Saturday, January 14, 2012

tanjat boboi

Ini kisah yang sangat gay. Eh bukan. Ini kisah yang sangat entah apa-apa. Kisahnya berbunyi begini. Saya telah ke Kolumpo (KL) pada hari selasa lepas disebabkan ada mesyuarat yang tak berapa penting di KLCC. Mesyuarat tersebut bermula pada jam 3 petang dan dijadualkan berakhir pada jam 5 petang. Tetapi,memandangkan jadual mesyuarat mengikut janji Malaysia tidak boleh dipercayai, maka saya telah menghabiskan waktu malam saya di Hotel Mandarin Oriental kerana takut tidak sempat mengejar penerbangan pulang ke Kerteh.

Penerbangan pulang ke Kerteh keesokannya dijadualkan pada jam 6:30 pagi. Ini bermakna saya harus berada di Subang Airport seawal jam 5:30 pagi. Ini juga bermakna saya harus menaiki teksi lebih kurang jam 4:30 pagi dari MO ke Subang. Dan ini juga bermakna, saya harus bangun seawal jam 3:30 pagi! (Memandangkan saya seorang gadis yg lembab bersiap)

Maka,tepat jam 3:30 pagi tadi, saya bangun dengan tertib dan bersiap dengan malas. Sedar-sedar saya sudah berada di Subang Airport pada jam 4:50 pagi. Sungguh pantas masa berlalu. Disebabkan masih terlalu awal, maka saya pun mengambil kesempatan tersebut untuk melelapkan mata. Tidur-tidur ayam. Kerap saya terjaga melihat jam. Tapi, masa seolah-olah begitu lambat gerakannya. Saya lelap lagi. Sehinggalah ...

Saya dikejutkan oleh suara seorang wanita.

Makcik security aiport (MSA): 'Dik, ko nak g mana?'

Saya tersentak. Disebabkan terkejut atau mamai secara jujurnya, saya terdiam seketika dan cuba mencari jawapan yang sepatutnya.

Saya gadis sopan (SGS): 'Errr nak g Subang'

MSA tersebut sedikit terkejut. SGS apatah lagi. Terkejut dengan jawapan bijak sendiri. Apa kejadahnya Subang. Dah SGS memang dah kat Subang.

SGS : 'Errr Kuala Terengganu!' (Kuala Terengganu pulak jawapannya. Kenapa tak dijawab saja Kerteh. Entah aku tak tahu. Jangan ditanya kenapa. Mamai!)

MSA : 'Ko nak g Kerteh kan? Eh baik ko g check in sekarang. T kang ko tido lagi, terlepas flight ko'

Mulianya hati MSA sebab sudi kejutkan saya. Nasib baik terperanjat sikit saja. Ya betul, sikit saja terperanjatnya. Sampai jawab pun dah tak betul.

P/S : Chinese di kerusi sebelah senyum-senyum. Eh apahal? Tak pernah tengok orang comel mamai ke?

0 comments: