Wednesday, February 16, 2011

210 dan bateri baru

Balik ofis jam 6 ptg sambil menyanyi lagu impossible nyanyian Shontelle (betul ke eja nama minah nih?? ahh lantak la) secara lantang dan bersahaja. Masuk kereta dengan hati yg riang-ria mcm2 kanak2 ribena. Tp semuanya bertukar menjadi duka-lara bila x berjaya start enjin kete. SHOCK!!

Aku cuba lagi. Dan lagi. Dan lagi. Lapan lagi. TIDAK BERJAYA. Hati tak keruan. Aku kol Mr. Leeb mintak bantuan. Tp malangnya beliau sudah keluar opis. Tp sempat beliau memberi tips utk kejayaan bersama. Tips itu adalah hubungi sesape yg de jumper dan tau jumpkn kete. Wahhh. melompat la kete aku kali nih. Ouh TX~~

Aku terus kol P.chad memandangkan kete beliau masih lagi tersergam indah di parking. Kol sekali x dapat. Aku x berputus asa. Aku kol lagi. Dan lagi. Dan lagi. Lapan lagi. Tp hampeh. Aku buntu. Aku kol Hanis. Berjaya. Tp shahrin yg angkat. Tp ada aku kisah. Janji ada penyelamat. Terus aku mcm, "Shahrinnnnn, kereta aku....."
5 minit menunggu, mereka semua dtg dgn bergaya ala2 power rangers 3 bersaudara. Hati yg berduka-lara sedikit riang. Mereka check TX ala2 doktor mau operate pesakit yg menghidap kencing manis. Akhirnya mereka bersependapat bahawa bateri TX kong. aishhhh~

Terus p.chad jumpkn itu bateri kete. Skali try jek terus hidup. Diorg mcm, "Haaaaa.." Ouh bateri TX weak. Padahal baru setahun guna. Uwaaaa.. Perasaan sgt down dan tidak keruan.

Dengan bantuan Syima, aku drive tanpa hala tuju ke arah Paka mencari kedai yg menawarkan bateri kete dengan harga yg berpatutan. Akhirnya ketemu. Bateri baru di pakaikan ke TX. Bermakna duit RM 210 melayang. 

Hati turut melayang~~

*****
Thanx to them : Shima, shahrin, p.chad, hanis, amir farid & faiz

0 comments: