Saturday, February 19, 2011

S a k i t R u m a h

Tahukah anda, di Malaysia, terdapat 9 daripada 10 orang pelajar-pelajar Tingkatan Satu yang bersekolah di sekolah berasrama mengalami masalah sakit rumah? Tahukah anda bahawa daripada 9 orang pelajar tersebut, saya merupakan salah seorang daripadanya?


[Sila abaikan fakta di atas. Hanya rekaan semata-mata]

Tapi, statement/fakta kedua adalah benar. Dahulu, di tahun 1999, ketika mula-mula saya menjejakkan kaki ke Sek Men Sains Sultan Mahmud (SESMA), yang jaraknya hanyalah sekangkang beruang dari rumah saya, setiap saat saya akan menangisi nasib diri yang terbuang daripada family, terpaksa bermastautin di Aspuri yang ketika itu bagi saya langsung tidak menyeronokkan.
Airmata saya ketika itu dipercayai mampu memenuhkan kolah di tandas umum Aspuri sekiranya ditadah semenjak saat saya menjejakkan kaki ke SESMA hinggalah saat sebelum saya mampu menyesuaikan diri di sekolah tersebut.

Setiap senior yang bertembung dengan saya di sekolah mahupun di asrama, tidak lari dari soalan saya yang berbunyi, "Senang ke nak keluar dari sekolah ini??" Dan jawapan mereka hampir sama, yang membawa maksud, 'KALO KO NAK KUAR DARI SEKOLAH NIH SANGATLAH SENANG. TAPI KO INGAT SENANG KE NAK MASUK SBP NIH??' dan jawapan itu langsung tidak mematahkan semangat juang saya untuk BLAH dari SESMA.

Ibu bapa saya di waktu kegelapan ini tidak senang duduk mengenangkan saya yang selalu menelefon ke rumah sambil menangis secara sadis dan ngeri, tidak kira di waktu petang, malam mahupun subuh. Namun, agaknya berkat doa mereka, saya mampu menyesuaikan diri belajar dan bermain di bumi bertuah itu. SESMA menjadi tempat yang unggul di hati saya. Saya bersyukur kerana mampu bertahan dan tidak mengikut darah manja saya ketika di peringkat awal kemasukan ke asrama.

*****
Memandangkan rumah saya sangat dekat dengan sekolah, tiap-tiap minggu, ibu bapa saya datang melawat tanpa gagal dari saya di Tingkatan Satu hingga saya di Tingkatan Lima. Muahaha~

0 comments: