Friday, September 3, 2010

:: sharil salah beli camera ::

hekhek..

kisah nih da lame berlaku ekceli.. tp bru skunk mcm berkesempatan mau berstori-mori..
alkisahnya begini..

pd satu hari sabtu yg hening (around Feb dis year), aku & faiz (ofismate) plan utk survey hotel as a venue utk SPM Motivation Camp 2010 (satu prog amal yg kompeni aku jalankn utk memotivate kanak2 pelajar SPM).. so, dlm kul 10 gitu, kitorg gerak ke Cherating (sbb dekat ngn area Kerteh).. 1st skali kitorg g Suria Cherating Beach Resort.. smpi sane amik gmbr, survey2 sume (kami dilayan ngn begitu mesra skali.. i like!!), manager resort tuh pon offer lunch kt cafe diorg.. so, kitorg yg mmg suke mkn free (tp kami berpura2 mcm shy2 cat), trus memilih menu yg seswai utk perut ketika itu..

tgh duk best melantak smbil layan sorg sales exec kt situ berceloteh, tibe2 dtg member baik lg sengal kitorg i.i Sharil.. ntah dr mane mamat nih dtg, tibe2 da tercongok kt suria cherating.. pastuh kitorg pon berkata..

Aku & Faiz > aril, order la pape yg patut..
Sharil > xpe laa.. aku order air jek.. [ekceli die xtau dapat mkn free.. die ckp kalo die tau, die order byk2..=P]

hmm.. kitorg pon buat bodoh jek laa.. air pon air je laa.. perut die bukan perut kitorg kn?? hehehe~

selepas jln2 tgk bilik, compound sume, kitorg mcm berpuas hati ngn harga dn jnji2 manis yg ditawarkan.. pastuh tibe2 mcm malas nk g survey tmpt len.. huhu.. terus kitorg decide nk resort tuh.. wahhh pantas ok..

lepas da settle sume.. tibe2 dpt idea giler.. dr cherating trus kitorg ke kuantan.. kete sharil tggl situ, pegi ngn kete aku jek..lgpon, kebetulan no aku kne bar.. so nk cari maxis byr hutang.. huhu.. sharil lak dan2 jek ckp nk beli camera..

so kitorg trus ke east coast mall kuantan.. sementara aku g cari maxis centre, si sharil ngn faiz g SONY usyar camera.. bile aku da settle n g sane, sharil mcm da decide nk beli model mne.. lgpon time tuh de chinese new year sale.. mcm dpt byk gler discount..

di bwh adalah perbualan kami..

aku > ko nk yg nih ke??
sharil > yg nih laa.. murah jek.. kalo hari biase nih almost 700 harga die.. tp sbb chinese new year, harga die 400 jek..
faiz > murah nih.. bp megapixel?? 
[perbualan seterusnya adalah perdebatan mengenai buruk baik mp besar atau kecil.. malas nk layan diorg berdebat]
aku > nk kaler ape nih??
sharil > silver laa.. hitam common sgt..
aku > setuju!! kaler siler nih nmpk mcm cam nih cam mahal.. so beli silver laa..
[pastuh kitorg berhujah psl kaler itam x cantik, memuji2 kaler silver yg superb]

then, sharil settlekan pasal payment.. aku x layan sgt.. die sibuk berckp2 ngn tuan kedai.. faiz lak duk usyar gadgets len yg de lam kedai SONY tuh.. aku lak keluar jap tp da lupe g mne]

dlm 10 minutes kemudian, aku masuk balik kedai tuh.. tgk2 time tuh sharil da settlekn payment sume.. kelihatan die duk belek2 cam yg bru die beli..

aku > da byr da??
sharil > da.. 

pastuh aku mcm kepelikan melihat cam tuh..

aku > eh sharil.. knape kaler itam?? bkn td nak kaler silver ke??
sharil > (muka terkejut).. ehhh.. aah laa.. knape beli kaler itam nih.. 
aku > brader, leh x kalo die nk tukar kaler silver.. die xnk kaler itam..
brader jage kedai > aiyaaa.. sudah tableh maa.. sy suda key in itu kaler itam dlm system.. tableh tukar suda..
aku > adoiiii..
sharil > ehh xpe laa.. aku suke jek kaler itam nih.. smart.. (wahhh3.. dan2 ek sharil suke kaler itam.. td berbuih mulut kutuk2 kaler itam, puji2 kaler silver)
aku > sengal.. aku nk cite kt faiz ko salah beli cam kaler itam..

ngn tergopoh-gapah aku ke arah faiz dan bercerita dr a - z.. wahhhh.. ape lg.. kitorg bantai gelakkan sharil.. giler klaka ok mamat tuh.. nk sedapkn hati sendiri trus jek ckp suke kaler itam~~

kuar jek dr east coast mall, kitog g pantai teluk cempedak utk mkn cempedak.. eh bukan2.. utk amik gmbr.. sje la kn nk testing cam itam bru sharil.. kualiti gmbr mmg superb laa.. nak2 aku nih pandai amik gmbr.. lg laa kan.. pastuh aku kn fotogedik.. bergaya sakan la time tuh..
huhu.. sharil mmg klaka!! 


nih faiz ngn sharil..


my handwriting.. =)


3 of us

p/s: lepas tuh sharil da transfer kl.. so da lame x jmpe die.. TT.TT

Thursday, September 2, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 
p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Wednesday, September 1, 2010

:: sleeping beauty and the beast ::

huarggghhh.. tgk jam da kul 2:19am.. tp knape aku masih berjage?? knape?? ok sume.. jwpnY mudah saje.. sbb.. aku XLEH TIDO!! 

sbb ape?? adekah sbb putus cinta?? salah2.. aku xpenah bercinta ok.. adekah sbb aku lapar?? salah2.. sbb aku bru jek melantak megi ngn air ribena td.. adekah sbb aku x basuh kaki?? salah2.. sbb da 14juta kali aku g toilet mlm nih.. apekah sbbY?? hmmm.. sbb.. sbb.. aku pon xtau sbb ape.. waaaa.. sume org pon da tdo.. 

NAK TIDO!! NAK TIDO!!

BestY kalo dpt tido n mimpi g pulau2 yg cantik dan indah.. bestnyeee~~

..bestY kalo dpt tido mcm die nih..


..utk mengelakkan masalah tidak dapat tido seperti sy, anda haruslah.. heh~


tp skunk, sy adalah seperti ini.. tidak dapat tido!!



ESOK KONFEM PENING + CIUM MEJA TIME KT OFIS!!

Tuesday, August 31, 2010

:: i'm in love with lee hom ::

mlm td aku, aini ngn nadz g tgk love in disguise kt ioi mall puchong.. gler best cite die.. psl DMH, artis top yg mnyamar jd student dr kmpg pedalaman (name kmpg tuh kmpg paku.. gler cute) sbb nk tackle sorg dak pompuan kolej tuh yg belajar muzik klasik..

tp as usual, tipikal cite mcm nih.. hero haruslah kacak x terkata, tp heroin hudus, skematik dan naive.. skunk nih kite ketepikan soal heroin nih.. kirenye lee hom yg kacak dan sgt pandai berlakon telah berjaya membuatkan aku tgkp cintan (hehe).. giler cool ok die lam cite tuh..

nih poster cite tuh..

dan ini lee hom yg berjaya mencuri hati sy (giler kacak)..


p/s : aini & nadz, DMH a.k.a Lee Hom is mine ok!!

31 ogOs - balik kerteh!!

setelah mnghabiskan mase selama 5 days di HOTEL AINI & NADZ dgn pakej yg sgt berpatutan (tp pakej bersahur mcm perlukan improvement.. =P), skunk menunggu mase utk pulang ke teratak sewa di kerteh.. mcm rndu ngn flat bujang rantau laut dan x lupe my baby (bkn pkwe ok tp my putih berdebu car.. waaa mcm nk nangis sbb rndu)..

esok keje.. hr khamis pon keje.. tp mcm x kisah sgt sbb 2 hari jek keje dis week.. then hari khamis ptg (after ofis hour) trus shoot KT balik umah.. HOME SWEET HOME~~

nih pon tgh tggu kul 5ptg sbb jnji ngn syaima nk jumpe kt stsn komuter subang jaya then trus balik kerteh..

p/s : hmmm.. perlu ke deactivatekn fb account?? (mcm perlu jek~~)

Monday, August 30, 2010

:: beach & rainbow ::


I love beaches.. beach & rainbow?? well.. beach + rainbow = purfecttt!! i loike..
hmm.. bile lg ek leh g pulau2 indah??
kdg2 kalo kt ofis tensen2, salu bygkn ade kt pulau.. giler besttttt~~

After 3 years~~

hukhuk.. setelah 3 tahun berlalu..

aku act sedang mencari sumting yg boleh dijadikan tempat utk meluahkan perasaan (poyo jek).. at first, aku rasekan FB adalah tmpt yg sgt2 sesuai (mklom ler trend skunk, FB dimane2.. ntah pape..).. tp smpi satu tahap aku rase sgt2 bosan dgn FB.. kalo ade yg perasan la kan (aku pon bkn glemer sgt.. heh), aku da x layan FB sgt..

then, 26 August 2010 - 31 August 2010, aku ke KL.. mau shopping raye (yeahhh.. byk duet aku habiskan.. tahniah pd diri sendiri).. rupe2nya 2 of my besfrens, aini n nad berseronok mengupdate blog (aku xtau pon diorg da de blog).. aku pon ckp, "nk buat blog jugak laa..".. lepas check, rupe2nya aku da de blog da pon (buat time final year, 3 years ago.. lol)

now, my mission is.. TO CONTINUE WITH THIS BLOG..