Secara rasminya, sudah 2 minggu saya telah menutup akaun muka buku saya. Apakah perasaan saya bergelar seorang Gen Y yang tidak mempunyai muka buku? Boleh hidup ke tiada muka buku? Apakah sebab-sebab yang menyumbang ke arah penutupan akaun ini? Banyak betul soalan. Kalau rasa nak tanya dengan lebih lanjut, sila e-mailkan ke
nurulshikaede@yahoo.com. Cet poyo!! =)
Antara hujah mengapa saya mengambil tindakan drastik tersebut :
1) Saya terlalu membuang masa berharga saya dengan mengadap FB. Saya boleh mengadap FB dari pukul 8 malam sampai ayam jantan kat rumah Pak Abu berkokok riang. Tanpa FB, masa emas saya boleh digunakan untuk membaca, menyiapkan kerja, melipat baju, skodeng blok sebelah, menggosok baju, twit2, sikat rambut, berlari setempat dan lain-lain lagi yang mungkin tidak sempat saya lakukan pada masa lalu kerana terlalu menumpukan perhatian pada FB.
2) Saya mahu membuktikan persahabatan akan tetap terjalin erat tanpa FB. Setakat ini, saya gagal membuktikan teori ini. Walaupun terdapat twitter, YM, WhatsApp, sms etc, namun persahabatan sukar berjalan lancar tanpa FB. Buktinya, kawan2 yang selalu menegur saya di FB langsung tidak cuba untuk mengambil tahu keadaan saya melalui cara-cara yang telah dinyatakan tadi. Kadang-kadang saya yang harus memulakan WhatsApp @ YM @ sms mereka. Jadi, baru sekarang anda tahu di mana nilai anda sebagai seorang sahabat di mata kawan-kawan anda. Sedih? memang sedih. But, I don't give a damn you know.
3) Saya mahu membuktikan terdapat kawan-kawan yang benar-benar menyayangi saya dan peduli akan saya. Daripada 400 kawan FB saya, setakat ini, hanya terdapat beberapa rakan yang betul-betul berusaha memujuk saya mengaktifkan semula FB kerana mereka bosan dengan ketiadaan saya di FB. Rakan-rakan lain? Oh sorry. They don't even care. Jadi, perlu ke ada kawan FB yang bersepah?
4) Saya telah bertukar kepada Twitter yang bagi saya adalah lebih mudah, ringkas, berinformasi dan tidak mencuri banyak masa saya. Seriously speaking, saya lebih selesa twit. Seolah-olah dapat melepaskan segala tekanan di situ. Tanpa ada ramai orang ntahsapesape tinggalkan komen yang kadang-kadang buat kau rasa macam nak mencarut dari pagi sampai ke malam.
5) Terdapat kawan FB yang tidak sensitif dengan perasaan saya. Yang kadang-kadang menconteng dinding FB saya dengan ayat-ayat yang mengguris perasaan, yang mungkin menyebabkan saya mogok lapar selama satu purnama. Oh maaf tak ada kaitan. Hehe. Watdehek. Blah laa lu!! I don't need you as a friend. Aku delete dari frenlist FB kang ko perasan lak. Senang-senang, deactivate jek FB. Huuuu. Ko bahagia, aku lagiiiiiiii bahagia.
6) Saya tak mahu tahu apa-apa update daripada lelaki itu. Siapa dia? Tak perlu kalian tahu. Kerana saya juga sudah lupa siapa dia. Maklumlah, dah 2 minggu tak ada FB. Hahaha.
7) Mahu fokus pada kerjaya. Errr ada kaitan ke? Anggaplah ada kaitan. *Sebab orang sekarang kan selamba jek bukak FB kt ofis. Pastu bajet korang laa manusia paling bz kt muka dunia nih. Huh. Bz laa sangat. FB sempat lak ko bukak. Demmmm u!!!*
Tuh jek alasan aku. Takde sebab sangat pun. Saje jek. Tuh jek laa. Huh. ITU AJE!!