Sunday, March 27, 2011

Musang Terbang

Pernahkah kamu membuat musang terbang (flying fox)?? 

Semalam time teambuilding, kitorang ada buat sedikit aktiviti yang mampu memupuk semangat kesukanan kepasukanan. Aktiviti itu dipanggil sky trail. Semua aktiviti meniti tali di kedudukan lebih kurang 10 meter dari aras tanah.

Aku memang sedar aku seorang penggayat. Tapi, aku cuba beranikan diri memanjat tangga ke atas pondok yang sangat tinggi. Konon macam mahu mencabar diri sendiri dan mengatasi ketakutan. Tapi, baru buat first challenge, aku dah menggelabah. Tak suka siot main jalan-jalan atas tali kat tempat tinggi. Dengan penuh ketakutan dan berhati-hati aku menyeberang ke platform sebelah. Tali dah la goyang-goyang. Kurus semangat.

Bila dah sampai ke platform sebelah, aku cakap kat adik yang jaga kat situ aku dah xnak buat. Pastu dia selamba cakap, "Xnak buat?? Habis tu akak nak turun ikut mana?? Sini tak ada tangga." Aku jenguk ke bawah. Damn!! Memang takde tangga. Sama ada aku proceed, atau aku patah balik. Kalau proceed, ada lagi 3 platform. Kalau patah balik, ada satu jek halangan yang harus ditempuh. Sambil menggigil, aku patah balik. Fuhhhhhhh!! Sambil meniti tali aku berdoa panjang.

Sampai jek kat platform asal tadi, aku rasa lega sangat-sangat. Tapi, kecuakan tidak berakhir di situ ya tuan-tuan dan puan-puan. Mamat yang jaga platform kat situ suruh lak aku flying fox. Arggghhhh!! Rasa nak menjerit. Aku gayat la b**oh!! 

Aku geleng-gelengkan kepala. Aku nekad. Aku xnak buat. Biarlah apa yang akan terjadi, aku tetap xnak buat. Aku xnak!! Mereka yang berada di situ berusaha memujuk. Kata mereka, flying fox hanya 5 saat, turun ikut tangga akan memakan masa lebih kurang 1 minit dan lagi menakutkan. Aku hanya mendiamkan diri dan menangis tanpa di sedari. Ouh bukan niat aku menunjukkan kelemahan. Tapi aku siyesly memang takut. Lelaki-lelaki itu menggelabah.

Semua ahli kumpulan aku membuat flying fox dengan keadaan yang sungguh ceria dan gembira. Arggghhh mereka lelaki. Aku perempuan yang gayat. Akhirnya, tinggal aku saja yang belum turun. Mamat yang jaga flying fox itu pelbagai kata-kata manis yang dikeluarkan. Aku hanya memekakkan telinga. Internal battle lagi dasyat. Aku dalam usaha memujuk diri dan berusaha menentang ketakutan terhadap ketinggian.

Trainer yang berada di bawah makin ramai naik memujuk. Aku tertekan. Finally, aku bersedia. Tapi, aku tidak terjun dengan sendirinya. Aku terjun dengan bantuan mereka yang berada disitu. Dan aku memejamkan mata dari saat di atas platform sehingga aku ke bawah.

Aku benci flying fox!!!

0 comments: