinabalu. Macam berlagak kan? Rasa menyampah kan? Apa aku kisah. Apa yang aku cakap benar belaka. Ni semua daripada pengalaman. Jap nak gi toilet.

Malas nak mengarang panjang2. Korg baca je la tips di bwh:

1) Sebelum panjat, korg kena pastikan korg bersenam, joging, berlatih panjat bukit2 dan melakukan aktiviti2 fizikal yang lain. Untuk memastikan korg tak semput dan fit untuk sampai puncak. Jangan sesekali underestimate!

2) Nak panjat Kinabalu rasanya tak perlu pakai kasut mahal2. Korg pakai je kasut getah beli kat kedai apek. Harga dlm RM 6. Kasut ni memang ok buat panjat Kinabalu. Lepas guna boleh campak tong sampah je.

3) Lain barang yang korg perlu sedia adalah headlamp, glove, jaket tebal. Stokin bwk byk sikit. Minyak panas jangan dilupa. Bawak hiking stick adalah terbaik. Lain2 adalah barang2 travel normal.

4) Trail yg kitorg pilih adalah Mersilau. 8 km jalan kaki ke Laban Rata, pit stop sebelum naik ke Low's Peak. Dekat Laban Rata, pendaki boleh berehat goyang kaki sebelum panjat ke puncak pada awal pagi keesokan harinya. Kalau taknak naik ikut Mersilau, korg boleh naik dari Timpohon. Timpohon 6 km je. Tapi semput jugak la walaupun 6 km je. Apa hal pun korg memang kena fit. Muahaha.

5) Adalah penting mencari buddy atau geng yang stamina lebih kurang sama dengan anda utk memastikan sepanjang perjalanan anda berteman dan tidak kena tinggal. Adalah mustahil satu team jalan sekali. Sebab stamina orang lain2.

6) Mulut jaga. Jangan sesedap rasa duk mengata sana sini.

Setakat ini mukadimah Kinabalu. Ini saja je entry eksyen bajet bagus. Next entry aku story pasal keadaan sebenar masa pendakian ya! Banyak manis, banyak la pahitnya. Hahaha. OK bye!




Saturday, January 12, 2013

Mount Halla, South Korea

Sebab azam tahun 2013 nak aktif balik berblog, maka saya dengan rajinnya post entry yg bertajuk best ni. Back in Oct 2012, the girls and I went to South Korea for 9 days. Eh tetiba omputih. Gini ceritanya, kitorg memang dah lama teringin nak gi Korea. Bukan sebab pengaruh KPop ke apa tp sebab teringin je.

Aku malas nak cerita pasal keseluruhan jalan cerita lagi. Itu simpan utk lain kali. Kat sini just nak highlight pasal Mount Halla. Gunung ni terletak di Pulau Jeju. Nak tahu detail pasal gunung ni sila la Google.

Memang cita2 datang Korea aku nak panjat gunung ni. Nak dijadikan cerita, kitorg kat Jeju tak lama. Kalau ikut secara logiknya, mmg mcm tak sempat pun nak panjat Halla. Aku mula2 mcm pasrah sbb tak dpt nak panjat. Tapi disebabkan keazaman yang tinggi, kitorg redah aje pegi Halla hari last sblm balik ke Seoul. Kitorang ada masa lebih kurang 4 jam aje kalo gerak dari Guesthouse pukul 7.

Disebabkan semangat, kitorg packing awal, tidur awal, bangun awal dan gerak dari Guesthouse awal. Jauh jugak Halla dari Guesthouse. Lebih kurang 40 minit. Haa see banyak masa terbuang. Lupa nak cakap, kitorg pilih trail paling senang tp dgr ceritanya paling cantik iaitu Yeongsil Trail. Trail ni sejauh 1.27 km aje. Cukup la dengan masa yg limited edition. Atleast tercapai hasrat nak panjat Halla.

Kitorg pegi sana dengan hanya memakai jeans, siap dengan handbag bagai. Sweater pun satu sorg aje. Taxi driver mmg terkejut mula2 tgk kitorg. Siap tak caye kitorg nak panjat gunung. Sampai sana lagi la semua orang pandang pelik. Diorg siap pakai hiking attire bagai. Ya lah. Kata panjat gunung. Kitorg yang selekeh asal panjat je.

Kat situ memang sejuk nak mati. Mulut, pipi, tangan memang jadi kebas. Kitorg panjat sejam, turun sejam. Ini kiranya memang gamble setakat mana sampai aje sebab tak cukup masa. Aku ngan Kak Marina paling semangat. Kitorg mmg naik laju gila sbb takut tak smpt sampai atas. Memang lagi laju dari orang Korea sendiri. Haha. Dah la pakai jeans je. Real mmg real.

Panjat Mount Halla ni antara benda best aku buat tahun lepas. Ada peluang dan duit lebih, aku nak naik lagi InsyaAllah. Terbaik!

Gambar-gambar dari Halla san!
















Friday, January 11, 2013

Mukadimah 2013

Assalamualaikum w.b.t,

Terasa lama saya x update blog. Almost 1 year maybe? Tak tau apa yang saya dah go through sampai tak ada masa nak update blog yang kusam malap ni. Bz sangat dengan hal dunia. Manusia2. Saja update skrg sbb nak bagi nampak meriah sikitblog ni. Hahaha. OK tak kelakar. 

Nanti la saya fikir apa nak di update. Ini saja je mukadimah. Tanda mahu kembali berblog. Huhu.

Sbb I think blog is better place to express your feeling & tell others your experience. Because FB is too mainstream. Sebab ini blog ko kan. So lantak la kau nak cerita apa pun. Atleast takde buat org menyampah baca status ko kat FB. Kalo kat sini kalau dia rasa menyampah, dia tak sambung baca. Eh apa aku merepek?

OK people. I go first. Salam Jumaat. :)


Saturday, January 14, 2012

tanjat boboi

Ini kisah yang sangat gay. Eh bukan. Ini kisah yang sangat entah apa-apa. Kisahnya berbunyi begini. Saya telah ke Kolumpo (KL) pada hari selasa lepas disebabkan ada mesyuarat yang tak berapa penting di KLCC. Mesyuarat tersebut bermula pada jam 3 petang dan dijadualkan berakhir pada jam 5 petang. Tetapi,memandangkan jadual mesyuarat mengikut janji Malaysia tidak boleh dipercayai, maka saya telah menghabiskan waktu malam saya di Hotel Mandarin Oriental kerana takut tidak sempat mengejar penerbangan pulang ke Kerteh.

Penerbangan pulang ke Kerteh keesokannya dijadualkan pada jam 6:30 pagi. Ini bermakna saya harus berada di Subang Airport seawal jam 5:30 pagi. Ini juga bermakna saya harus menaiki teksi lebih kurang jam 4:30 pagi dari MO ke Subang. Dan ini juga bermakna, saya harus bangun seawal jam 3:30 pagi! (Memandangkan saya seorang gadis yg lembab bersiap)

Maka,tepat jam 3:30 pagi tadi, saya bangun dengan tertib dan bersiap dengan malas. Sedar-sedar saya sudah berada di Subang Airport pada jam 4:50 pagi. Sungguh pantas masa berlalu. Disebabkan masih terlalu awal, maka saya pun mengambil kesempatan tersebut untuk melelapkan mata. Tidur-tidur ayam. Kerap saya terjaga melihat jam. Tapi, masa seolah-olah begitu lambat gerakannya. Saya lelap lagi. Sehinggalah ...

Saya dikejutkan oleh suara seorang wanita.

Makcik security aiport (MSA): 'Dik, ko nak g mana?'

Saya tersentak. Disebabkan terkejut atau mamai secara jujurnya, saya terdiam seketika dan cuba mencari jawapan yang sepatutnya.

Saya gadis sopan (SGS): 'Errr nak g Subang'

MSA tersebut sedikit terkejut. SGS apatah lagi. Terkejut dengan jawapan bijak sendiri. Apa kejadahnya Subang. Dah SGS memang dah kat Subang.

SGS : 'Errr Kuala Terengganu!' (Kuala Terengganu pulak jawapannya. Kenapa tak dijawab saja Kerteh. Entah aku tak tahu. Jangan ditanya kenapa. Mamai!)

MSA : 'Ko nak g Kerteh kan? Eh baik ko g check in sekarang. T kang ko tido lagi, terlepas flight ko'

Mulianya hati MSA sebab sudi kejutkan saya. Nasib baik terperanjat sikit saja. Ya betul, sikit saja terperanjatnya. Sampai jawab pun dah tak betul.

