Thursday, January 5, 2012

Salah kereta. Lagi?

Satu pagi yang pening, bangun lambat ditambah kerja banyak. Lepas bersiap, berjalan terus tetapi secara ayu ke kereta swift warna putih tapi bila try nak bukak kunci tak lepas.

Apehal?

Bila pandang kereta tu betul-betul baru perasan tu kereta jiran sebelah. Kereta sendiri ada kat sebelah sana. Tersergam indah. Pandang kiri kanan atas bawah check ada orang ke tak. Bila dah konfem takde orang, cepat-cepat pergi ke kereta sendiri.

Ouh malu~~

Kalau ada orang nampak masa tu, aku akan :

1. Buat-buat macam betulkan tudung guna cermin kereta tu sambil letak lipstik spastik.
2. Konon cubaan mencalarkan kereta jiran sebelah sebab geram beli kereta yang sama.
3. Buat-buat joging setempat.
4. Berlakon kononnya tengah edar flyer.
5. Buat-buat buta huruf tak reti baca plat no.

2 comments:

aggeshi said...

nak gelak boleh? ROFLMFAO

y.u.e said...

sila2. aku pun gelakkn diri sendiri kot that time. huuu~