Tuesday, January 3, 2012

Trivia Bali Nov 2011

Pada hujung bulan Nov 2011, terdapat 6 orang kanak-kanak normal dan seorang kanak-kanak unik telah merantau membawa diri pergi ke Bali dengan niat yang bukan satu. Mahu menenangkan fikiran di samping menghabiskan uang, mencari jodoh, mempelajari budaya orang, melarikan diri dari kerja dan boss serta mahu mencuba urutan Bali (?? = Nightmare.. Hahaha)

Kitorang pergi ke Bali selama 4 hari 3 malam. Banyak juga la tempat yang sempat kami jelajah. Kalau rajin, nanti I share gambar-gambarnya okeh.

Sedikit ringkasan perjalanan :

Kanak-kanak Normal : Nurul, Aini, Nadz, Wawa, Yana, Sepul & Ansar
Kanak-kanak Unik : Farouk (Memang dia sendiri mengaku dia unik sejak dari kecil. Bukan rekaan aku semata-mata. Kalau nak tahu sebab apa dia unik, kena tanya dia sendiri la kot. Hihi)
 
#1 : Tiket flight pergi balik hanya RM 140++ sebab kitorang beli masa AirAsia buat promo. Tapi ni tak termasuk luggage (share jek) dengan tax kat airport Denpasar. Aku pun da lupa berapa harga tax. Tapi yang penting takde la mahal sangat. Lebih kurang RM 50++ kalau tak silap.

#2 : Bali tempat yang sesuai untuk surfing. Farouk, disebabkan beliau kanak-kanak unik memang dari KL lg terkinja-kinja nak try surfing. Tapi malangnya tiada seorang pun yang teringin nak surf ngan dia. Jadi, disebabkan kesian dan keinginan mencuba sesuatu yang baru, aku pun angkat tangan la sudi temankan dia surfing. Tapi, last minute dia cancel di saat aku excited nak mencuba sebab alasan dia tak reti swim. Tapi, part paling takleh blah, dia cakap, "Pak, tak jadi surfing. Nurul kata dia taknak try sebab dia tak reti swim". Speechless. Aku plak yang kena. Heh~

#3 : Dapat try teh botol. Memang ada kat Indon je kot. Aku memang suka minum teh botol ni. Rasa dia macam pahit sikit. Kawan-kawan lain memang macam tak gemar sangat. Yang macam suka minum ni cuma aku, wawa ngan nadz.

#4 : Tour guide a.k.a supir kitorang namanya Pak Nur. Dia ni OK. Tapi problem bila kita tanya pasal masa. Kejap bagi dia belum tentu kejap. Kalau dia cakap lagi 15 minit, maksudnya ko kena darab 4. Ertinya, kalau dia cakap lagi 15 minit, ko kena expect ko akan sampai lagi 1 jam, bukan 15 minit seperti yang diperkatakan.

#5 : 7 orang bersiar-siar naik Suzuki APV. Siyesly aku cakap, superb sardin. Lagi-lagi kitorang gadis-gadis ni memang kena duduk berhimpit. Sesaknya dalam APV tu Tuhan je yang tahu.

#6 : Kat Indon ada banyak Nescafe yang tiada di Malaysia. Wahhh aku yang memang hantu Nescafe ni memang gembira tak terkata la kan. Tapi, rasa dia macam ada kurenggg sikit la. Tak tau kat mana. Tapi aku memang try semua perasaan la.

#7 : First time aku try banana boat adalah di Bali. Pftttt. Macam la kat Malaysia tak ada banana boat kan. Huh~

#8 : First time body massage pun kat Bali. Kat Malaysia punya la aku takut nak urut-urut ni, boleh pulak aku try kat Bali. Apa perasaan? No comment. Hanya aku, wawa, aini dan nadz yang tahu. Yang lain pun mungkin tahu, tapi lantak la diorang. Anggap la diorang tak tahu. Huhu.

#9 : First time jejak kaki ke Hard Rock Cafe tengok live band. Sungguh tak sopan rasa diri pada malam tersebut sebab jejak kaki kat situ. Huhu. Sungguh tak biasa. Lepak bertiga dengan Wawa ngan Nadz jek. Kul 1:30 pagi kitorang gerak balik bilik. Scary.

#10 : Kecak dance. Tarian femes kat Bali yang ada jalan cerita dan sejarah tersendiri. Malas nak cerita panjang. Korang gugel la kalau rajin. Tak guna alatan muzik. Guna mulut sendiri je keluarkan bunyi, 'Cak cak cak'. Ada seorang penari macam muka Khairul Fahmi Apek. Ngahaha. Siyes tak tipu.

 
Tuh je la. Nanti kalau rajin i upload gmbr secara berperingkat. Kalau rajin la. Huhu.

3 comments:

AnnazuR said...

wow sronoknye! btw, nescafe indon ape yg xde ke Msia?

y.u.e said...

ade nescafe kotak. ada 3 perisa sumenya tp da lupa rasa apa. mmg xpenah nmpk kt malaysia.

Cik Gigi Besi said...

aku gelak baca blog hang ni