P/S : Chinese di kerusi sebelah senyum-senyum. Eh apahal? Tak pernah tengok orang comel mamai ke?

Thursday, January 5, 2012

Salah kereta. Lagi?

Satu pagi yang pening, bangun lambat ditambah kerja banyak. Lepas bersiap, berjalan terus tetapi secara ayu ke kereta swift warna putih tapi bila try nak bukak kunci tak lepas.

Apehal?

Bila pandang kereta tu betul-betul baru perasan tu kereta jiran sebelah. Kereta sendiri ada kat sebelah sana. Tersergam indah. Pandang kiri kanan atas bawah check ada orang ke tak. Bila dah konfem takde orang, cepat-cepat pergi ke kereta sendiri.

Ouh malu~~

Kalau ada orang nampak masa tu, aku akan :

1. Buat-buat macam betulkan tudung guna cermin kereta tu sambil letak lipstik spastik.
2. Konon cubaan mencalarkan kereta jiran sebelah sebab geram beli kereta yang sama.
3. Buat-buat joging setempat.
4. Berlakon kononnya tengah edar flyer.
5. Buat-buat buta huruf tak reti baca plat no.

Tuesday, January 3, 2012

Trivia Bali Nov 2011

Pada hujung bulan Nov 2011, terdapat 6 orang kanak-kanak normal dan seorang kanak-kanak unik telah merantau membawa diri pergi ke Bali dengan niat yang bukan satu. Mahu menenangkan fikiran di samping menghabiskan uang, mencari jodoh, mempelajari budaya orang, melarikan diri dari kerja dan boss serta mahu mencuba urutan Bali (?? = Nightmare.. Hahaha)

Kitorang pergi ke Bali selama 4 hari 3 malam. Banyak juga la tempat yang sempat kami jelajah. Kalau rajin, nanti I share gambar-gambarnya okeh.

Sedikit ringkasan perjalanan :

Kanak-kanak Normal : Nurul, Aini, Nadz, Wawa, Yana, Sepul & Ansar
Kanak-kanak Unik : Farouk (Memang dia sendiri mengaku dia unik sejak dari kecil. Bukan rekaan aku semata-mata. Kalau nak tahu sebab apa dia unik, kena tanya dia sendiri la kot. Hihi)
 
#1 : Tiket flight pergi balik hanya RM 140++ sebab kitorang beli masa AirAsia buat promo. Tapi ni tak termasuk luggage (share jek) dengan tax kat airport Denpasar. Aku pun da lupa berapa harga tax. Tapi yang penting takde la mahal sangat. Lebih kurang RM 50++ kalau tak silap.

#2 : Bali tempat yang sesuai untuk surfing. Farouk, disebabkan beliau kanak-kanak unik memang dari KL lg terkinja-kinja nak try surfing. Tapi malangnya tiada seorang pun yang teringin nak surf ngan dia. Jadi, disebabkan kesian dan keinginan mencuba sesuatu yang baru, aku pun angkat tangan la sudi temankan dia surfing. Tapi, last minute dia cancel di saat aku excited nak mencuba sebab alasan dia tak reti swim. Tapi, part paling takleh blah, dia cakap, "Pak, tak jadi surfing. Nurul kata dia taknak try sebab dia tak reti swim". Speechless. Aku plak yang kena. Heh~

#3 : Dapat try teh botol. Memang ada kat Indon je kot. Aku memang suka minum teh botol ni. Rasa dia macam pahit sikit. Kawan-kawan lain memang macam tak gemar sangat. Yang macam suka minum ni cuma aku, wawa ngan nadz.

#4 : Tour guide a.k.a supir kitorang namanya Pak Nur. Dia ni OK. Tapi problem bila kita tanya pasal masa. Kejap bagi dia belum tentu kejap. Kalau dia cakap lagi 15 minit, maksudnya ko kena darab 4. Ertinya, kalau dia cakap lagi 15 minit, ko kena expect ko akan sampai lagi 1 jam, bukan 15 minit seperti yang diperkatakan.

#5 : 7 orang bersiar-siar naik Suzuki APV. Siyesly aku cakap, superb sardin. Lagi-lagi kitorang gadis-gadis ni memang kena duduk berhimpit. Sesaknya dalam APV tu Tuhan je yang tahu.

#6 : Kat Indon ada banyak Nescafe yang tiada di Malaysia. Wahhh aku yang memang hantu Nescafe ni memang gembira tak terkata la kan. Tapi, rasa dia macam ada kurenggg sikit la. Tak tau kat mana. Tapi aku memang try semua perasaan la.

#7 : First time aku try banana boat adalah di Bali. Pftttt. Macam la kat Malaysia tak ada banana boat kan. Huh~

#8 : First time body massage pun kat Bali. Kat Malaysia punya la aku takut nak urut-urut ni, boleh pulak aku try kat Bali. Apa perasaan? No comment. Hanya aku, wawa, aini dan nadz yang tahu. Yang lain pun mungkin tahu, tapi lantak la diorang. Anggap la diorang tak tahu. Huhu.

#9 : First time jejak kaki ke Hard Rock Cafe tengok live band. Sungguh tak sopan rasa diri pada malam tersebut sebab jejak kaki kat situ. Huhu. Sungguh tak biasa. Lepak bertiga dengan Wawa ngan Nadz jek. Kul 1:30 pagi kitorang gerak balik bilik. Scary.

#10 : Kecak dance. Tarian femes kat Bali yang ada jalan cerita dan sejarah tersendiri. Malas nak cerita panjang. Korang gugel la kalau rajin. Tak guna alatan muzik. Guna mulut sendiri je keluarkan bunyi, 'Cak cak cak'. Ada seorang penari macam muka Khairul Fahmi Apek. Ngahaha. Siyes tak tipu.

 
Tuh je la. Nanti kalau rajin i upload gmbr secara berperingkat. Kalau rajin la. Huhu.

Friday, December 30, 2011

sms

Dulu, kalau SMS yg aku hantar tak berbalas, harus aku maki hamun geram. Tapi, apabila usia sudah menjangkau suku abad, reply SMS pun aku dah malas. Tak tahu kenapa. Rasa mual. Nak muntah ngan SMS.

Berikut merupakan 2 kisah apabila aku tidak membalas SMS :

#1

Telefon berbunyi. Nama LINDA tertera di skrin iPhone. Aku excited lalu dengan lafaz Bismillah, aku angkat.

'Hi Nyah. Saja jek aku call nih. Jari ko OK?? Tak patah kan?? Aku tanya ni bukannya apa. Ye la. Dah 3 kali aku hantar SMS. Satu pun takde ko reply. Risau la jugak takut-takut jari ko patah.'

..Erk...

#2

Sejurus selepas pulang dari pejabat, telefon berbunyi. Zura (bukan nama sebenar) yang menelefon. Ku angkat.

'Assalamualaikum babe. I call ni bukannya apa. Saja je la nak check. Err ni memang no. handphone u kan?? Bukan apa. I SMS u tak reply. Ingatkan ni bukan no. u.' 

..Erk lagi. Baik punya perli kawan-kawan aku.

P/s : Tak baik ok tak reply SMS orang. Lain kali reply. =P

Cicak dan Kereta

Aku pernah beritahu korang, aku seorg penggeli cicak. Korang kasi la aku lipas ke tikus ke labah-labah ke, insyaAllah aku OK. Tapi, kalau ada cicak even sebatu jauhnya, aku takkan sudi mendekati cicak tersebut.

Nak dijadikan cerita, suatu hari, adik aku berkata :

'Wes, aku nampak cicak dalam kereta'
'Whattt!! Halau wes. Kasi dia keluar.' Sambil mengarah dengan kedudukan 2.3 meter jauh dari kereta.

Tapi terlambat. Adik aku tak sempat halau keluar cicak itu. Jadi, terpaksa la aku drive dengan bertemankan cicak. Dalam hati aku berdoa, 'Janganlah cicak nih mengganggu pemanduan aku Ya Allah'

Setelah beberapa hari, kehadiran cicak dilupakan, sehinggalah ...

Aku ternampak cicak itu lepak baik punya atas dashboard. Demmm. Menggeletar lutut aku. Aku panggil Ila selamatkan keadaan. Lama juga Ila berusaha menghalau tetapi gagal. Sudahnya, aku drive kereta Ila, Ila drive kereta aku.

Sebab tak tahan dengan cicak itu, aku ke Car Wash Abang Tolong Basuh Bersih-Bersih Ya (nama rekaan sesuka hati aku). Time aku pass kunci kereta kat adik yang bersihkan kereta tu, aku berbisik, 'Adik, dalam kereta akak ada cicak. Halau dia keluar. CARI SAMPAI DAPAT!!' Sedikit garang amaran aku disitu. Sebab geli punya pasal.

Tepat jam 6 petang, aku datang untuk ambil kereta. Dari jauh adik tu dah sengih-sengih mintak lempangan.

'Dapat tak dik?' Aku bertanya.
'Dapat kak. Bukan seekor. 3 ekor semuanya.' Dia berkata.

Aku speechless. *Senang-senang ko jek cicak menumpang kereta aku sampai ke KL, Melaka, PD etc tanpa bayar tambang. Pfftttt.. *

Wednesday, December 28, 2011

Selamat Tinggal Mark Zuckerberg

Secara rasminya, sudah 2 minggu saya telah menutup akaun muka buku saya. Apakah perasaan saya bergelar seorang Gen Y yang tidak mempunyai muka buku? Boleh hidup ke tiada muka buku? Apakah sebab-sebab yang menyumbang ke arah penutupan akaun ini? Banyak betul soalan. Kalau rasa nak tanya dengan lebih lanjut, sila e-mailkan ke nurulshikaede@yahoo.com. Cet poyo!! =)

Antara hujah mengapa saya mengambil tindakan drastik tersebut :
1) Saya terlalu membuang masa berharga saya dengan mengadap FB. Saya boleh mengadap FB dari pukul 8 malam sampai ayam jantan kat rumah Pak Abu berkokok riang. Tanpa FB, masa emas saya boleh digunakan untuk membaca, menyiapkan kerja, melipat baju, skodeng blok sebelah, menggosok baju, twit2, sikat rambut, berlari setempat dan lain-lain lagi yang mungkin tidak sempat saya lakukan pada masa lalu kerana terlalu menumpukan perhatian pada FB.

2) Saya mahu membuktikan persahabatan akan tetap terjalin erat tanpa FB. Setakat ini, saya gagal membuktikan teori ini. Walaupun terdapat twitter, YM, WhatsApp, sms etc, namun persahabatan sukar berjalan lancar tanpa FB. Buktinya, kawan2 yang selalu menegur saya di FB langsung tidak cuba untuk mengambil tahu keadaan saya melalui cara-cara yang telah dinyatakan tadi. Kadang-kadang saya yang harus memulakan WhatsApp @ YM @ sms mereka. Jadi, baru sekarang anda tahu di mana nilai anda sebagai seorang sahabat di mata kawan-kawan anda. Sedih? memang sedih. But, I don't give a damn you know.

3) Saya mahu membuktikan terdapat kawan-kawan yang benar-benar menyayangi saya dan peduli akan saya. Daripada 400 kawan FB saya, setakat ini, hanya terdapat beberapa rakan yang betul-betul berusaha memujuk saya mengaktifkan semula FB kerana mereka bosan dengan ketiadaan saya di FB. Rakan-rakan lain? Oh sorry. They don't even care. Jadi, perlu ke ada kawan FB yang bersepah?

4) Saya telah bertukar kepada Twitter yang bagi saya adalah lebih mudah, ringkas, berinformasi dan tidak mencuri banyak masa saya. Seriously speaking, saya lebih selesa twit. Seolah-olah dapat melepaskan segala tekanan di situ. Tanpa ada ramai orang ntahsapesape tinggalkan komen yang kadang-kadang buat kau rasa macam nak mencarut dari pagi sampai ke malam.

5) Terdapat kawan FB yang tidak sensitif dengan perasaan saya. Yang kadang-kadang menconteng dinding FB saya dengan ayat-ayat yang mengguris perasaan, yang mungkin menyebabkan saya mogok lapar selama satu purnama. Oh maaf tak ada kaitan. Hehe. Watdehek. Blah laa lu!! I don't need you as a friend. Aku delete dari frenlist FB kang ko perasan lak. Senang-senang, deactivate jek FB. Huuuu. Ko bahagia, aku lagiiiiiiii bahagia.

6) Saya tak mahu tahu apa-apa update daripada lelaki itu. Siapa dia? Tak perlu kalian tahu. Kerana saya juga sudah lupa siapa dia. Maklumlah, dah 2 minggu tak ada FB. Hahaha.

7) Mahu fokus pada kerjaya. Errr ada kaitan ke? Anggaplah ada kaitan. *Sebab orang sekarang kan selamba jek bukak FB kt ofis. Pastu bajet korang laa manusia paling bz kt muka dunia nih. Huh. Bz laa sangat. FB sempat lak ko bukak. Demmmm u!!!*

Tuh jek alasan aku. Takde sebab sangat pun. Saje jek. Tuh jek laa. Huh. ITU AJE!!

Tuesday, December 27, 2011

Berlaga gila

Ada benda x best happened to me today. Mmg shocked habislah. Ada sorg kakak nih dia cakap yang seorang kawan yang aku sgt percaya, yang aku anggap ala2 my bff walaupun beliau adalah seorg lelaki, mengata aku kt belakang. Aku siyesly ckp mmg terperanjat habis. boboy pun x tanjat mcm nih.

Apa perasaan aku masa tuh?? Well. Rasa mcm belakang kena tikam dengan pisau rambo. Siyesly. Sbb org yg di depan ko bermanis mulut, baik, OK etc tp kt belakang ko mngata. bkn takat tuh jek, kwn2 lelaki dia yg lain pun turut mngutuk aku secara besar-besaran. Menurut akak tuh laa.

Sebagai seorang gadis yg sgt naif, sensitif, comel etc, aku menangis lepas aku dapat tau. Sebab aku rasa mcm no point buat baik dgn org dan rasa mcm kt depan ko org bukan main baik, tp belakang ko org mengutuk, mengata dan mengeji.

Sambil nangis aku duk pikir kt manalah silapnya aku. Apa yg aku dah buat sampai mngundang org mengutuk aku secara berjemaah. kwn baik aku lak tuh. Aku ngadu la kt seorg akak lain psl masalah nih. Terus akak tuh call mamat tuh. 

And you know what?? Minah yg bercerita td mereka cerita. Dia boleh twist apa yg mamat nih cakap sampai benda tuh nampak sgt buruk. Dan dia boleh pulak libatkan lelaki2 yg lain yg xde kena mengena dlm kehidupan aku yg low profile.

Mamat tuh sendiri siap dtg jumpa aku explain. Aku mmg sedih sgt laa. Sbb penat pikir aku mmg x jumpa benda yg aku buat org sakit hati. Maklumlah org baik.Cet!

Tak kisahlah. Janji keadaan yang keruh dah dijernihkan within 24 hours. Takde la aku berburuk sangka dengan kawan aku sampai berhari2 at least. Aku xde laa berdendam dgn akak tuh sbb mereka cerita, tapi lepas nih aku akan lebih berhati-hati. Tak sangka ada jugak insan yg nk melaga-lagakan aku dgn kwn.
P/s : Aku mcm x percaya bila akak tuh bercerita pasal kwn aku. Tp bahayanya sebuah fitnah. Boleh meruntuhkan sebuah persahabatan. Dan jangan mudah percaya kata-kata bodoh orang. Percaya terhadap sahabat adalah lebih baik. Paling pelik adalah apabila akak tuh ckp aku menjadi topik perbualan lelaki2 lain. Itu adalah perkara yang sedikit mustahil. Aku x hot kot kt ofis. Hahaha.



Monday, December 19, 2011

Fire Alarm Bangang

Hello hello hello..

Maaflah boss. sy update blog jap masa office hour. alaa kira fair je laa. bkn selalu. sy pon keje everyday smpi mlm w/o OT. huhu.

Knape aku mcm x sabar nk update blog? siap curi sket masa time office hour tuh. padahal aku calon pekerja cemerlang yg baik dan sopan kot. sbbnya, aku x sabar nk share cite yg jd kt aku pg td. hehe.

Begini ceritanya ...

Tgh aku duk khusyuk buat BIA td, tiba2 aku dgr bunyi fire alarm kt level aku. memandangkan aku di level GM and CEO, level aku nih mmg didesign khas utk org2 atasan (aku org bawahan jek). Mksdnya, level aku nih sunyi sepi dan x ramai org spy top management boleh buat keje dgn nyaman dan tenang. department aku pon ada dalam 5 org jek pon. boss ngan collegue aku g meeting, meninggalkan aku keseorangan. So bila dgr bunyi alarm, aku siyesly terkejut beruk. beruk pon x terkejut mcm aku.

