Friday, December 30, 2011

sms

Dulu, kalau SMS yg aku hantar tak berbalas, harus aku maki hamun geram. Tapi, apabila usia sudah menjangkau suku abad, reply SMS pun aku dah malas. Tak tahu kenapa. Rasa mual. Nak muntah ngan SMS.

Berikut merupakan 2 kisah apabila aku tidak membalas SMS :

#1

Telefon berbunyi. Nama LINDA tertera di skrin iPhone. Aku excited lalu dengan lafaz Bismillah, aku angkat.

'Hi Nyah. Saja jek aku call nih. Jari ko OK?? Tak patah kan?? Aku tanya ni bukannya apa. Ye la. Dah 3 kali aku hantar SMS. Satu pun takde ko reply. Risau la jugak takut-takut jari ko patah.'

..Erk...

#2

Sejurus selepas pulang dari pejabat, telefon berbunyi. Zura (bukan nama sebenar) yang menelefon. Ku angkat.

'Assalamualaikum babe. I call ni bukannya apa. Saja je la nak check. Err ni memang no. handphone u kan?? Bukan apa. I SMS u tak reply. Ingatkan ni bukan no. u.' 

..Erk lagi. Baik punya perli kawan-kawan aku.

P/s : Tak baik ok tak reply SMS orang. Lain kali reply. =P

0 comments: