Monday, October 25, 2010

lagenda seorang sprinter

Dihikayatkan dan telah tersurat, muncul seorang jaguh lari-larian di negara Pigidah yang aman makmur dan bahagia sentosa. Setelah sekian lama negara Pigidah tidak menghantar wakil untuk lari pecut 50 km dalam Sukan Tahunan Yiba-yiba, seantero dunia dikejutkan dengan jaguh negara Pigidah tersebut yang telah berjaya memecahkan rekod Usain Kilat, iaitu 13.56 saat. Bukan calang-calang orang yang mampu melakukannya. Hebat! Memang hebat!

Jaguh tersebut telah menerima gelaran 'Si Pelari Laju Tak Ingat Tidak Toleh Belakang' yang telah dianugerahkan oleh puncak pimpinan tertinggi negara Pigidah yang bernama SeriTakBerseri. Panjang sungguh nama gelaran beliau walhal nama sebenar hanyalah Ahmad C. Kalau di Malaysia, seumpama menerima gelaran Datuk.

Dahulunya, Ahmad C bukanlah pelari paling laju di dunia. Ahmad C gemuk. Hitam. Hodoh. Walaupun tiada kaitan dengan lari-larian, ingin saya ceritakan ciri-ciri Ahmad C ini untuk memudahkan pemahaman cerita. Dengan ciri-ciri tersebut, agak susah untuk seseorang berlari dengan perut yang buncit. Namun, Ahmad C telah membuktikan segala-galanya adalah silap.
Bagaimana beliau merealisasikannya? Nantikan sambungannya~~

Sunday, October 24, 2010

mari belajar bahasa jepun

okeh2~~

hari ini i nak ajar korg2 bahasa jepun.. bahasa jepun lam bahasa jepun adalah nihongo.. hihi

kita blaja yg senang2 dulu laa..

kita blaja cara2 nak perkenalkan diri..
step sangat mudah..

sila ikut..

hajime mashite. (selamat berkenalan)
watashino namae wa  _______ des. (nama saya adalah ___________).
douzou yoroshiku. (nice to meet you).

senang kan?? kan??
hafal laa sampai igt.. t kalau jumpe pakwe jepun ke, makwe jepun ke leh knal2..
blaja yg itu je la dulu kan.

haaa.. kalau korang bengang2 ke, leh mengeluarkan kata2 kesat mcm nih.. BAKA YAROU!! mksdnya idiot (kat jepun nih mmg glemer kata2 kurang ajar mcm nih. sila la jgn buat..)~~
[tiba2 ajar yang x bagus.. hahahaha]

Friday, October 22, 2010

bukan kubenci, cuma kurang gemar..

saya tidak gemar ...

1) Orang sibuk-sibuk hal saya sedangkan saya tidak pernah sekalipun menyibuk hal dia.

2) Orang berkata kasar pada saya sedangkan saya ketika itu cuba bercakap sebaik, sesopan dan selembut mungkin.

3) Orang yang tidak pandai membuat keputusan dengan baik dan ragu-ragu untuk berjanji dan memberi komitmen. Kalau nak, sila cakap nak. Kalau taknak, silalah cakap taknak. Bukan mati pun.

4) Orang yang bergurau kasar sehingga mengguris perasaan sedangkan beliau ingat itu adalah suatu gurauan yang sangat mengguraukan. Maksud saya, bajet kelakar habis.

5) Bercakap sesuatu yang lucah dan tidak perlu. Terutama lelaki. Ouh biasanya memang lelaki suka cakap cenggini. Kawan-kawan perempuan mungkin setahun sekali. Itu pun kalau ada. Biasa bercerita mengenai cinta, kasut dan handbag.

6) Menilai perbuatan orang lain. Sebab apa yang dilakukan oleh orang lain itu tidak perlu dinilai. Nilai apa yang dilakukan oleh diri sendiri sudah.

Wednesday, October 20, 2010

kapal selam

aku smpi jek airport subang, aku cari itu tmpt makan. huhu. mcm biasa, aku order lg laksa di airport. entah pape aku nih. takde variety langsung. laksa, laksa, laksa!!

tgh2 layan laksa, aku nampak itu pelakon Sharifah Sofea. beliau mkn di kedai yg sama. mula2 x perasan itu dia. cantik. boleh tahan. tp chubby. n xde org mintak autograf dia. muahaha. aku? aku x pandang pun dia. dia? dia pandang aku sbb aku x pandang dia. xpuas hati laa tuh. 

*****
lam taxi ke traders,

pkck taxi : td kapal dr mana?
aku : kapal?? (dgn nada terkejut).. ouh.. dari kerteh.
[seb bek faham kapal yg dimaksudkan tuh adalah kapal terbang. tiba2 terbayang cruise dan kapten kapal yg hensem]

Monday, October 18, 2010

kami panggil beliau 'daddy long leg'

kuku-kuku yang panjang dipotong rapi oleh seorang insan yang bergelar ayah. okeh. beliau yang bergelar ayah itu bukan ayah kamu. bukan ayah kamu yang baca blog nih sambil korek hidung juga. tapi beliau adalah ayah beta. eh silap! ayah aku. dan kuku-kuku yang panjang bersih itu adalah kuku-kuku aku.

sila bayangkan aku sebagai seorang kanak-kanak riang yang berusia 4-5 tahun. time usia tuh mana ada mak ayah kasi anak comel potong kuku sendiri2. haruslah ayah yang potongkan. aku biarkan aje ayahku potong kuku. aku percaya pada beliau. rasa secure. kalau mak aku, aku x jamin. sebab mak pernah gunting rambut tapi tersilap gunting telinga. nasib baik kena sikit jek, tak putus. sejak tuh, rambut aku dan adik2 tak pernah kasi mak potong. ayah ambik peranan. mak pun bersetuju. mungkin dia pun fobia. fobia lagi aku. [tapi tetap sayang mak tak berbelah bagi]

time ayah potong kuku, tiba-tiba tanpa disengajakan [sebab aku tak rasa ayah aku ada menyimpan dendam], beliau terpotong jugak jari. bukan potong sampai putus. kena sikit jek. tapi berdarah. dan tak ada lah darah banyak pun. tapi disebabkan aku ketika itu adalah kanak-kanak, maka aku mengambil peluang itu utk menangis, meraung, bertempik sambil guling-guling konon tahan sakit. ayah aku gabra. muka pucat.

beliau berusaha memujuk. lalu diangkat aku ke atas bahunya. wahhh!! tiba-tiba rasa tinggi. nih seronok nih. aku terdiam. beliau bawak aku jalan-jalan di dalam rumah. cuba untuk mengambil hati. tiba-tiba...
*****
makin kuat aku meraung. terhantuk frame pintu kot. sakit. lagi sakit dari terpotong tadi. agaknya beliau tak ingat aku kat atas bahu. gelabah beliau meningkat. apalah nasib~~

kisah pencuri laici yang licik

aku order ABC. shima (nama sebenar) pun order ABC. tp si zura (bkn nama sebenar) buat2 mcm unik dan pelik. dia order air kelapa. bajet best dan lain dari yg lain.

kami bercerita dengan meriah. pong pang pong pang. pok pek pok pek. siap ngan tangan terangkat. tak tahu cerita pasal apa.

sambil bercerita, aku menikmati ABC yang sangat sedap dan menyamankan tekak di kala panas terik. jam menunjukkan 12:30pm. di saat dan ketika itu, aku perasan kehadiran sebiji buah laici tin dalam ABC aku. tapi aku tak makan. aku biarkan jek dulu.

tiba-tiba si zura nak merasa ABC. aku handover ABC aku padanya. dia pun makan. makan. dan makan lagi. dalam hati macam, 'wah. ini dah lebih'. aku berdehem. dia perasan. tersipu-sipu malu sambil menyerahkan ABCku. shima hanya memandang sambil menggeleng-gelengkan kepala.

ABC bertukar tangan. entah mengapa naluri hati mengatakan laiciku yang tunggal telah dicuri. aku kacau-kacau itu ABC. memang sah! laici yang satu itu telah tiada.

dengan wajah bersahaja aku berkata, 'babe, u ambik laici i eh?'

Zura hampir tersedak.

*****
Di waktu tengahari yang lain. Zura order teh o laici ais. ada 3 biji laici semuanya. beliau offer satu laici. bajet nak ganti laici yang tunggal. tapi, manakan sama. aku tolak tawaran beliau dengan hanya mengangkat kening.


Thursday, October 14, 2010

jangan biarkan diriku membeli

9 Oct 2010 merupakan hari bahagia Farah Aliah, di mana beliau telah selamat bergelar tunang kpd Halim, tunangnya. hihi. selaku sahabat karib, aku, aini dan fiza telah berjaya menghadirkan diri ke majlis tersebut.

kami bertolak dr PJ pukul 10:00am walaupun pada awalnya berjanji utk bertolak jam 9:00am (kes bangun lewat). berkat pemanduan berhemah fiza, kami selamat sampai di kajang sebelum pihak penunang lelaki sampai. fuhhh~

majlis berlangsung dgn begitu meriah. di majlis tersebut, kami telah cuba utk mengayukan diri kami memandangkan terdapat ramai potential ibu mertua dan potential husband juga. kelihatan makcik2 menunjukkan minat yang mendalam terhadap kami. dan lelaki2 itu juga. tp kami jual mahal. buat2 sombong.

setelah selesai majlis, kami bergegas pulang ke PJ kerana kami mahu mencukupkan waktu tidur kami yg kurang akibat menonton Sammy's Adventures yg ntah pape pd lewat mlm td. 

otw, kami singgah seketika di TESCO saujana impian.

fiza melangkah laju ke dlm TESCO. memandangkan aku dan aini tidak berhajat membeli-belah, kami hanya berlegar2 mencuci mata. sambil kaki melangkah, aku berkata,

'Aini, tahan aku. jgn kasi aku beli pape. aku xnak beli brg lgsg' (memandangkan aku selalu membeli barang bukan keperluan)

Aini membalas simple.. OK!!

kami berjalan2 dgn hati yg riang. tiba2 hatiku tertarik utk singgah di Lazo Diamonds. saje la nak cuci mata. walaupun sgt menggemari white gold, tp aku menahan diri dr membeli-belah walaupun hati terasa pedih. kemudian, aku mendapati aini telah berkenan sama itu satu bracelet. berkali2 beliau mencuba. dan terus mencuba. kebetulan ada promotion. terus beliau beli.

memandangkan aku mempunyai nafsu membeli-belah yg tinggi, dan selalunya brg yg disukai dan dibeli oleh aini, akan dibeli olehku juga, aku berlalu dgn pantas dan mengusyar kedai2 yg lain. aku melangkah ke dalam kedai jam. meneruskan perjuangan mencuci mata.

*****

aku, aini dan fiza berlalu dr TESCO saujana impian dgn bracelet di tangan kiri aini dan jam ELLE STUDIO di tangan kiriku.