So, aku turun tangga smbil bwk phone xtau mana nk tuju sorg2. aku turun level 2 sbb ada ramai kwn kt sana. Bukak jek pintu level 2, aku nmpk ada sorg mamat nih tgh pegang mug duk buat air. Mamat nih aku ckp mmg muka supermodel laa. tinggi bagai. sportsman. aku dgn muka menggelabah dan terkejut takot2 aku ckp ngan dia.

'Errr.. kt level 3 ada dgr fire alarm. aku sorg2 kt atas. aku xtau nk buat ape nih,' kata aku.

Mamat tuh agkt sebelah kening mcm Anuar Zain punya kakak yg mnyebabkn aku rasa pelik dgn sikap kurang prihatin beliau. tp disebabkan aku bijak bestari, aku dgn pantas mcm dpt meneka.

'Errr.. alarm testing ke?' Buat muka comel.

'Ye laa. Kan td ada announcement. ko nih lawak laa,' jawab dia dgn muka xleh blah. Demmmm!!

'Ouh..' Tanpa tunggu lama, aku angkat kaki. Laju aku lari naik tangga sambil dalam hati menyumpah2. Sumpah x dgr announcement. Korg tau td aku lari laju nk mamp*s smpi mcm x pijak tangga. Shoottt!!

P/s : Cuma berharap mamat tuh x cite kt sape2 psl aku menggelabah td. Kalo x hbs laa imej cool yg aku bina sejak 3 tahun lepas. Demmmm lagi.

Thursday, December 8, 2011

L A Z Y

apa yg kita nk post for today ye?? hmm.. xde pape la kot. bye. hahahaha. next time laa.

Monday, August 15, 2011

Stay Up!

Jam skrg pukul 2:50 am. 

Apa aku buat pagi2 mcm nih? Bangun sahur??

Bangun sahur apanya. Aku tido pun bolum lagi. Dari td duk mengadap laptop buat keje. Skrg rasanya aku keje 20 hours sejak tukar dept nih. Huhu. Penat? Kalau x penat, superhuman la sgt kan. Penat mmg penat, but I enjoyed my work. =)

Stress?? Ada la jugak sket2. Tp pandai2 laa naturalkan balik. Apa yang aku buat kalo stress??
~ dengar fav musics
~ baca storybooks
~ mentenet
~ tido
~ minum kafein
~ blogging (tgh buat skrg =P)
~ dan byk lg perkara membuang masa


P/s : Kita harus sentiasa bersyukur dengan sumber rezeki. Alhamdulillah.









Tuesday, July 12, 2011

mUka baYi

Korang rasa bangga tak kalo umur korang dah menjangkau 25 tahun tapi orang cakap korang macam umur 18 tahun?? Kadang-kadang orang cakap 'Baby Face'. Hmmm.. Bagi yang mengenali aku, mesti korang macam konpius dan tertanya-tanya apakah kaitan muka bayi dengan aku yang nak kata muka muda takde la sangat (walaupun cute x ingat.. hakhak).

Sebenarnya ini adalah cerita mengenai seorang lelaki yg berusia 24 tahun tetapi berwajah bayi. Dalam kelas masa training semalam dan hari ini, dia selalu jek jadi mangsa usikan trainer dan rakan-rakan lain. Ada yang cakap dia baby laa, macam 18 tahun laa, comel sangat laa. Agaknya apa perasaan dia?? Aku tak nampak dia macam bangga sebab muka dia menunjukkan ketidakpuashatian (hahaha. wujud ke perkataan nih??). Mesti dia tak suka orang cakap dia baby face. Mesti dia dah selalu sangat dengar mende tuh sampai dia pun dah tahap menyampah. Kesian la plak kat dia tadi. Tapi aku tetap join manusia2 yang mengusik dia tadi. Sebab comel sangat. Huhu.

Tp Ila selamba jek cakap *****, salah seorang kawan kami yang attend training father face. =P

OK. Yang tuh aku tak masuk campur. Huhu.

Errrkkk.. (credit to Google)

Sunday, June 19, 2011

Trivia Kuching 2011

Aku da malas nk cakap, "Waaaa.. Dah lama x update blog!! So lame~"

Sekarang nk ckp, "Mari Cik Nurul kita update blog!!"

