Friday, March 11, 2011

PERIUK API vs PERIUK NASI

2001, Sekayu, Terengganu.

Kem Waja Diri PMR. Tgh syok tido, kul 2 khemah kitorg bergegar. Semua kena bangun. Tido yg best terganggu. Apa lak plan cikgu-cikgi dan abg2 faci nih??

Ketua faci bg briefing. Semua org kena berjalan sorg2 dalam hutan sejauh 2 km. WHATTTT?? Dah la gelap. Jauh lak tuh. Sorang2 tanpa teman. Bukanlah bermksd aku nih pengecut, penakut sket jek.

Mula2 student lelaki dilepaskan. Sekor2 Sorg2 masuk ke dlm hutan yg gelap amat. Bdk laki batch aku leh tahan ramai. Sambil tggu turn smbil tertido. Bdk2 pompuan mula memasang strategi. Macam2. Itu utk bdk2 yg kurang konfiden dan penakut seperti aku. Ada jugak yg berani. Yg berani aku tgk lepak dan chill giler. Ouh jelesnya dgn mereka sampai rasa nak lempang jek.

Tgh bosan menunggu, tiba2 ada sorg dak laki yg da masuk hutan berlari keluar. Semua terkejut. Dgn muka yg pucat, dia berkata, 'Sy takot. ada org panggil nama sy' Alah, penakot betol. Abg faci la tuh. Saja nak takot2kan. Tp bdk itu menyambung, 'Kt sekolah org pggl sy A. Tp td ada suara panggil sy B. Hanya family sy jek yg panggil sy B. Takde kwn2 sekolah atau org lain yg tau.' Ya Allah, meremang bulu roma aku time tuh.

Aku mula menggelabah sementara menunggu turn. Apakah yg patut aku lakukan?? Menggelupur?? Buat2 pengsan mcm selalu?? Aiyak.

Akhirnya, aku berpakat baik punya dengan Balkhis, sahabat 1 perjuangan. Kami nekad jalan dalam hutan together2. Strategi itu adalah :

Balkhis akan dilepaskan dulu. Balkhis tunggu aku kt depan. Bila aku dilepaskan, aku berlari laju2 selaku sprinter menuju ke arah Balkhis. Kitorg nyer password malam itu adalah Balkhis : Periuk, Aku : Api. Maksudnya, utk mengelakkan penyamaran, Balkhis akan menyebut Periuk, aku akan menyebut Api. Password ini hanya kami berdua yg tau.
Akhirnya, tibalah turn kami. Seprti dirancang, Balkhis menunggu aku di depan. Aku berlari kencang. Aku pegang tangan Balkhis.

Balkhis : Periuk!!
Aku : Api!!

Konfem itu adalah rakan seperjuangan. Perjalanan diteruskan dalam pekat malam. Sambil berpegangan tangan, kami berjalan dgn berhati2. Di pertengahan perjalanan, kedengaran bunyi seseorang mengheret kayu di belakang. Tangan kami berdua menggeletar. Buat2 bodoh. Bunyi kayu diheret makin kuat. Kami ketakutan. Kerana takut kami membaca ayat kursi secara kuat dan lantang. Berulang-ulang kami membaca.

Perjalanan diteruskan. Tiba2 kami terserempak dgn 1 lembaga hitam terbaring di tengah2 jalan. Aku ngan Balkhis mmg tersentak habis. Lembaga hitam berdiri.

Lembaga hitam : Kamu nyanyi lagu apa?
Aku dan Balkhis : Bukan nyanyi. Baca ayat Quran.
Lembaga hitam : Haaa bagus!! Kalo baca Quran, syaitan takut. Jadi, jalan sorg2 yek. 
Aku dan Balkhis : Cet !! (Lam hati)

Balkhis dilepaskan dulu. Lepas 1 minit, baru dia lepaskan aku. Damnnnn!! Aku berlari selaju mungkin. Time lawan 4x100m pun aku x lari selaju tuh. Aku pegang Balkhis.

Balkhis : Periuk!!
Aku : Nasi!!

Balkhis menjerit sekuat hati. Aku yg terkejut mendengar Balkhis menjerit, turut menjerit. Balkhis menolak2 aku. Huhu. Kesian Balkhis. Dia ingat aku 'org lain' sbb aku patutnya sebut API, bukan NASI. huhu~~

Kami selamat tiba di khemah 1/2 jam kemudian dengan selamat.

2 comments:

saiful said...

blog ko menmg kelakar lah :-)

oyenks said...

kelakar seyh~~ :D ha ha ha