Bln 5 lepas saya dan girls melawat Kuching yg tiketnya dah di beli sejak tahun lepas lg. *Promotion AirAsia. Berbaloi2*

Trivia Mari Melawat Kuching 2011:

Pelawat : Aku, Aini, Nadd, Yana, Yani, Amy & Farah

1) Awal pagi sebelum berlepas. Hampir terlepas flight. Sudahnya kitorg mcm shooting Amazing Race Asia di KLIA. Berjaya menarik minat semua yg berada di KLIA pagi tersebut. Berlari laju sambil bwk backpack. Ok. Sgt cool. Boleh laa ckp cool sbb x terlepas flight. Heh.

2) Sbb xnak terlepas flight punye pasal, pagi tuh ayah farah bwk kete super laju. dah macam F1. Aku ngan Aini yg duk belakang hanya mampu diam dan berdoa. Neway, thanx ayah farah!! Sbb berusaha supaya kami tak ketinggalan flight.

3) Sampai jek kt Kuching Airport, sibuk cari bfast. Sudahnya, bfast di Old Town jek. Mcm laa kt Kuching jek ade Old Town kan.

4) Merancang travelling secara backpackers. Konon nk adventure. Sekali bru jalan 3 langkah, semua dah mengah. Sudahnya, sewa jek Exora. Dr awal sampai balik sewa kereta. Dah x kisah bp sewa Exora tuh. Janji selesa dan x pnat. Nadd driver paling berjaya. Dia ibarat ibu kitorang. Kami namakan travel kali nih travel secara mewah dan travel org2 kaya. hahaha.

5) Satu bilik hotel kitorg share 7 org. Penah dibuat orang x?? Tp ape kitorg kisah. Bru laa rase semua dekat di hati. Lagipun, bukan byk spend masa kt bilik pon. Kuar awal pg, balik lewat malam. Tido berhimpit sampai aircond pun dah x terasa. Okeh. Kitorg sgt klaka.

6) Pakcik bot yg kt waterfront tuh mcm kencing kitorg laa. Ade ke just round sungai siket die kenakan charge RM40++. Kitorg mcm x byk bunyi sbb malas nk layan. Byr jek. Kalo bising kang, t ade lak yg cedera parah.

7) Makan secara mewah. Kitorg keluar pg bfast sedap2. Jalan2 x igt sampai x lunch. Tp dinner mesti gempak. Konon sbb cover lunch skali. Tiap2 hari mcm tuh. Mkn seafood mmg best sgt2. Ade siput buluh, ketam, sotong, kerang (eh ade ke?? lupa~), umai yg sedap etc. Skali mkn beratus2. Tp x kisah. Mmg travel kali nih puas hati bab makan.

8) Yana nk mkn ulat sagu tp x jumpa. Kalo jumpa pun, aku nak makan ke?? Hmmm. kena pk 100x dulu. Hehe~

9) Sesat kat Pasar Satok. Siyesly x paham kenapa leh sesat. Kitorg mcm pusing2 kt tmpt sama byk kali. Perasaan masa tuh mmg mcm kitorg dipermainkan oleh sesuatu. Siyesly. Sbb kalo aku sesat sorg2 aku mmg x pelik. Aku mmg ade prob ngan direction. Tp aku sesat ngan nadd n aini yg aku mmg akui sgt hebat bab2 direction. Igt akan pusing2 kt pasar tuh sampai pg. Tp lepas mcm da doa2 sikit, finally jumpa. Macam nak nangis jek. Heee~

10) Terserempak ngan babi hutan kt Taman Negara Bako. Allah jek yg tau betapa cuaknya kitorg time tuh. Mmg suspen giler masa nk ngelak babi tuh. Huhu. Masing-masing mcm, "Jgn lari. Nanti dia kejar. Jalan cepat2 jek. Jangan pandang belakang." Suspen2. Tp Nadd mcm cool giler jd penyelamat kitorg.

11) Kitorg byk hbskan masa kt STAGE, the Spring beli alat2 make up. Ok. Klaka. Siap amik gmbr ala2 model photoshoot. Sampai ade manusia yg tertipu. Diorg igt btol2 model tgh shooting. Hahahaha.

12) Overall rating of travelling : 5 out of 5 stars. Really exciting and amazing. 

13) Next year lak travel sama2. Plan xde lagi. Weehuuuu~~

Nih gambar2. X byk. Malas nk letak caption. Tgk je la. Kt sini jek pon leh tgk. Sbb aku jenis yg x suka upload gmbr kt FB (Ada mamat penah maki aku sbb x letak gmbr kt FB. Ko apehal?? Aku knal ko pon x. Heh~)